BAB 1

471 24 11
                                    

TERDIAM seribu bahasa gadis yang bernama Elnaura Faiha itu. Terkebil kebil dia memandang kedua dua wajah ibu bapa tercintanya. Aku bermimpikah? Atau dunia ni tak cukup tipu-tipu untuk manusia kerdil seperti aku?

"Siapa yang masuk merisik Naura ni, ma? Pa?" Tanya Elnaura ingin tahu. Berkerut dahinya dengan tubuh badan yang masih berdiri tegak.

Ex aku ramai. Tapi mana ada yang betul-betul aku serius. Yang paling hampir ke tahap serius pun Adam Mukhriz. Tapi harapan mereka hancur berkecai akibat tindakan bodoh lelaki itu sendiri yang berani mencuranginya.

Past is past. Dia dah malas nak fikir kisah cinta lama. Yang menjadi masalah sekarang ini adalah siapa yang buat onar datang merisik aku ni ?! Ex aku yang mana?

"Kau kenal dia dik.." sampuk Edrian Faiz, abangnya. Isteri abangnya iaitu Ammara Kamelia turut berada disebelah ketika itu. Tampaknya sedang ralit mendodoikan anak pertama mereka, Aira Khairani yang umurnya baru sahaja mencecah enam bulan.

"Siapa je yang Naura kenal?" Tanya Elnaura dengan muka yang berkerut kerut. Sikit lagi berkerut mungkin akan bertukar dengan nenek kebayan. Tapi yang versi dah upgrade ler.

"Siapa ya?" Elnaura sudah mula bermonolog sendiri.

"Thaqif Mikael..." Jawab Dato' Ferhad.

Membulat mata Elnaura ketika itu. Nafasnya bagai tersekat di kerongkongnya. Mustahil..

Mustahil dia tak kenal siapa empunya nama tersebut dan mustahil juga lelaki itulah yang merisiknya.

Thaqif Mikael, crush zaman sekolah aku dulu tu woiiii.

"Papa yakin ke nama lelaki tu Thaqif Mikael. Macam mana cara ejaan dia ya? Mikhhaaaail ke atau Mikaaaael." Sungguh penuh bertajwid sekali cara Elnaura melafazkan nama lelaki itu. Well, mungkin orang lain. Kita tak tahu.

"Dah, tak payah was-was sangatlah. Dia tu Thaqif Mikael, ketua pengawas sekolah dulu yang kau selalu sebut sebutkan tu. Classmate kau juga kan dik?" Jelas Faiz lagi. Kepalanya menggeleng-geleng melihat wajah adiknya yang cemberut.

"Papa, mama.. tolak sajalah cincin merisik dia tu. Lempar dalam laut afrika. Tak payah terima. Elnaura tak berkenan dengan dia." Kata Elnaura yang bersungguh sungguh menolaknya.

"Kenapa pula? Tadi mama tengok okey je budaknya. Elok saja. Rupa elok perangai pun elok. Lagipun pihak mereka bagi masa seminggu untuk Naura bagi kata putus" Bantah Datin Ayuni. Dari segi first impression juga, lelaki yang bernama Thaqif Mikael itu kelihatan sungguh sopan dan baik.

"Tak mama. Dia sebenarnya bukan macamtu. Dia sebenarnya kaki perempuan, kaki pukul, kaki penyangak, kaki sepak, kaki spin..."

"Kaki spin tu kau la dik. Tak payah nak kelentong mama dengan papa eh. Abang kenal Thaqif tu macam mana. Merokok pun tidak, cara bercakap pun dia jaga. Dengan abang elok saja dia. Jangan nak memandai fitnah dia." Celah Faiz. Lengan adiknya dia cepuk laju. Kalau nak spin cerita adik dia ni memang on top.

Elnaura memuncungkan bibirnya tanda kesal. Sebenarnya memanglah Thaqif bukan seperti yang diberitahunya tadi tapi...

Eee malu lah !

Dia pernah tolak confession aku lepas spm dulu. Habis je paper biologi tu aku terus confess dekat dia. Tapi cenggg gitu sahaja dia reject aku. Walaupun cara reject dia tu secara baik baik sahaja bak kata Daisha. Tapi sakit oiii. Sakitnya tuh disini. Auch.

"Elnaura ni janganlah buat cerita. Papa hampir percaya tadi. Aduhlah kamu ni. Astaghfirullahalazim sungguh perangai" ujar Dato' Ferhad.

"Macam papa la- adoiii sakit!!" seloroh Elnaura kemudian dia mengaduh kesakitan saat lengannya dicubit mama tercinta. Siapa suruh usik laki orang, kan dah mendapat. Adui apalah nasib jadi manusia terpaling single dalam rumah ni.

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now