BAB 2 : PERHUBUNGAN YANG BERKEMBANG

3 1 0
                                    

   Pada hari-hari berikutnya, mereka selalu berjumpa di kafe yang sama, berbagi cerita tentang kehidupan dan impian masing-masing. Haziq mulai merasa bahwa Hasna lebih dari sekadar seorang kawan karib.

    Ada sesuatu yang istimewa dalam tatapan matanya yang membuat hati Haziq berbunga-bunga.

    Mereka sering menghabiskan masa bersama, mengunjungi tempat-tempat menarik di bandar, dan berkongsi cerita tentang pengembaraan mereka.

    Haziq menyedari bahawa dia sangat menikmati kehadiran wanita itu dalam hidupnya, dan dia berharap bahawa persahabatan mereka akan berkembang menjadi lebih dari sekadar kawan.

    Namun, di sebalik keceriaan mereka, Haziq mula merasakan ketegangan dalam hatinya. Dia bertanya-tanya sama ada wanita itu juga merasakan hal yang sama seperti dia. Walaupun dia ingin menanyakan hal itu, dia takut akan merosakkan hubungan persahabatan mereka.

   Walau bagaimanapun, semakin lama mereka bersama, semakin sukar bagi Haziq untuk menyembunyikan perasaannya. Kadang-kadang, dia terdiam di hadapannya, terpesona oleh kecantikan Hasna.

   Suatu malam, ketika mereka duduk di kafe yang sama seperti biasa, Haziq merasa bahawa saatnya telah tiba untuk mengungkapkan perasaannya. Hatinya berdegup kencang ketika dia memandang Hasna dengan harapan yang besar.

   Dengan gemetar, Haziq mulai bercakap, mencuba mencari kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan perasaannya. Hasna mendengarkan dengan penuh perhatian, matanya bersinar dengan kehangatan.

"Hasna, walaupun kita tak kenal lama, tapi saya rasa kita ni sangat rapat kan. Sebenarnya saya ada something nak bagitau awak lama dh." kata Haziq dengan pipi merahnya.

"Ehh? ada apa sebenarnya Haziq." jawab Hasna dengan tanda tanya.

"Sebenarnyaa eerr..... ummm.. eer" kata dari Haziq yang tergagap-gagap

"Sejak bila awak gagap ni Haziq AHAHAHAHA awak oke tak ni" kata Hasna dengan senyuman yang menawan hati.

  Lalu Haziq berkata dengan beraninya, "Sebenarnya saya suka dekat awak waktu awak masuk kafe haritu. Walaupun saya baru kenal awak tapi hati saya tak bole tahan kalau awak ada di sisi saya."

"Hasna, sudikah... awak menjadi pasangan saya" kata Haziq sambil memegang tangan Hasna.

   Muka Hasna bertukar menjadi menjadi kemerahan.

  Tanpa segan silu, Hasna berkata "Haaaa eerh... Haziq saya tak sangka awak suka pada saya. shshshs saya pun dah lama pendam rasa cinta kat awak."

   Haziq terkejut kerana dapat tahu isi hati sebenar Hasna. Dengan senyuman lembut di wajah Hasna, Haziq merasakan kelegaan dan kebahagiaan yang tidak terkatakan.

"Kau Pujaanku" - EmanWhere stories live. Discover now