Bab 1

7 0 0
                                    

LAPTOP ditutup perlahan sebelum dimasukkan ke dalam beg. Meja aku diketuk perlahan oleh orang sebelah. Zahra aku pandang. Kening sengaja aku jongket sedikit.

"Akak nak balik dah ke?" Aku angguk sahaja sebagai balasan. Coding tadi masih error. Entah apa salah aku. Terus tiada mood mahu layan orang.

"Akak nak tahu?" soal Zahra, si budak intern di sini. Dia memang banyak cerita orangnya. Layan sahajalah. Lagipun dia bukannya buat jahat pada aku.

"Tak tahu." Aku balas malas-malas. Jiwa sudah meronta untuk keluar dari bangunan ini. Katil di rumah mula terbayang di kotak fikiran.

"Minggu depan kita dapat manager baru. Segak katanya," balas Zahra teruja. Kerusinya dipusingkan. Seluruh tubuhnya kini sedang menghadap aku.

"Mana tahu?" soal aku. Tidaklah terlalu teruja tapi ingin tahu juga.

"Kak Saleha. Dia meeting hari itu. Dia orang perkenalkan sekali. Manager baru tu sepatutnya masuk this week. Tapi ada hal lain kak Saleha kata," jawab Zahra bersungguh. Aku hanya mendengar setia.

"Segak untuk Zahra dan Saleha tak sama dengan segak akak," aku balas. Zahra mengangguk setuju.

Minat kami sangat berbeza. Saleha dan Zahra minat muka mamat korea. Tapi aku lebih minat wajah-wajah persis orang barat sana. Jauh bezanya.

"Akak balik dulu ya. Penat." Cubaan melarikan diri. Jam sudah tepat pukul lima pun. Memang sudah waktunya untuk pulang ke rumah.

LAGU bertajuk Anggapanmu nyanyian Ziana Zain dipasang. Full blast. Ah, nikmatnya balik kerja!

"Pemusnahku adalah kumbang. Runtuh bilaku kelayuan..."

Kereta depan memaksa untuk berhenti dari terus turut menyanyi sama. Kaki terus laju memijak pedal brek. Myvi bewarna hitam matte di hadapan aku tenung macam nak tembus. Signalnya aku pandang teliti.

"Kereta modified macam-macam. Tapi signal tak reti bagi. Baik duit tu kau buat sedekah dekat masjid. Tak pun buat beli otak baru. Macam dah tak boleh pakai aje yang lama tu," ucapku. Sedikit tinggi suara yang terlontar. Mana tidaknya, geram dengan orang seperti itu.

Macam mana boleh lepas ujian JPJ pun tak tahu. Memang jalan raya ini dibuat untuk dia seorang sahaja guna. Aku kopak lampu signal dia baru tahu.

"KZQ 0909," gumamku perlahan. Nombor plat itu memang aku akan ingat sampai mati. Bawak kereta tak berhemah betul.

BARU sahaja merebahkan tubuh di atas katil telefon berdering minta diangkat. Nama yang terpapar aku baca dalam hati. Qawiy?

"Assalamualaikum. Kenapa call along?" soal aku kepada Qawiy.

"Waalaikumsalam. Ini bukan Qawiy. Ibu ni. Ibu punya telefon habis bateri." Suara ibu kedengaran di hujung talian. Lembut sahaja ini mesti nak suruh aku balik.

"Kenapa ibu call Adira?" soalku. Walau hakikatnya aku sudah tahu jawapan yang akan diberikan. Suara ini, intonasi ini dan ton ini memang satu sahaja jawapannya.

"Adira bila nak balik? Malam ini boleh? Ibu cuti. Qawiy pun ada." See!

"Esok pagi, boleh? Adira penat nak balik malam ini. Lagipun ada kerja sikit," soalku lembut. Tak mahu ibu terguris hati dengan aku.

"Boleh aje. Ibu minta tolong sikit boleh?" soal ibu. Nadanya tak seperti terguris dengan jawapanku tadi. Syukur.

Bukannya tak mahu balik. Waktu tak mengizinkan. Kerja yang bertimbun seakan Gunung Kinabalu memang boleh bikin stres. Tapi bak kata ibu kerja apa aje yang tidak mendatangkan stres.

"Tolong apa ibuku sayang?" Sengaja nada dimanjakan. Hati rindu untuk bermanja dengan wanita di hujung talian.

Andai boleh sentiasa menjadi kanak-kanak, aku tak mahu membesar. Dewasa memenatkan, menyesakkan dan menyeksakan. Tapi hidup perlu diteruskan.

Ada sebab kenapa Tuhan masih mengizinkan aku untuk terus bernafas di dunia ini. Jika itu kehendak Tuhan maka tiada yang sia-sia. Kita sahaja yang mensia-siakan nikmat yang diberikan.

In the depths of hardship, one does not traverse this arduous journey without purpose.

"Tolong singgah pasar simpang tiga. Beli buah tembikai dekat situ." Suara Qawiy tiba-tiba terdengar. Sedikit perlahan, jauh jaraknya mungkin.

"Qawiy kata belikan rambutan sekali. Dia teringin," sambung ibu. Aku angguk walau tak dapat dilihat.

"Noted. Tembikai dengan rambutan. That's all?" soalku meminta kepastian.

"Yes, that's all. Terima kasih, Adira," ucap ibu. Terdengar juga suara Qawiy mengucapkan terima kasih. Tidak sejauh tadi kerana suaranya agak jelas.

"Okey. Adira letak dulu ya. Ibu doakan Adira dan jaga diri. Assalamualaikum." Talian dimatikan apabila salam dibalas. Telefon diletakkan kembali di atas meja tepi katil.

Aku sudah rebah di atas katil. Siling ditenung kosong. Tiba-tiba teringatkan kata-kata Zahra tadi. Siapalah manager baru itu? Handsome sangat ke? Tapi kalau handsome perangai hauk pun tak ada gunanya. Memang minta jauhlah.

Tiba-tiba satu bunyi memecah sunyi. Aku pandang perut aku. Sudah berkeroncong minta diisi. Yalah sejak pulang aku belum makan lagi.

Nak makan apa? Nak beli atau masak sendiri? Kalau beli nak keluar atau delivery aje? Mula sudah aku overthinking benda tak penting.

Telefon dicapai kembali. Google Chrome dibuka. Wheel of names menjadi carian. Wheel of names inilah yang sentiasa tolong aku buat keputusan.

Walaupun kadang-kadang aku tetap ikut gerak hati. Wheel of names itu sengaja aku guna untuk berhentikan diri daripada terus berfikir. Penat tau jadi perempuan hidup sendiri ini. Nak buat keputusan pun kena pakai wheel of names.

Makan luar, delivery dan masak sendiri. Itu apa yang aku taip di dalam kotak yang disediakan. Tengah bulatan bewarna-warni itu aku tekan. Bulatan itu mula berpusing sambil menghasilkan bunyi.

Anak panah berhenti pada bahagian bewarna biru. Satu pop up muncul dihiasi konfeti bewarna-warni. Delivery menjadi pilihan.

Aplikasi Grab, Foodpanda dan Shopee aku buka sekali gus. Tujuannya satu, bandingkan harga. Yang mana lebih murah itulah yang akan menjadi pilihan.

HAMPIR setengah jam masa yang diambil untuk makananku tiba. Tudung dan stokin yang terletak di atas kerusi tadi aku capai dan pakai. Kaki mula mengorak langkah untuk ke kawasan bawah pangsapuri.

Rumah sebelah yang selama ini tak berpenghuni terbuka sedikit pintunya. Sepanjang dua tahun aku tinggal di sini rumah itu kosong.

Katanya pasangan suami isteri yang pernah tinggal di situ mati dibunuh. Jadi tiada yang sanggup menyewa apatah lagi membelinya. Seram juga aku masa dapat tahu. Tapi sepanjang aku tinggal di sini tidak pula diganggu. Syukur masih dilindungi.

Tuan rumah tak kelihatan jadi aku abaikan sahaja. Nanti kalau ada rezeki untuk berjumpa barulah aku tegur. Sekarang yang menjadi keutamaan adalah mengisi perut aku. Sudah macam konsert Coachella bunyinya.

Buttermilk chicken Pak Ali's western here I come!

Cinta Haura Adira [ON HOLD]Where stories live. Discover now