TERNGANGA mulut Raisya apabila dia menapak masuk ke dalam hotel mewah itu. Apatahlagi ada lampu chandelier yang besar ditengah lobi itu sangat menarik perhatiannya. Dia juga dapat lihat banyak pelancong asing yang datang menginap di hotel ini.
Dia pasti hotel ini bertaraf 5 bintang. Tapi bagi Raisya macam hotel yang tidak ternilai bintangnya.
Bersih, cantik dan suasana yang tenang. Raisya benar-benar sukakan hotel itu.
"Tuan Haz"hadir seorang wanita menyambut mereka berdua.
"Kak Miez, kenalkan ni Raisya Eriana. Nanti tolong bawa dia pergi restoran dan temankan dia sementara saya meeting"arah Hazhael pada wanita yang seakan lewat usia 30 an itu.
"Eh tak apa tak apa, Raisya tunggu dekat lobi je"tolak Raisya lembut.
"Tadi kata lapar sangat"tajam pandangannya buat Raisya.
"Eh tak apa"tertunduk sikit Raisya. Takut pula dia dengan pandangan itu.
"Tak apa, nanti Kak Miez teman Cik Raisya. Oh Tuan Haz, Tuan Iskandar dengan Tuan Hathif dari tadi ke hulur ke hilir tunggu Tuan Haz. Tadi pun macam ada berlaku tegang urat antara mereka dengan Dato Khalid"cerita Kak Miez apa yang dilihatnya tadi.
"Hathif lah tu"tanpa perlu teka dia sudah tahu siapa yang bertegang urat. Mestilah Eryan Hathif, lagipun mulut lelaki itu memang puaka.
"Tengokkan Aisy untuk saya Kak Miez"arah Hazhael lalu dia ke arah mereka berdua yang sudah pandang dirinya dari jauh.
Tubuh Hazhael yang pakai kot berwarna kelabu itu dipandang saja oleh Raisya. Sementara itu, Kak Miez juga sudah tersenyum-senyum memerhati Raisya.
Sudah lama dia tidak lihat majikannya itu bawa mana-mana perempuan ke hotel ini. Lagipun dia rasakan gadis ini cantik berbanding Amelia gadis yang tergilakan boss mereka itu.
"Cik Raisya, mari saya bawa Cik ke sofa"arah Kak Miez, lalu Raisya ikut saja tubuh Kak Miez ke sofa yang terletak di ruangan lobi besar itu. Di situ mereka berdua masih boleh melihat perjumpaan yang sedang berlangsung tidak jauh dari mereka.
Mata Hazhael yang selalu tidak ada reaksi. Nampak lebih menakutkan dan gerun sewaktu dia sedang mesyuarat.
Tapi masalahnya dia yang sedang duduk jauh melihat Hazhael tidak bersuara pun sudah rasa gerun. Apatahlagi kalau duduk sebilik.
"Cik Raisya dah lama ke berkawan dengan Tuan Haz?"soal Kak Miez memecah lamunan Raisya pada Hazhael.
"Eh,tak payah lah Cik, panggil Raisya je"janggal sungguh Raisya ketika itu apatahlagi dia rasa Kak Miez itu lebih berumur darinya. Jadi tidak sopan pula bercik bagai. Kak Miez pula hanya tersenyum saja.
"Tak ade lah, baru lagi"sesekali mata Raisya seronok menatap tubuh itu dari jauh. Entah melihat Hazhael dalam mood serious itu sangat attractive.
Mata dia pula asyik sekali melekat pada Hazhael. Langsung tidak mahu pandang tempat lain.
"Tak takut ke dengan Tuan Haz?"soal Kak Miez.
"Takut?"tanya Raisya semula. Kak Miez tertawa, mata dia pun turut pandang majikannya.
"Orang cakap Tuan Haz tu menakutkan. Tapi sebenarnya hati dia baik. Orang luar semua kagum dengan dia lepastu cemburu dengan dia. Tapi tanpa orang luar tahu. Tuan Haz tu sebenarnya benci diri dia. Dia sendiri pernah cakap dekat akak yang kalau dia dapat peluang untuk lahir semula ke dunia ni. Dia tak nak lahir sebagai diri dia"cerita Kak Miez.
Raisya pula pandang Kak Miez. Bingung dia kenapa wanita ini bercerita pada dirinya secara tiba-tiba mengenai Hazhael.
Tapi dia tidak hairan, bukan selalu dia dapat dengar cerita percuma kan?
YOU ARE READING
[OG] HAZFAEL:SILENT PAIN
Romance𝙱𝚕𝚞𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚜𝚘𝚗 𝚒𝚜 "𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚠𝚑𝚘 𝚌𝚊𝚖𝚎 𝚒𝚗𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚒𝚏𝚎 𝚠𝚑𝚎𝚗 𝚢𝚘𝚞 𝚗𝚎𝚎𝚍𝚎𝚍 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚖𝚘𝚜𝚝" Hazfael Rizqi jejaka yang tampan,ceria dan bijak.Semuanya sempurna hinggalah satu hari satu kejadian m...