ADAM DAHLIA [ROMANCE]

12 1 2
                                    

(CRINGE!!!)

"Doktor!" Adam pusing ke belakang. Dia yakin suara itu memanggilnya kerana hanya dia sahaja doktor di bilik rehat ketika itu.

"Kenapa bang?" Adam membalas pandangan Zamzuri, ketua jururawat di department itu.

Zamzuri kelihatan agak penat mengejar Doktor Adam. Doktor Adam memang sentiasa jalan laju. Maklumlah orangnya tinggi lampai.

"Kau kata hari itu mak kau bising suruh kahwin kan?" Tergelak kecil Adam dibuatnya. Tak sangka Abang Zamzuri masih ingat rungutannya itu.

Adam dan Zamzuri memang rapat. Zamzuri merupakan jururawat yang banyak membantu Adam ketika baru ditugaskan di hospital ini. Sudah macam bapa dan anak atas faktor umur mereka.

Adam angguk. Teringat ketika dia meluahkan perasaannya pada Abang Zamzuri tempoh hari.

Imbas kembali sewaktu rehat di kafe hospital,

"Bang Zam. Mak saya asyik membebel suruh kahwin. Penatlah bang. Bukan saya tak cuba mengurat anak dara orang. Anak dara orang yang tak nak saya. Katanya kerja doktor busy. Nanti tak cukup kasih sayang suami."

Adam sudah menongkat dagu di atas meja. Zamzuri hanya mendengar setia sambil menyedut air teh ais cincaunya.

"Dah tu. Kau carilah doktor juga. Apa susah," balas Zamzuri. Adam terus mengangkat kepala dan menggeleng laju.

"Tak nak saya. Nanti dua-dua busy." Zamzuri pula yang menggeleng.

"Kau tu yang banyak cekadak, Adam. Susah-susah kau nak abang tolong carikan?"

Adam terus angguk laju. Bukanlah kerana gatal tapi usianya hampir menginjak 30 tahun. Sampai bila mahu bujang. Sampai tua?

Tamat imbas kembali.

Kini harinya tiba. Abang Zamzuri ada memberi nombor anak buahnya kepada Adam. Katanya gadis itu juga seperti Adam.

Terlalu bekerjaya sehingga tak ada yang mahu. Kononnya bagi mereka wanita bekerja akan berlagak angkuh dengan suami mereka. Skeptikal sungguh!

Telefon dibuka. Nombor yang diberi oleh Abang Zamzuri dia dail. Kata Abang Zamzuri, hanya telefon nombor ini bila tiba harinya. Gadis itu memang menggunakan Abang Zamzuri sebagai pengantara dia dan Adam.

"Hello. Awak dah sampai ke?" soal Adam setelah empunya nombor mengangkat panggilan.

Mata melilau ke segenap kafe itu. Kafe yang paling hampir dengan hospital dan rumah Adam menjadi pilihan gadis itu. Asbabnya takut Adam mendapat on call secara mengejut. Mudahlah Adam untuk ke hospital.

Berbunga hati Adam mendapat tahu asbabnya daripada Abang Zamzuri. Belum jumpa lagi, gadis itu sudah mengambil berat tentangnya. Memang Adam berdoa semoga gadis ini sesuai untuknya.

Mata memandang seorang gadis yang duduk di bahagian tingkap kafe. Menepati ciri-ciri yang dinyatakan gadis di dalam talian tadi.

Berselendang berwarna krim dipadankan dengan blaus  berwarna coklat dan skirt panjang berwarna krim seakan selendang yang dipakainya. Adam mengukir senyum nipis. Gadis itu memakai pakaian yang sepadan dengannya. 

Adam pula memakai kemeja flannel berwarna coklat di bahagian luar. Manakala tshirt kosong berwarna krim di bahagian luar. Dipadankan pula dengan seluar slack berwarna hitam. Sepadan sungguh. Macam sedang hangat bercinta pula rasanya.

Hatinya kini sudah berbunga-bunga. Kaki mula mengorak langkah mendekati gadis itu.

"Awa..." Adam terkaku. Begitu juga gadis di hadapannya.

escapismWhere stories live. Discover now