FARAH [TIME TRAVEL?]

2 0 0
                                    

TIME TRAVEL KUT?

(TRIGGER WARNING : SUICIDE ATTEMPT)

Rasa bahu aku ditolak-tolak. Kepala terasa sakit. Badan juga terasa sengal semacam. Terdengar satu suara garau memaksa seseorang untuk bangun.

Dan suara itu betul-betul di sebelah telinga aku. Bagai nak pecah koklea aku dibuatnya. Bingit!

"Woi bangun! Kau ini sampai bila nak baring sini. Mayat kau dah naik ambulan dah," ucap lelaki itu. Mayat aku? Aku berjaya mati?

Mata yang tertutup aku buka perlahan-lahan. Tubuh juga perlahan-lahan aku bawa ke posisi duduk bersila. Kepala yang terasa sakit aku pegang lembut kemudian menggosoknya.

Lelaki itu aku pandang. Pakaiannya tak seperti dari zaman ini. Baju teluk belanga putih lengan pendek tapi tak dibutang. Dipadankan dengan kain pelikat berwarna hitam dan kelabu. Ikatnya kain pelikat itu menggunakan ikatan lingkup. Dan juga seluar bewarna hitam.

Ikatan lingkup ikatan yang sering digunakan sekarang. Ikatannya dipakai dengan cara kain sarung digulung ke atas kemudian dilingkup ke bahagian depan.

Tapi dia tidak bertanjak. Rambutnya hitam dan lurus. Panjangnya hingga paras bahu. Separuh dibiar lepas separuh lagi diikat sebunjut. Gayanya ala half-up bun.

Macam Miyamura Izumi sebelum potong rambut pun ya. Karakter anime berjudul Horimiya. Cuma tidaklah bertatu dan bertindik subang seperti Miyamura.

"Kau siapa?" soal aku pada dia. Dia tersenyum melihat aku yang sudah duduk. Mata kami bertemu. Cantik matanya. Coklat terang. Bersinar-sinar dek cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam matanya.

"Kau boleh panggil aku Eijoz. Tapi nama sebenar aku Mat Eijaz."

"Ekzos?" Lelaki itu menepuk dahinya sembari menggeleng kepalanya. Aku salah dengar ke? Tapi aku yakin aku dengar 'ekzos'.

"Ei. Joz. Bukan Ek. Zos," keluh Eijoz. Setiap perkataan ditekan mengikut bunyinya. Aku kerut kening. Nama punya sedap Mat Eijaz akhirnya dipanggil Eijoz. Apa punya tastelah.

"Kau?" soal dia pada aku. Aku diam seketika sebelum membalas. Kepala masih terasa sakit. Tapi anehnya tiada pula darah.

"Farah," jawab aku sepatah. Kini aku mendongak melihat bangunan di hadapan aku. Tinggi. Tapi...anehnya.

"Okey, Paghoh..." Tersentak Eijoz apabila aku tiba-tiba menggertaknya. Dia jauhkan diri dari aku beberapa langkah. Wajahnya beriak takut.

"Nama aku sedap-sedap Farah kau jadikan Paghoh. Kau ingat apa? Paruh burung ke nak Paghoh Paghoh. Apa kau tercekik biji cempedak?" kataku dengan nada suara yang sudah naik seoktaf. Suka hati mahu tukar nama orang. Nama sendiri tak apalah.

"Sedap apa. Paghoh. Lagipun nanti kau bakal rindu nama itu," ujar Eijoz. Dia kenyitkan mata kanannya pada aku. Geli-geliman aku. Ada kena baling dengan selipar ni nanti.

"Tak sekarang ini, apa semua ini? Kau kata mayat aku dah kena bawa ambulan. Apahal aku dekat sini?" soal aku pada Eijoz. Suara aku masih tinggi. Langsung tak berlembut.

Dia tiba-tiba menarik lengan baju aku. Bibirnya mengukir senyuman misteri. Langsung tak menjawab persoalan aku. Aku cuba melepaskan genggamannya. Tapi makin kuat pula dia genggam.

Wajahnya kini menghampiri wajahku. Bibirnya hanya sejauh jari telunjuk aku dari mata aku. Mulutnya memuncung. Eijoz ini gila ke?

Dapat rasakan butir-butir cecair masuk ke dalam mataku. Ada juga yang melekat di kelopak mata dan juga bulu mata aku. Mata aku terus terpejam rapat.

escapismWhere stories live. Discover now