Bab 2

4 0 0
                                    

GOING Seventeen 2020 episod 3 terpasang di kaca televisyen. Qawiy di sebelah terkumat-kamit mulutnya mengikut opening variety web series itu. 

"Ibul sogeseo going Goingeun eonjena neoege going going," nyanyi Qawiy. Aku ikut sama tapi hanya di dalam hati.

Memang sudah jadi rutin setiap kali pulang ke rumah Ibu. Aku dan Qawiy akan terpacak di depan televisyen selepas sarapan dan menonton Going Seventeen bersama. Bukan aku yang minat Seventeen tapi Qawiy.

"Episod ni bukan dah tengok ke?" soal Ibu yang duduk di sebelah aku. Sofa yang aku duduk sekarang ialah sofa two seater manakala Qawiy sedang berbaring di atas sofa three seater.

Qawiy angguk. "Saja tengok balik. Suka episod ni sebab Hoshi manipulate sampai Mingyu kena tuduh mafia," jelas Qawiy. Mata langsung tak lepas dari kaca televisyen.

"Oh kau suka part tu ke? Along suka tengok Wonwoo aje. Comel gila bila dia dengar betul-betul statement orang lain."

Aku tersenyum kecil mengingatkan gelagat Wonwoo dalam episod itu. Comel betul. Lebih-lebih lagi di episod seterusnya. Wonwoo berdiri sambil mendengar pendapat ahli yang lain. Ada juga beberapa kali dia cuba menyatakan pendapat dia.

"Dah along cam Wonwoo aje memanglah. Ibu knows Seventeen better than you. Right, ibu?" Qawiy mula berdiri di hadapan televisyen.

"Okay jom main!" Aku dan ibu saling berpandangan. Apahal Qawiy ini berdiri depan televisyen lagak seperti cikgu mengajar. Qawiy menunjukkan salah satu ahli di dalam kumpulan Seventeen.

"Siapa ini?" soal Qawiy. Aku sudah kerut kening. Tangan Qawiy terarah pada ahli yang berambut merah jambu cair bercampur dengan warna oren. Dia duduk betul-betul di sebelah Wonwoo.

"Hoshi?" Aku meneka.

"Itu Woozi. Tengok pun ibu dah tahu. Hoshi yang rambut macam blonde tu," jelas Ibu. Ibu memang sudah pro bab-bab Seventeen ini. Asbab terpaksa melayan Qawiy.

"Nooblah along ni. Hoshi dengan Woozi pun tak reti beza," ujar Qawiy. Qawiy ambil balik tempat duduk tadi. Sambung berbaring dan menonton.

Aku pandang ibu di sebelah. Wajah kagum aku pamer pada ibu. Ibu buat muka bangga. Mana tak bangga dia lebih tahu ahli Seventeen daripada aku. Aku memang kenal Wonwoo sahaja.

Mata masih ralit menonton televisyen. Tiba-tiba dapat rasakan peha aku ditepuk lembut. Ibu yang dari tadi dengan telefon aku pandang. Dah kenapa?

"Along ibu baru teringat," jelas ibu. Alis aku hampir bercantum. Mimik muka aku menunjukkan mimik penuh tanda tanya. Qawiy juga pasang telinga.

"Esok maklong punya kenduri. Thasha kahwin. Ibu lupa langsung nak bagitahu kamu. Ini nasib baik maklong mesej ibu ingatkan," jelas Ibu. Aku angguk.

"So esok nak gerak pukul berapa? Ibu tak kerja ke? Qawiy balik matrik dengan bas?" soal aku. Banyak sebab aku tahu esok aku yang kena bawa kereta.

"Kita gerak lepas sarapan. Majlisnya dekat KL aje," jelas Ibu. Kini Qawiy aku pandang, memerlukan jawapannya pula. Kalau kena hantar dia ke matrikulasinya memang masak aku!

"Bas. Petang," jawab Qawiy sepatah-sepatah. Dia masih khusyuk menonton Going Seventeen.Tak berdalih langsung. Aku campak bantal yang aku peluk sejak tadi kepada Qawiy.

Memang sengaja cari fasal.

"Apa masalah along?" Qawiy ambil bantal itu dan peluk erat. Mulutnya terbuka tapi mata langsung tak pandang aku. Ini kalau aku cabut plug TV baru tahu.

Ibu di sebelah aku menggeleng. Dah tua bangka pun masih suka cari fasal. Aku sengih memandang ibu. Kemudian kepala dilentokkan kepada bahunya.

"Ibu pinjam bahu jap," ujarku. Ibu membiarkan aku. Bibirnya mula terbelah. Kata-katanya selepas itu membuatkan aku angkat kembali kepala.

"Itulah ibu suruh kahwin dengan doktor tempat kerja ibu kamu tak mahu. Doktor Adam itu punya kacak. Kamu reject. Ibu baru nak kenalkan kamu pada dia," jelas ibu.

Asyik-asyik kahwin. Muka aku aje kahwin. Kahwin aje muka aku. Suruhlah Qawiy tu kahwin juga. Dia dah 18 tahun boleh kahwin apa. Sekarangkan sudah macam trend kahwin awal. Itu yang orang macam aku lambat kahwin. Lah kaitan.

"Tapi ibu kata hari itu Doktor Adam baru aje kahwin. Tak apa ibu. Bukan rezeki anak ibu. Nanti ada jodoh, along kahwinlah. Buat masa sekarang, along nak jaga ibu puas-puas," balas aku. Bahu ibu aku tepuk perlahan. Cubaan memujuk.

Itulah alasan aku setiap kali ibu menyoal tentang jodoh. Bukan apa, aku masih tak mampu buka hati aku untuk mana-mana lelaki. Kebanyakkannya aku benci.

"Tapi kamu langsung tak cari. Macam mana mahu jumpa dengan jodoh kamu?" soal ibu. Nadanya serius. Aku faham yang kebanyakkan gadis seusia aku semuanya sudah berumah tangga. Malah ada yang sudah beranak-pinak. Tapi bukan aku.

Aku masih lagi gadis bujang berusia 28 tahun. Tinggal sendirian dan tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Malah bercakap dengan lelaki juga jarang sekali. Memang lebih selesa begitu sejak dahulu.

Aku faham ibu risau. Risau akan anak gadisnya yang satu ini hidup bersendiri. Risau dengan keadaan aku bila dia tiada di sisi nanti. Risau yang aku akan bujang sampai mati.

Ibu pernah beritahu semua itu. Tapi maafkan along ibu, along tak sedia terima mana-mana lelaki dalam hidup along. Along masih takut.

Aku masih tak mampu buka hati untuk mana-mana lelaki yang cuba dekati diri. Luka di jiwa aku yang disebabkan oleh insan bergelar lelaki masih dalam parutnya. Along tak bersedia ibu.

Parut kekal yang akan ada dengan along selamanya. Walau sudah tidak berdarah tapi dia tetap menyakitkan.

Aku masih takut dan benci pada lelaki.

Cinta Haura Adira [ON HOLD]Where stories live. Discover now