SAEEF [ROMANCE]

11 0 0
                                    

SAD

"Kau terlambat, Saeef. Dan kau kena ingat cinta tak semestinya memiliki. Ya, cliche aku tahu. Tapi itulah hakikat."

Bahu aku ditepuk perlahan. Mata meredup memandang jejaka di sebelah. Pandangan kosong membalas pandangan simpatinya. Bibirnya mula terkoyak mengeluarkan kata-kata.

"Sampai bila?" soal dia pada aku. Aku kerut kening. Kucing gemuk yang berbaring di hadapan kami aku usap. Nama dia Dollah.

"Kau memang tak nak cari lain? Nak jadi bujang sampai tua?" Yazeed aku bagi renung maut. Soalan sensitif juga yang dia tanya. Punyalah banyak soalan lain dalam dunia ini. Aku dah makan ke belum? Kerja macam mana? Soal jodoh juga jadi pilihan.

"Kenapa pun? Kau jealous aku nak bujang sampai tua?" soalku. Kepala Dollah aku tepuk lembut. Dia gigit tangan aku. Sampai hati betul! Yazeed tergelak kecil. Dollah menjeling aku sebelum berjalan pergi. Ehh dia ini jeling orang pula. Dia yang cari fasal dulu.

"Buat apa nak jealous. Esok aku kahwin kut. Kau tu. Betul-betul mahu bujang? Aku bukanlah kisah kalau kau mahu bujang sampai tua. Tapi kau kena ingat kau dah tiada sesiapa untuk menagih kasih manusia."

Aku hanya beri senyum kecil. Paling tak suka bincangkan topik ini. Tapi aku faham sahaja Yazeed risaukan aku. Dia satu-satunya manusia yang tinggal, yang menjadi saksi hidup keperitan hidup aku.

"Cukuplah kasih Tuhan untuk aku dambakan, Yazeed. Kalau Allah kata aku ada jodoh dengan sesiapa maka ada lah," balasku. Dollah sudah masuk ke dalam rumah selepas aku tepuk kepalanya.

"Kau memang cinta mati betul pada Nur kan?" Senyum aku melebar setiap kali dengar namanya. Nama paling indah buat hati aku. Nama yang sama seperti arwah mak.

"Nur bagai cahaya dalam hidup aku, Zeed. Sama seperti namanya. Cahaya yang terangi gelitanya hidup aku..." Tak sempat aku habiskan kata Yazeed memotong. Ish baru nak jadi sweet talker sudah kena potong. 

"Sudah. Kau tak payah nak bermadah pujangga pula dekat sini. Ada baiknya kau tolong aku dekat dalam. Esok aku nak kahwin."

Yazeed tepuk peha aku. Mengarahkan aku untuk ikut dia masuk ke dalam rumah. Aku membuntuti Yazeed masuk ke rumah.

Apa Yazeed buat di sini?

Dia paksa aku jadi pengapit kemudian jadikan rumah aku sebagai tempat dia bersiap untuk akad nikah esok. Dia kata mahu habiskan masa bujangnya dengan aku.

Dia ingat aku tak tahu yang dia punya stok mi segera dah habis. Itu yang dia datang bertandang ke sini tanpa dijemput. Yazeed memang sudah jadi pendatang asing tanpa izin tetap di rumah aku.

Sekarang sudah tengah malam. Yazeed dah lena dibuai mimpi. Aku? Masih tak boleh tidur. Kaki mula menapak ke luar bilik. Dapur aku tuju.

Dollah si kucing betina putih berbulu lebat bermata biru mengekori aku. Dia terjaga daripada tidur setelah mendengar pintu bilik dikuak. Aku biarkan sahaja dia ikut aku.

Kenapa Dollah tapi kucing betina? Sebab Nur suruh. Nur pernah bagi pelbagai nama betina untuk Dollah tapi tidak dilayan. Aku bagi cadangan untuk cuba letak nama jantan padanya, Dollah menjadi pilihan Nur.

Dollah ini kucing Nur. Dia jumpa di tepi longkang ketika mahu pulang ke rumah. Nur teringin sangat mahu bela kucing tapi alerginya tak mengizinkan. Jadi dia beri Dollah pada aku untuk dijaga.

Setelah Nur pergi, aku tukar nama Dollah menjadi Nur Dollah. Nur ditambah kerana Dollah satu-satunya peninggalan Nur untuk aku. Selain memori indah kami bersama. Nur...

Saeef rindu Nur.

"Meow!" Dollah mengiau garang. Aku duduk mencangkung membelainya. Dollah memandang tingkap dapur.

escapismWhere stories live. Discover now