Bab 20 : Selamat malam

246 12 0
                                    

"Lama dah, masa bapak masih hidup lagi. Kau dah dapat jumpa Damia kan, esok kau dah boleh balik kot." Dingin kedengaran suara Kamal.

"Alah mana puas lagi. Bagi lah orang duduk sini beberapa hari lagi. Orang nak spent time dengan Damia lama sikit." Rayu Arianna.

"Aku bukan apa, tak elok lah kalau orang kampung nampak kau kat rumah aku ni. Nanti apa pulak diorang cakap." Terang Kamal.

"Apa masalahnya? Kita still lagi suami isteri. Awak tak pernah pun jatuhkan talak dekat orang." Ujar Arianna.

"Ya, memang betul yang aku tak pernah lafazkan talak, tapi orang kampung semua ingat kita dah bercerai." Jelas Kamal.

"Biar jelah apa diorang nak fikir, yang penting kita tak buat salah. Orang tak kira, orang nak stay kat sini. Nak spent time dengan Damia puas-puas." Arianna masih berkeras.

==================================================================================

Hujan semakin lebat di luar rumah tanpa menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Kamal yang hanya berbaring di atas katil tidak mampu melelapkan mata. Terlalu banyak perkara yang berlegar di fikirannya.

Beliau tidak percaya Arianna datang ke rumahnya semata-mata ingin melihat Damia. Bagaimana jika wanita itu ingin mendapatkan hak penjagaan terhadap anak itu. Adakah beliau mampu meneruskan hidup tanpa Damia di sisi.

Memikirkan semua itu membuatkan beliau menjadi semakin runsing. Sedang asyik memikirkan semua itu, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. Akibat dentuman itu, seluruh rumah kini kegelapan akibat terputus bekalan elektrik.

Kamal mencapai lampu suluh lalu terus menuju ke ruang tamu. Beliau kemudian memeriksa kotak suis utama untuk memastikan samada elektrik benar-benar terputus atau hanya trip. Setelah memeriksa, memang ternyata elektrik telah terputus.

Kamal menuju ke almari di dapur lalu mengambil lilin yang berada di dalam laci. Beliau terus menuju ke arah bilik tidur Damia. Kelihatan anak kecil itu tidur dengan nyenyak tanpa menyedari suasana dalam rumah kini dalam kegelapan.

Beliau kemudian menyalakan lilin untuk menerangi bilik anak kecil itu. Ketika ingin beredar ke dalam biliknya, tiba-tiba beliau teringat bahawa Arianna mengalami nyctophobia iaitu takut akan kegelapan. Beliau kemudian terus menuju ke bilik wanita itu.

"Yana, kau ok tak tu?" Soalan Kamal tidak dijawab.

Kamal kemudian terus sahaja membuka pintu bilik tersebut. Disuluh lampu ditangannya ke pelusuk bilik. Kelihatan wanita itu sedang duduk dan memeluk tubuh di atas katil dengan wajah yang ketakutan.

"Kau takut dengan gelap lagi ke? Dah tua dah pun takkan tak hilang lagi phobia kau tu?" Omel Kamal.

Kamal kemudian menuju ke arah tepi katil, lalu menghidupkan lilin dan diletak di tepi katil tersebut. Kini seluruh bilik itu disinari cahaya api lilin. Ketika beliau cuba beredar, tiba-tiba tangannya digenggam oleh Arianna.

"Awak, orang takut." Luah Arianna.

"Nak takut apanya, kan dah ada lilin tu. Dah lah pergi tidur." Arah Kamal. Namun tangannya digenggam dengan semakin erat oleh Arianna.

"Temankan orang tidur." Pinta Arianna.

"Tak payah nak merepek lah. Damia pun tak pernah nak tidur berteman." Kamal menolak permintaan itu.

"Please." Rayu Arianna.

Atas perasaan kasihan, akhirnya Kamal mengalah dan bersetuju menemani wanita itu tidur. Beliau kemudian berbaring di sebelah Arianna. Terasa lain macam di dalam dirinya kerana sudah lama beliau hanya tidur berseorangan selama ini.

"Awak, orang nak minta maaf sebab dah kecewakan awak dulu." Perlahan suara Arianna berbisik di telinga Kamal.

Kamal hanya berpura-pura tidak mendengari bisikan Arianna. Tidak semudah itu untuk dimaafkan kesalahan seseorang yang telah meninggalkan anak kandungnya tanpa khabar berita. Beliau juga masih lagi marah dengan kejadian Arianna ditangkap khalwat.

Walaupun bapanya pernah memberitahu bahawa Arianna tidak melakukan apa-apa dengan lelaki itu dan hanya melawat lelaki itu kerana lelaki itu mendakwa dirinya sakit, tetapi Kamal tidak sesekali menerima alasan tersebut.

Tiba-tiba terasa lengannya dipeluk oleh Arianna dengan erat. Terasa lembut di lengannya pabila kedua-dua gunung wanita itu menyentuhnya. Beliau hanya membiarkan perilaku wanita itu memandangkan wanita itu masih ketakutan.

Tidak lama selepas itu, bilik kembali terang-benderang setelah bekalan elektrik kembali pulih. Kamal memandang wajah Arianna dan kelihatan wanita itu sudahpun lena dibuai mimpi. Terasa sejuk melihat keayuan wajah wanita itu.

Sebenarnya jauh di sudut hatinya beliau masih lagi mencintai dan merindui wanita itu. Kerinduan yang dibendung di dalam dirinya kini akhirnya dapat diubati. Namun kerana ego yang tinggi, ditahan sahaja segala perasaan.

Kamal membuka genggaman tangan Arianna lalu bangkit dari atas katil. Beliau kemudian mematikan lilin yang berada di atas lantai. Beliau kemudian menghampiri Arianna lalu di cium dahi wanita itu dengan penuh kasih sayang.

"Selamat malam sayang." Ucap Kamal sebelum beredar keluar dari bilik tersebut.

Seketika kemudian, Arianna membuka kembali matanya. Pipinya kemerahan manakala bibirnya menguntum senyum sendirian. Dia yang hanya berpura-pura tidur kini menjadi angau setelah mendengar ucapan Kamal sebentar tadi.

==================================================================================

Langit di luar rumah kelihatan semakin cerah. Arianna melangkah kakinya keluar bilik dengan hati berbunga-bunga kerana masih lagi teringat akan kejadian malam tadi. Kelihatan Kamal bersama dengan Damia berada di muka pintu sedang memakai kasut.

"Korang nak pergi mana?" Soal Arianna.

"Takkan tak nampak kot budak ni pakai baju sekolah, of course lah nak pergi sekolah. Takkan pergi tengok wayang kot." Sindir Kamal.

"Mia nak pergi sekolah ye? Salam ibu dulu ya sayang." Arianna menghulurkan tangannya. Walau berasa janggal, namun huluran itu disambut dan dicium oleh Damia.

"Lepas hantar Mia ke sekolah, aku terus pergi kerja tau. Sarapan ada kat bawah tudung saji tu. Pandai-pandai lah ye." Ujar Kamal.

"Awak kerja apa sekarang. Tak kerja kat sawah lagi ke?" Soal Arianna kehairanan.

"Tak payah sibuk lah aku kerja apa." Kamal kemudian berlalu pergi dan menuju ke motosikalnya bersama-sama dengan Damia.

Arianna hanya tersenyum dengan setiap butir kata-kata Kamal. Walaupun lelaki itu bersikap dingin terhadapnya, tetapi dia tahu jauh di sudut hati lelaki itu masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya.

Dia kemudian melambai tangan saat anaknya itu berlalu pergi. Arianna kemudian berlalu pergi menuju ke dapur dan melihat apa yang ada di atas meja makan. Kelihatan sebungkus nasi lemak dan air nescafe telah tersedia.

Saat dia menikmati sarapan, tiba-tiba kenangan bersarapan bersama-sama dengan Kamal dan Hamid melintas di fikirannya. Mereka bertiga sentiasa menghabiskan masa bersama di meja berkenaan untuk menikmati juadah.

Terasa rindu terhadap bapa mertuanya itu mula menyelubungi dirinya. Jika dia tidak membuat hal suatu ketika dahulu, mungkin dia boleh berada di sisi lelaki itu saat menghembuskan nafas terakhir.

Setelah dihalau oleh Kamal tujuh tahun dahulu, bapa mertuanya telah menyewakan sebuah bilik di pekan untuk didiaminya. Lelaki itu seringkali menghantar makanan kepadanya dan berjanji cuba akan memujuk Kamal untuk menerimanya semula.

Bapa mertuanya itu juga tidak rela melihat dirinya berpisah dengan Damia memandangkan Damia ketika itu masih lagi menyusu badan

Bersambung...

Reda Hujan Terbit SinarWhere stories live. Discover now