ADAM DAHLIA [ROMANCE]

1 0 0
                                    

Raya Edition

Dahlia senyum gembira. Sudu besi dicapai dan jug yang penuh dengan air sirap merah itu didekati. Hatinya bernyanyi girang.

Isteri mana yang tidak gembira bila suami bantu tanpa disuruh. Adam tadi menawarkan diri untuk membantunya di dapur. Dia tahu Adam tidak mahir di dapur jadi dia galas bahagian yang itu. Soal kemas rumah dan yang lain Adam uruskan.

Hari ini saudara-maranya akan datang ziarah. Maklumlah raya sudah tiba. Itu memang jadi tradisi tiap keluarga. Menziarahi sesama sendiri.

Dahlia berkerut seribu. “Woi doktor!" jerit Dahlia.

Adam di ruang tamu bingkas bangun. Terkejut dia apabila si isteri yang tadinya diam di dapur, sibuk mengacau lauk tiba-tiba menjerit lantang. Sudahlah Dahlia panggil Adam 'doktor', bukan nama manja khasnya, darling.

Dahlia bercekak pinggang, mukanya masam mencuka. Sudu yang tadi digunakan untuk merasa air sirap hasil tangan Adam kini dihala tepat pada muka Adam. Adam angkat kening sebelah menandakan 'apa?'. Dahlia pula renung mata suaminya dalam-dalam. Bagai nak tembus!

"Doktor Adam. Awak ini cuba nak penuhkan katil hospital ke?" soal Dahlia. Sudu yang dipegangnya bergerak selari dengan gerak tangannya. "Boleh darah tinggi orang minum air sirap awak ni."

"Darah tinggi? Bukan kencing manis ke, baby? Manis sangat ke air tu?" soal Adam. Mahu tergelak sebenarnya si isteri tertukar penyakit.

"Manis? Masin awak tahu!" Dahlia menyodok masuk sudu yang menakung sedikit air sirap buatan Adam ke dalam mulutnya. Rakus!

Tubuh Adam kebelakang setapak asbab sodokan rakus Dahlia. Tapi mulutnya mahu menyembur keluar air yang dipaksa sumbat ke dalam mulutnya. Memang masin yang amat!

Tak sempat Adam menyembur air di dalam mulutnya, Dahlia sudah awal-awal lagi tekup mulut Adam dengan tangannya. Biar dia tahu air sirap hasil tangannya tak ada beza dengan air laut. Masin kedua-duanya.

"Macam mana awak boleh tertukar gula dengan garam, darling?" Dahlia gelengkan kepala sambil menepuk dahinya sekali. Buat air pun tak mampu si Adam ni.

Adam genggam dua belah tangan Dahlia dengan tangannya. "Sorry, baby. Saya tak tahu balang besar tu awak isi garam. Biasa balang besar orang letak gula," balas Adam. Genggaman diketatkan sambil kepalanya menunduk merenung wajah Dahlia.

Sepanjang Adam hidup dia selalu lihat ahli keluarganya menggunakan bekas besar untuk isi gula. Manakala bekas bersaiz kecil untuk mengisi garam. Itu yang otaknya automatik fikir yang bekas besar isinya gula bukan garam.

"Darling, penat aje saya guna duit awak tempah sticker letak dekat balang. Awak tak baca ke, darling?" Soalan Dahlia dijawab dengan gelengan.

Dahlia faham Adam penat tapi degil mahu bantu. Adam baru sahaja pulang dari hospital pagi tadi, selepas subuh. Hanya tidur sekejap kemudian terus membantunya mengemas rumah dan susun segala perkakasan untuk tetamu nanti.

Adam kesian pada Dahlia jika buat semuanya sendiri. Adam mana boleh lihat Dahlia letih sedikit, mahunya rasa bersalah sebab jadi suami yang tak membantu dan hanya jadi batu. Sedangkan Dahlia tak pernah sedikit pun rasa yang Adam tak membantu.

Nafas ditarik dalam-dalam. Adam sudah bersedia dimaki. Senyum nipis Dahlia berikan pada Adam. Ditarik tangan Adam lembut, pergi mengambil gula. Adam turut sahaja gerak-geri isterinya yang kecil itu.

"Kita buat baru, hmm? Kali ini kita buat sama-sama, boleh?" soal Dahlia. Nadanya kembali ceria seperti selalu.

Adam angguk laju dan tersenyum girang. Barisan giginya yang putih bersusun rapi terselah. Lega yang Dahlia tidak marah lebih-lebih.

"Baby dah habis masak ke? Kalau belum, saya buat seorang pun boleh. Insya Allah kali ni tak tertukar lagi," kata Adam lantas tangannya mencapai bekas gula. Senyumannya masih tak lekang di bibir.

"Dah. Baru aje habis. Tak apa kita buat sama-sama, okey?" soal Dahlia pada Adam. Adam angguk sambil mengusap lembut rambut Dahlia.

"Tapi saya rasa kita kena kurangkan gula lah," ujar Adam. Tangannya masih mengusap rambut Dahlia yang terikat kemas. Ikatan ekor kuda.

"Kenapa?" soal Dahlia. Kepalanya disengetkan sedikit ke kiri. Adam tersenyum.

"Sebab kalau kita buat sama-sama nanti bertambah manis. Jadi kena kurangkanlah gulanya," jelas Adam. Kini jari telunjuk dan ibu jarinya mencubit manja hujung hidung Dahlia.

Dahlia seperti biasa, mana boleh suaminya manis-manis. Habis lengan Adam dipukulnya agak kuat. Tapi mukanya tak selari dengan tindak-tanduknya. Muka Dahlia kini memerah malu dan gembira.

Terdengar ketawa indah di dapur rumah milik Adam dan Dahlia. Masing-masing seronok dengan kewujudan si peneman hidup pada raya nan gembira ini. Raya pertama mereka bersama. Raya sebagai seorang isteri dan seorang suami. Moga Syawal akan datang mereka masih bersama lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

escapismWhere stories live. Discover now