[𝟹𝟾]

78 7 11
                                    

"SEMESTA pun tak akan izinkan kita berdua.Hakikatnya kita terbatas.Kau dan aku haram bersama Fael.Kau abang aku dan aku adik kau"kata Qai menunggu reaksi dari Hazfael.Tapi, Hazfael tertawa kecil saja ketika itu.Qai bingung melihat Hazfael tertawa.

[Aku memang abang kau,aku kan lahir dulu, lagipun abang Haz dah anggap kau macam adik dia.Jadi automatik kau pun macam adik aku]

Sengih Hazfael dengan polos sekali.Qai tak tahu dia harus untuk senyum atau apa sekarang.

Melihat senyuman polos itu.Dia tahu Hazfael masih tidak tahu lagi kebenaran sebenar yang masih terselindung.

[Tapi kenapa kau cakap semesta tak izinkan kita berdua? Kenapa kau fikir kita haram pula?]

"Tak ade apa lah.Aku saja cakap je.Mungkin kita tak ade jodoh"selamba Qai membalas.

"Fael..aku nak minta tolong kau boleh?"pinta Qai.Hazfael pun sedia pasang telinga untuk mendengar apa yang Qai mahukan.Qai pandang lama anak mata Hazfael.Walaupun rooftop ini tidak bercahaya sangat tapi mata coklat Hazfael bersinar-sinar seolah-olah dipenuhi bintang.

Sangat cantik sekali, bagai ada lukisan di dalam matanya.Qai kalau boleh tak nak hancurkan lukisan dalam mata itu.

Tapi dia perlu kuatkan dirinya.

"Aku nak minta kau hapuskan perasaan kau pada aku.Walau ada sebesar zarah tolong hapuskan, boleh?"pinta Qai pada Hazfael.Dia dapat lihat riak wajah Hazfael sudah berubah.

Berubah ke arah kekecewaan.

Tidak, Qai tidak mahu beri luka pada Hazfael tapi dia tiada pilihan.

Qai hembus nafas perlahan apatahlagi melihat wajah Hazfael menunggu penjelasan.Dia rasa dia tak sanggup tipu Hazfael.Jadi biarlah dia jujur siapa dan apa hubungan mereka berdua.

"Aku sebenarnya-"

[Kau dah jumpa lelaki yang sesuai untuk kau?]

Terhenti kata-kata Qai membaca skrin telefon Hazfael itu.Lama dia menungkan skrin itu menyebabkan Hazfael menjadi tertunggu-tunggu.Qai pandang saja wajah Hazfael yang penuh menanti itu.

"Ye.."bohong Qai kerana dia tidak sanggup sakitkan Hazfael sekarang.Dia tak mampu untuk buat Hazfael sedih.

Kalau boleh biarlah dia tahu dari mulut orang lain,bukan dari mulutnya.Tapi bodohnya dia sekarang kerana dia lebih pilih untuk membohong Hazfael.

[Tahniah]

Senyuman Hazfael buatkan Qai tidak dapat baca. Dia tidak tahu senyuman itu satu senyuman senang atau luka.

Betul lah kata orang, Hazfael pintar sembunyikan sakitnya melalui senyuman,seperti sekarang dia tidak tahu perasaan Hazfael.

[Jadi...aku tak payahlah bagi jawapan bagi soalan kau dekat airport haritu kan?]

Qai segera menggelengkan kepalanya.Dia kalau boleh tak nak tahu jawapan ataupun perasaan sebenar Hazfael mengenai confess beraninya di airport sebelum dia terbang ke Australia.Sehingga hari ini masih tiada jawapan.Dan sekarang biarlah jawapan itu tersimpan rapi dalam diri Hazfael tanpa dia tahu.

"Tak payahlah, lagipun aku dah jumpa lelaki yang sesuai dengan aku"ujar Qai cuba tampil riak senang.

[Siapa? Aku kenal?]

Tanya Hazfael penuh semangat.

"Kau tak kenal.Lelaki Australia, dia baik sangat dengan aku.Aku rasa aku dah suka dia"lagi dan lagi Qai membohong dan lagi dan lagi Hazfael mengangguk menerima kebohongan itu.

[OG] HAZFAEL:SILENT PAIN Where stories live. Discover now