Bab 19 : Bertemu jua

268 10 0
                                    

"Tak payah nak mengada jumpa dia. Tiba-tiba pulak nak jumpa dia sekarang kenapa? Mana kau pergi selama tujuh tahun ni?" Kamal mula melepaskan amarahnya.

"Ada kau peduli ke makan-minum, sihat ke sakit budak tu selama ni? Tak payah lah tiba-tiba nak jadi ibu mithali pulak." Tambah Kamal lagi.

"Cakap lah apa yang awak nak cakap, tapi orang tak kira orang nak jumpa jugak dengan Damia." Arianna berjalan menuju ke pintu.

Dia cuba membuka pintu tersebut namun dihalang dan ditolak oleh Kamal. Lelaki itu kemudian membuka sedikit pintu itu lalu masuk ke dalam rumah dan mengunci semula pintu tersebut.

"Kamal, tolong lah bukak pintu ni. Damia, ibu datang ni. Ibu nak jumpa dengan Damia." Arianna mengetuk-ngetuk pintu tersebut dan merayu. Kedengaran teresak-esak suara dari luar rumah.

Kamal hanya memekakkan telinga dengan jeritan itu. Apa yang pernah dilakukan oleh wanita itu suatu ketika dahulu masih belum mampu lagi dimaafkan olehnya. Kini beliau juga tidak mahu wanita itu memisahkan dirinya dan Damia.

"Ayah, siapa perempuan tu? Kenapa dia panggil-panggil Mia?" Tiba-tiba Damia muncul di ruang tamu.

"Takde siapa-siapa, orang gila kot. Dah pergi mandi sana, dah petang sangat dah ni." Arah Kamal.

Anak kecil itu hanya menuruti arahan tersebut lalu beredar menuju ke biliknya. Kamal terpaksa berbohong kepada anaknya itu. Beliau takut untuk memberitahu perkara sebenar mengenai wanita itu.

==================================================================================

Kedengaran bunyi hujan semakin lebat di luar rumah disusuli dengan bunyi guruh berdentum. Kamal yang baru sahaja selesai mandi memerhatikan jam di dinding. Kelihatan waktu menunjukkan sudah melepasi 7 malam.

Ini bermakna waktu maghrib semakin hampir. Niatnya yang ingin menunaikan solat berjemaah di masjid mungkin terganggu dek kerana hujan yang begitu lebat. Matanya hanya memerhati cuaca dari jendela.

Tiba-tiba beliau terkejut apabila melihat di laman rumah. Kamal cepat-cepat membuka pintu rumah lalu berlari menuju ke laman rumahnya. Kelihatan seorang wanita sedang berdiri tegak di bawah pancuran hujan yang lebat tanpa berganjak sedikit pun.

"Kau ni kenapa, dah gila ke berdiri tengah-tengah hujan ni. Kau tak nampak ke petir sabung-menyabung tu?!" Kamal memarahi wanita itu.

"Orang nak jumpa anak orang. Orang tak kira hujan ke, panas ke, orang tak kan berganjak selagi orang tak jumpa Damia." Jawab Arianna yang sedang menggigil kesejukan.

Kamal tiada pilihan lalu menggenggam tangan Arianna dan menariknya menuju ke dalam rumah. Setelah berada di dalam rumah, beliau kemudian masuk ke dalam bilik. Tidak lama selepas itu, beliau keluar semula dengan membawa tuala.

"Nah, pergi lah mandi dulu." Arah Kamal.

"Orang nak jumpa anak orang." Ucap Arianna.

"Pergi jelah mandi dulu!" Kamal meninggikan suaranya.

Kerana ketakutan, Arianna menuruti arahan lelaki itu lalu menuju ke bilik mandi. Kedengaran azan maghrib mula berkumandang dari arah televisyen. Tanpa menunggu lama, Kamal terus menunaikan kewajipan.

Setelah selesai, Kamal hanya duduk di ruang tamu sambil matanya menonton televisyen. Namun fikirannya tidak pada kaca televisyen. Beliau hanya terfikir akan kehadiran Arianna di rumahnya.

Seketika kemudian, Arianna keluar dari bilik air dengan hanya berkemban tuala. Dada dan pehanya yang putih melepak kini terdedah di hadapan Kamal. Beliau terus melarikan anak matanya supaya tidak terus merenung tubuh itu.

Walaupun pernah melihat dan menyentuh tubuh itu suatu ketika dahulu, namun perasaan malu tetap menebal di dalam dirinya. Mungkin kerana terlalu lama tidak melihat menyebabkan beliau berasa janggal.

"Awak, orang nak pakai baju apa malam ni?" Soal Arianna.

"Takkan kau tak bawa baju langsung datang sini?" Persoalan Kamal itu dibalas dengan gelengan oleh Arianna.

"Cubalah tengok kat dalam almari bilik hujung tu. Ada lagi kot baju kau dalam tu." Ujar Kamal.

Arianna kemudian berlalu meninggalkan ruang tamu dan menuju ke arah bilik berkenaan. Kamal hanya memerhatikan tubuh wanita itu dari arah belakang. Tiba-tiba satu hasutan berbisik di dalam hatinya.

Kamal menampar kedua-dua pipinya supaya hasutan itu berlalu pergi dari dalam fikirannya. Walaupun sudah lama nafsunya tidak dilampiaskan, namun perasaan marah pada wanita itu masih lagi menebal di jiwanya.

==================================================================================

"Yana, aku dah siapkan makanan. Keluarlah makan." Suara Kamal kedengaran di balik pintu bilik.

"Ok." Balas Arianna.

Dia yang baru sahaja merebahkan tubuhnya ke atas katil, dengan malas terus bangkit dan keluar dari dalam bilik. Kakinya terus melangkah ke dapur. Kelihatan Kamal bersama-sama dengan Damia sudahpun duduk di meja makan.

Dengan hati yang gembira, Arianna terus mengambil tempat di sebelah Damia. Wajah yang dahulunya hanyalah seorang bayi, kini sudahpun menginjak dewasa. Tidak lekang langsung senyuman di bibirnya merenung wajah comel anak kecil itu.

"Makcik ni kenapa senyum sorang-sorang?" Tegur Damia yang kelihatan agak tidak selesa dengan renungan itu.

"Makcik? Jangan panggil makcik, panggil ibu ya sayang." Arianna kemudian membelai-belai rambut Damia dengan penuh kasih sayang.

Damia terkejut dengan tingkah laku wanita itu. Dia kemudian memandang wajah Kamal, namun ayahnya hanya sibuk menceduk makanan. Dia tidak faham kenapa wanita itu meminta dia memanggilnya ibu.

Selama dia hidup, tidak pernah sekalipun dia melihat wajah ibunya. Setiap kali dia bertanya perihal ibunya, pasti ayahnya cuba mengelak dan mengubah topik. Adakah wanita di sebelahnya itu adalah ibu kandungnya, ataupun bakal ibu tirinya?

==================================================================================

Kamal menyandarkan tubuhnya di kerusi malas yang berada di anjung rumah. Hujan lebat sejak petang tadi masih lagi kelihatan tidak mahu reda. Rokok daun digulung dengan tembakau lalu dicucuh dengan api.

Diletak di mulutnya, lalu beliau mula menghisap rokok tersebut. Kelihatan asap mula berkepul-kepul keluar dari hembusan mulutnya. Namun tidak terasa langsung di tekaknya dek kerana fikirannya bercelaru.

"Bapak mana? Dari tadi lagi orang tak nampak." Kedengaran suara bertanya dari arah belakang.

"Bapak dah meninggal. Dua tahun lepas." Balas Kamal sambil masih lagi menghembus asap rokok.

"Lah yeke? Sorry, orang tak tahu." Arianna kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Kamal.

"Cantik dah rumah ni sekarang lepas tukar jadi batu. Bila awak renovate rumah ni?" Soal Arianna sambil matanya memerhati sekeliling rumah.

"Lama dah, masa bapak masih hidup lagi. Kau dah dapat jumpa Damia kan, esok kau dah boleh balik kot." Dingin kedengaran suara Kamal.

Bersambung...

Reda Hujan Terbit SinarWhere stories live. Discover now