Prolog

15 0 0
                                    

LAJU kaki aku menapak ke perpustakaan. Tempat paling aku sukai di dalam sekolah ini selain kantin. Jauh dari dunia realiti apabila menyelam ke dalam dunia penulisan yang indah tak terkata. Langkah kaki terpaksa aku hentikan sebaik sahaja betul-betul di hadapan rak kasut. Datang sudah mamat gila ini.

"Kau nak apa? Aku tahu lah kau tak pakai tudung. Yang engkau tarik tudung aku kenapa?" Aku benci betul makhluk Tuhan yang satu ini. Tak ada angin tak ada ribut ada sahaja modal mahu cari fasal.

Khalish Zaqwan, manusia yang paling aku benci dalam sekolah ini. Harap muka aje kacak perangai hauk! Hati hitam seakan bontot kuali kepunyaan ibu yang ibu beli sejak awal perkahwinan dengan ayah.

"Saja. Kau nampak bahagia dan...” jeda.

“...aku tak suka." Zaqwan tersengih sinis. Benci betul aku dengan senyuman itu. Hodoh sungguh!

"Pergi kacau orang lainlah kalau tak suka tengok orang bahagia. Kalau kau tarik tudung aku tadi dan nampak aurat aku tadi kau nak tanggung dosa aku?"

Aku sudah bercekak pinggang. Kepala mendongak sedikit memandang Zaqwan yang tingginya bukan main. Senyum sinisnya melebar. Entah apa yang dia senyumkan waktu ini aku tak tahu.

"Ayah kaulah tanggung,"

Zaqwan berdiam seketika. Mata hitamnya merenung dalam mata aku. Dalam sedalam-dalamnya. Zaqwan membongkok sedikit, mata masih tidak beralih.

"Oh lupa. Ayah kau dah tak ada." Senyum sinis kembali. Melampau!

"Kurang ajar punya jantan!" Satu tamparan aku hadiahkan untuk Zaqwan. Dia layak ditampar malah dipijak-pijak. Tapi batal sudah wuduk aku. Semua salah mulut Zaqwan yang tak ada insuran.

Zaqwan memegang pipinya yang baru sahaja ditampar. Senyum melebar, puas rasanya. Zaqwan terus beredar, meninggalkan aku yang masih geram dengan tindakannya.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Istighfar dibaca berulang-kali. Cuba menenangkan diri yang bergelumang dengan api amarah yang membara.

Zaqwan itu memang melampau. Aku benci lelaki seperti itu. Suka ambil kesempatan terhadap wanita yang tampaknya lemah.

Aku benci lelaki yang tak hormatkan wanita. Apa dia ingat wanita itu barang yang boleh dicemuh sesuka hati. Lelaki tak guna, itu definisi paling sesuai untuk Khalish Zaqwan.



Cinta Haura Adira [ON HOLD]Där berättelser lever. Upptäck nu