[𝟺𝟸]

99 9 2
                                    

"ENGKAU tak pernah bahagia pun tinggal dengan aku.Kau lagi sakit tinggal dengan aku lagi adalah.Pergilah,jangan balik cari aku lagi, kau tahu burung yang terbang keluar dari sangkar tak akan kembali semula pada tuan dia"tutur Hazhael membuang pandangan ke arah langit gelap diatasnya.Langit itu sangat cerah dibanjiri cahaya bulan serta kewujudan bintang yang berselerak lagi mewarnai langit gelap itu.Tapi Hazhael tahu langit gelap ini tidak mampu tandingi kecantikan langit biru waktu siang.Kalau malam dihiasi bintang tapi siang pula dihiasi oleh awan yang kelihatan gebu gebas seperti gula kapas.Secara peribadinya,Hazhael lebih memilih langit siang, warna biru lembut dihias awan ,buatkan Hazhael terbuai dengan kecantikan alam yang dicipta.

"Pergi lah,jangan balik"kata Hazhael.

Pap!

"Adui sakitlah!"marah Hazhael tatkala bahunya ditumbuk oleh Hazfael.Di lihat wajah Hazfael sudah masam mencuka disebelahnya.Jelas wajah itu sedang tidak puas hati.Hazhael terus panjangkan tangannya ke wajah mencuka Hazfael.

"Hensem sangat lah muka kau macam ni"Hazhael cengkam dagu Hazfael,ditolak dagu itu ke kiri dan ke kanan.Hazfael naik rimas lalu ditepis tangan Hazhael,dijelingnya Hazhael yang berada disebelahnya.Moodnya yang gembira menikmati makanan tadi terus melayang pergi kerana permintaan abangnya ini.

"Apa? Betullah apa aku cakap.Kau tak payah nak marah sangat.Kau tu bukan adik aku pun.Pergi duduk dengan abang kau tu"selamba Hazhael berucap.

"Pergi sana, belajar elok-elok.Banggakan Papa dengan abang kau.Tak payah fikir pasal semua orang dekat sini dah.Tak ada apa lagi yang kau nak fikir dekat sini.Sini bukan hidup kau lagi.Dekat sini hanya tinggal kesakitan kau.Kau jangan toleh kesakitan kau kembali,kau buka langkah dan hidup baru dekat sana"pesan Hazhael dengan nada yang kedengaran sangat tenang.Tapi hanya Tuhan saja tahu apa yang terbuku di hatinya sekarang.Hatinya sekarang sedaya upaya perlu menerima Hazfael jauh dari hidupnya.Dia tahu dia sudah terlambat untuk menjadi seorang abang yang baik.Dia sudah terlambat untuk baiki kesilapan dirinya pada Hazfael.

Hazfael dalam diam hanya tarik nafas dalam.Langit gelap dipenuhi bintang tadi dipandang dengan penuh kagum kini dipandang dengan tatapan penuh suram.Dia tidak mengerti mengapa abangnya sampai ke akhirnya menolak dirinya.Apa yang Hazfael mahu hanya lah berada di sisi Hazhael. Hazfael mahu menjadi orang yang selalu ada disamping Hazhael.Tapi kenapa dari dulu lagi abangnya terus menerus tolak dirinya?

Persoalan ini terus menerus bermain di minda fikirannya tanpa ada jawapan.Kenapa Hazhael terus tolak dirinya?Adakah kerana dirinya hanya orang luar? Atau kerana dirinya yang tiba-tiba hadir ke dalam keluarga Hazhael? Kerana dirinya punca segalanya? Itu ke jawapan mengapa Hazhael sama sekali tak pernah cuba untuk menerima Hazfael terus berada disampingnya?

Hazfael tahu dia disakiti tapi dia masih memilih untuk sentiasa disisi Hazhael,dia mahu menjadi orang yang mendengar segala luahan Hazhael.Dia mahu menjadi seseorang yang sedia beri bahu bila-bila saja Hazhael perlukan.Itu apa yang dia mahu selama ini tapi Hazhael seolah-olah tidak nampak.

Hazfael tahu dia telah gagal.Dia gagal untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi tempat luahan Hazhael kerana dia sedar selama ni apa yang Hazhael perlu lalui dia hanya pendam seorang diri dan dia sebagai seorang adik langsung tidak berdaya untuk bertanya adakah abangnya itu dalam keadaan baik-baik saja.

Gagal.Satu perkataan yang secara lumrahnya pasti rasa sangat kecewa.Sesiapa saja yang melalui fasa gagal pasti rasa kecewa yang teramat itu lah Hazfael rasakan sekarang.Dia rasa kecewa dengan dirinya kerana  gagal untuk menjadi comfort person bagi abangnya sendiri.

"Kau jangan risau, dekat sini tak ada apa pun untuk kau.Dekat sana lebih banyak peluang dan impian untuk kau kerjakan berbanding dekat sini"sambung Hazhael yang melihat Hazfael termenung jauh.Hazhael bukan apa, dia sebenarnya mahu Hazfael pergi kerana dia tidak mahu Hazfael terus menerus fikir kesakitan yang sudah terpahat dibumi Malaysia ini.

[OG] HAZFAEL:SILENT PAIN Where stories live. Discover now