Bab 14 : Tiada kemaafan

396 17 0
                                    

"Stop it Norman." Arianna terus menolak tubuh Norman yang kini berada di celah kangkangnya.

"But why?" Norman tertanya-tanya.

"I can't do that. I tak nak mengkhianati husband dan anak I." Arianna kemudian mendapatkan semula pakaiannya yang berada di lantai.

"U tak kesiankan dekat I langsung ke? I terseksa sangat sekarang ni. Please comfort me one last time." Norman cuba memujuk lagi.

Arianna tidak mempedulikan pujukan itu. Baginya Norman adalah masa silam yang perlu dilupakan manakala Kamal dan Damia adalah masa depannya. Setelah selesai berpakaian, Arianna terus menuju ke muka pintu bilik.

Ketika pintu bilik dibuka, alangkah terkejutnya pabila dia melihat beberapa lelaki berkopiah sedang berdiri di hadapan pintu tersebut. Jantungnya berdegup dengan kencang dan dia dapat mengagak motif mereka berada di situ.

"Assalamualaikum, kami dari jabatan agama. Kami menerima laporan bahawa terdapat perbuatan khalwat terjadi di bilik ni. Boleh kami periksa bilik ni tak?" Pinta salah seorang lelaki yang berada paling depan.

Air mata Arianna mula mengalir membasahi pipinya. Tiada kata-kata mampu keluar dari anak tekaknya ketika ini. Tidak dapat dibayangkan apakah akan terjadi jika suami dan keluarganya mengetahui perkara ini.

==================================================================================

"Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku ingat kau dah berubah. Kau buat aku betul-betul kecewa." Sayu wajah Kamal setelah mereka kini berada di rumah.

"Awak, please bagi orang explain dulu. Benda ni bukan macam awak bayangkan." Rayu Arianna.

"Nak explain apa lagi? Kau nak cakap yang kau takde niat masuk hotel tu ke? Kau nak cakap yang kau tersesat tiba-tiba terjumpa bekas pakwe kau. Macam tu ke?" Suara Kamal semakin meninggi.

"Kamal, bagilah Yana terangkan dulu." Hamid cuba meredakan keadaan.

"Bapak diam. Bapak jangan masuk campur urusan rumahtangga kami!" Hamid terdiam dengan tengkingan anak kandungnya itu.

"Kau nak sangat ikut bekas pakwe kau tu kan? Baik, kau boleh kemas barang-barang kau. Mulai hari ni aku tak nak tengok muka kau lagi dalam rumah ni. Kau boleh berambus!" Kamal tidak mampu lagi menahan amarahnya.

"Awak, orang minta maaf. Orang tak nak keluar dari rumah ni. Orang sayangkan awak. Please maafkan orang." Arianna memeluk kaki Kamal. Air matanya berjujuran mengalir membasahi seluar Kamal.

"Kau berambus lah. Aku taknak tengok muka kau!" Kamal menolak tubuh Arianna. Beliau tetap dengan pendiriannya.

Kamal kemudian masuk ke bilik lalu mengemas pakaian dan barang-barang milik Arianna dan dimasukkan ke dalam beg bagasi. Setelah selesai, beliau ke ruang tamu semula bersama-sama dengan beg tersebut.

"Kau ambek barang-barang kau ni, berambus dari sini!" Kamal mencampakkan beg bagasi tersebut.

Beliau kemudian berlalu semula ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik tersebut. Raungan tangisan Arianna yang semakin kuat itu tidak diendah langsung oleh Kamal. Wanita itu tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan.

Ia seperti tiada ruang untuk mendapat kemaafan dari suaminya itu. Hamid yang berada di situ hanya memerhati tanpa berkata-kata. Walaupun perit melihat keadaan hubungan anak dan menantunya itu, namun beliau tiada kuasa untuk masuk campur.

Hamid faham akan amarah oleh Kamal setelah dicurangi, mana mungkin lelaki itu dapat menahan marahnya. Namun beliau juga tidak mahu kehilangan menantu seperti Arianna yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

"Yana, marilah bapak hantar Yana ke pekan dulu. Yana duduk dulu dekat mana-mana hotel. Nanti bila dah reda marah si Kamal tu, bapak bawak Yana balik semula." Hamid cuba memberi cadangan.

Beliau tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan ketika ini selain membantu meredakan keadaan. Kini tiada apa yang mampu dilakukan oleh Arianna lagi selain bersetuju dengan cadangan bapa mertuanya.

Dia berharap Kamal mampu memaafkannya dalam masa terdekat. Ini memandangkan Damia masih lagi menyusu badan. Tidak mungkin lelaki itu akan berlaku kejam dengan memisahkan ibu dan anak.

==================================================================================

Tujuh tahun kemudian :-

Terlalu banyak yang telah berubah selama tujuh tahun semenjak Arianna meninggalkan rumah tersebut. Di hadapan sebuah sekolah rendah, kelihatan seorang pelajar darjah satu sedang menunggu seseorang.

"Damia, ayah awak tak sampai lagi ke?" Soal seorang guru yang baru sahaja menghampiri kanak-kanak terbabit.

"Belum lagi, tak tahu kenapa ayah lambat harini." Keluh Damia.

Hahh, tu pun ayah saya." Ujar Damia sambil menuding jari ke arah seseorang yang sedang menunggang motosikal.

"Kenapa ayah lambat? Lama tau Mia tunggu." Damia menarik muka tanda merajuk setelah motosikal itu menghampirinya.

"Alolo, sorry lah. Ayah ada hal sikit tadi. Janganlah merajuk sayang." Kamal cuba memujuk anak kecil itu.

"Ehem, Kamal kan?" Soal guru terbabit. Kamal kemudian merenung wajah guru itu dengan agak lama dan cuba mengecam wajah itu.

"Salina kan? Minta maaf saya tak cam tadi sebab nampak lain. Lamanya saya tak nampak awak, sejak bila awak mengajar dekat sini?" Soal Kamal kepada wanita yang pernah rapat dengannya suatu ketika dahulu.

"Baru lagi, baru je sebulan saya pindah dekat sini. So, Damia ni anak awak ke?" Salina cuba ingin tahu.

"Haah. Awak mengajar kelas dia ke? Minta maaflah kalau dia degil dalam kelas." Pohon Kamal.

"Eh, mana ada dia degil. Ya, saya mengajar kelas dia. Subjek matematik." Jelas Salina.

"Awak sekarang nampak lain sangat. Jauh beza dari dulu." Sambung Kamal.

"Lain? Lain macam mana tu maksud awak?" Salina inginkan kepastian.

"Awak nampak sangat cantik." Puji Kamal.

Beliau kemudian meleretkan matanya memandang gadis berkebaya dan bertudung biru itu dari atas sampai ke bawah. Kata-kata dan renungan daripada Kamal membuatkan Salina menjadi malu.

"Mana ada saya cantik, saya biasa-biasa je." Balas Salina. Namun di dalam hatinya berbunga-bunga apabila dipuji.

"Ayah, bila nak jalan ni? Mia dah panas lah." Damia menyampuk. Dia kini sudahpun duduk di bahagian belakang motosikal.

"Eyy dia ni, yelah-yelah. Ok lah Sal, saya balik dulu. Terima kasih tau sebab tengok-tengokkan Damia ni masa dalam kelas." Kamal kemudian menghidupkan semula motosikal yamaha nouvo itu lalu beredar.

"Sama-sama." Balas Salina sambil memerhatikan motosikal itu berlalu meninggalkan pintu sekolah.

Tidak menyangka masa berlalu dengan begitu pantas. Lelaki yang dikenali di zaman sekolah itu kelihatan jauh berbeza daripada dulu. Beliau kelihatan sungguh matang dengan wajah berkumis nipis.

Bersambung...

Reda Hujan Terbit SinarWhere stories live. Discover now