SEBULAN KEMUDIAN
SYAKIR yang sedang buat kerjanya dari tadi, tiba- tiba dia mendapat panggilan dari satu nombor yang dia tidak kenali.
Lama juga Syakir perhatikan nombor itu sehinggalah panggilan itu tamat dengan sendirinya.
"Tak penting kot"ujar Syakir lalu kembali fokus hadap laptopnya. Tapi sekali lagi telefon miliknya berdering.Dia pun melihat nama si pemanggil.Ternyata masih nombor yang sama seperti tadi.
"Orang cakap kalau nombor yang sama call lebih sekali bermaksud urgent"Syakir pun bingkas jawab panggilan itu.
"Assalamualaikum,ini Encik Syakir Izril ke?"soal si pemanggil sewaktu panggilan bersambung.
"Waalaikumussalam ye saya. Ada apa ye? Boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap dengan saya?"tanya Syakir kehairanan.
"Kami dari pihak kolej"jawab si pemanggil.
"Pihak kolej? Salah ni, saya tak sambung belajar.Saya pekerja sepenuh masa"balas Syakir yang hairan mengapa pihak kolej perlu hubungi dirinya sedangkan dia bukanlah pelajar.
"Eh bukan.Bukan pasal Encik Syakir. Kami hubungi Encik Syakir untuk bertanya soal Ayden Nazmi"jelas pemanggil itu.Syakir yang mendengar nama Ayden di sebut mula berkerut dahi.
"Ayden?"
"Melalui rekod kami, nama pewaris bagi Ayden adalah Encik Syakir Izril kan?"soal pemanggil itu inginkan kepastian.
"Ye betul, itu nama saya"jawab Syakir.Segala hal ehwal pendidikan adiknya.Dia lah yang menjadi waris.Mahu harapkan Azri? Dia tidak rasa orang tua itu ambil kisah.
"Boleh saya tahu hubungan Encik Syakir dengan Ayden?"tanya si pemanggil lagi.
"Saya abang sulung dia, kenapa ada apa-apa berlaku ke dekat dia?"soal Syakir yang mula rasa risau.
"Macam ni Encik, Ayden di dapati dah lama tak datang kolej. Segala tugasan kolej dia tak buat. Peperiksaan dia juga dia tak datang.Jadi kami pihak kolej ingin bertanya keadaan Ayden. Kami dah cuba hubungi Ayden sendiri. Tapi tak dapat"jelas si pemanggil. Syakir terus risau. Dia tidak tahu langsung yang Ayden tidak ke kolej kerana selama sebulan ini dia sudah jarang dapat perkhabaran dari Ayden.
Sebelum ini apa saja aktiviti Ayden pasti lelaki muda itu akan beritahu dia. Tetapi selepas sebulan ini lelaki itu seolah menghilangkan diri.
"Adik saya kurang sihat.Nanti kalau ada apa-apa berkenaan keadaan adik saya, saya telefon balik"bohong Syakir.
"Baiklah kalau begitu,terima kasih"mereka pun tamatkan panggilan. Laptop dihadapan Syakir terus ditutup kasar. Hilang habis mood kerja tatkala dia dapat tahu Ayden tidak ke kolej.
Nombor Ayden segera di dail. Syakir menunggu dengan penuh sabar sekali agar panggilan itu disambungkan. Sayangnya panggilan itu masuk ke peti simpanan suara.
Syakir sangat risau, apatahlagi Ayden telah tinggal bersama Papanya semula.
"Bangang lah!"geram Syakir lalu segera kemas peralatannya.Dia perlu tuju ke rumah Azri.Tempat yang dia sudah lama tidak jejaki kakinya sejak dia dibuang.
QAI dari tadi sibuk memerhati satu gerangan tubuh yang paling disukainya. Gerangan tubuh itu pula asyik sekali berada di kolam ikan itu bersedirian. Ditangan si gerangan itu pula sedang sibuk melakar sesuatu di dalam buku lakaran miliknya.
Siapa lagi kalau bukan gerangan yang bernama kan Hazfael Rizqi yang berjaya buatkan Qai selama sebulan ini mencuri-curi lihat si dia dari jarak jauh seperti sekarang.
YOU ARE READING
[OG] HAZFAEL:SILENT PAIN
Romance𝙱𝚕𝚞𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚜𝚘𝚗 𝚒𝚜 "𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚠𝚑𝚘 𝚌𝚊𝚖𝚎 𝚒𝚗𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚕𝚒𝚏𝚎 𝚠𝚑𝚎𝚗 𝚢𝚘𝚞 𝚗𝚎𝚎𝚍𝚎𝚍 𝚜𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝚝𝚑𝚎 𝚖𝚘𝚜𝚝" Hazfael Rizqi jejaka yang tampan,ceria dan bijak.Semuanya sempurna hinggalah satu hari satu kejadian m...