Bab 5

7 1 0
                                    

LANGKAH kaki aku terhenti. Dapat rasakan genggaman kecil pada lengan baju aku. Aku pandang wajah Zahra. Dia membuat isyarat mahu berbisik.

Aku tarik kerusi kembali lantas duduk menghadapnya. Sekarang sudah waktu pulang. Aku memang sudah tak sabar mahu ke rumah.

Mahu tonton Going Seventeen episod baru dengan Qawiy. Qawiy yang ajak teman dia tengok sekali, guna Google Meet. Aku menurut saja kehendak adik aku yang seorang itu.

"Tadi kenapa Encik Zaqwan panggil akak lepas meeting?" Ahh, soalan ini!

"Schoolmate," jawab aku sepatah. Malas mahu terang lebih-lebih soal Zaqwan.

Zahra tepuk peha aku. Cukup kuat untuk buat aku mengerang kesakitan. Aku panggung wajah tak puas hati sambil menggosok peha aku yang ditepuk oleh Zahra tadi.

"Sorry kak. Excited," balas Zahra. Terkekek dia. Apa yang suka sangat, aku tak tahu.

"Apa yang excitednya?" soal aku. Zahra masih tersengih seolah kerang busuk. Aku masih tak dapat tangkap kenapa dia begitu gembira.

"Akak tak bagitahu yang akak ada schoolmate handsome macam Encik Zaqwan. Muka ada iras Wonwoo kut!" Terjerit kecil aku dibuatnya. Kalau aku sedang minum air, aku yakin air itu akan tersembur keluar dari mulutku ke muka Zahra.

"Celah mana si bontot kuali ada iras dengan Wonwoo?" Zahra yang aku tahu, minat Seventeen lebih lama daripada aku. Tapi sekarang ini dia buta ke? Masakan Khalish Zaqwan si bontot kuali ada iras dengan Jeon Wonwoo.

Saleha yang tiba-tiba datang dari belakang menepuk lembut bahuku. Tangannya sedang memegang telefon pintarnya. Seolah sedang mencari sesuatu.

Saleha hulur telefonnya pada aku. Wajah Wonwoo dan Zaqwan terpapar. Gambar mereka diletakkan bersebelahan. Seolah-olah menyuruh aku membuat perbandingan.

"Aku search Wonwoo tu siapa tadi. Betul kata Zahra. Mereka ada iras," tambah Saleha.

"Celah mana weh?! Walaupun aku tak layan K-pop sangat. Tapi aku minatlah juga si Wonwoo tu. Dan Khalish Zaqwan tak sama langsung dengan Wonwoo," bidas aku.

Saleha pun sama-sama buta dengan Zahra ke? Tolonglah! Wonwoo itu bagai kepulan awan yang berterbangan di langit biru. Indah ciptaannya. Khalish Zaqwan pula tak ada beza dengan tar jalan. Sama dan serupa!

"Cuba kau tengok betul-betul. Abaikan rasa benci kau," arah Saleha. Kali ini dia zoom pula gambar Wonwoo dan Zaqwan. Zahra juga angguk setuju dengan kata-kata Saleha. Aku tarik nafas dalam-dalam. Turut sahaja apa yang mereka mahukan.

Kebencian sedalam Challenger Deep yang merupakan titik paling dalam di dasar lautan yang diketahui, aku buang jauh-jauh. Challenger Deep terletak sedalam 10911 meter dari permukaan laut. Dan kebencian aku terhadap Zaqwan, aku boleh kata lebih dalam dari itu.

Kali ini aku perhatikan gambar mereka tanpa kebencian di jiwa. Aku perhati penuh teliti. Setiap sisi muka mereka yang kelihatan, aku banding satu per satu. Tiada bahagian yang tertinggal.

Ironinya, kali ini aku nampak persamaannya. Bentuk mata mereka sama, bibir juga sama. Hanya hidung sahaja yang lain sedikit. Warna mata mereka juga sedikit berbeza. Zaqwan warna matanya hitam. Itu aku pasti. Kerana dia selalu tenung aku macam nak bunuh ketika di sekolah dulu.

Aku memulangkan kembali telefon pintar Saleha kepadanya. Sudah puas aku teliti gambar kedua-dua lelaki itu. Zahra dan Saleha menunggu jawapan yang akan aku beri.

"Yalah..."

"Yalah apa kak?"

"Ada iras. Tapi sikit aje. Bukannya bontot kuali tu copy paste muka Wonwoo pun," balas aku. Masih mempunyai bantahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Haura Adira [ON HOLD]Where stories live. Discover now