JEJAK (flashback)

20 1 0
                                    

"Sudah masuk 8 tahun sesi kaunseling Kita,saya boleh Katakan saya lega kamu nampak lebih baik dari hari-hari sebelum ya"

"Apa..aku nampak lebih baik doc?"

"Banyak perubahan yang saya nampak dari kamu sekarang,kamu dah mula tersenyum tanpa dipaksa,datang dengan penampilan yang lebih baik dan kemas, tak macam waktu kita berjumpa pertama kali"

".........."

"Apa perubahan positif ini ada kaitan dengan lelaki yang luahkan perasaan pada kamu tempoh hari?"

"Ah..doktor ni,mengarut!,dia juga pesakit sepertiku"

"Hahaha maaf,Dia nampak serius,kalau kamu rasa perubahan baik kamu ni disebabkan luahan lelaki itu,ini petanda nya kamu dah boleh melupakan kisah lama kamu"

"Apa ini rasanya move on doc?, Sebab sampai detik ini,Aku tak pernah lupakan dia,Aku cuma...boleh belajar tahan diri dari rasa penyesalan ni"

"Kamu boleh tebus kesalahan kamu,jika tidak ke orang itu lagi,setidaknya hargailah orang baru yang muncul di hidup kamu"
.

Kim Hara.

Di usia 20 tahun,tepatnya 5 tahun setelah kejadian memilukan itu,Hara kembali pulang dari Daegu ke Busan seorang diri, kalini perjalanan lama yang memakan masa 5 jam tak terasa lagi baginya kerana sepanjang itu masanya diisi dengan memikirkan keberadaan lelaki yang membuat Hara terpuruk bersalah sejak dia meninggalkannya.

Kaki itu melangkah keluar dari kereta api,setelah dua tahun tampaknya suasana di stesen ini tak banyak berubah,jika dingat kenangan lama semuanya masih sama.Dia berpaling ke kiri,melihat jalan yang terbentang lurus dan sunyi dimana lima tahun yang lalu jalan itulah yang menjadi tempat dia memulaukan jeritan Ardi yang mengejar dan memanggilnya untuk tidak pergi.

Banyak spekulasi dan scenario bermain dikepala.Apa yang berlaku pada Ardi?Apa yang mereka lakukan kepadanya?Jika Hara bertemu dengannya,apa perubahan yang akan Hara lihat dengan mata kepalanya?Apa masih Ardi yang polos dan perlukan perhatiannya?

Tanpa dia sedar sepanjang lima tahun ini yang banyak berubah adalah dirinya sendiri, tiada siapa tahu,Kim Hara yang dikenali ramai berubah total.Dia diserang kemurungan dan banyak jatuh sakit.Pertemanannya juga terputus kerana dia lebih banyak mengurung diri.Hara hilang hampir 15kg dan pembelajarannya terbantut.Tiada selera makan dan itu buatkan Hara nampak tak sihat dan bermaya.Kulitnya nampak lebih menua dari biasa walau dia masih remaja 20 tahun.Hara insecure tinggi pada dirinya sendiri dan terbiasa memakai mask muka kemana-mana pun. Semua kerana penyesalannya kepada Ardi.

Selain berubat ke psikiatrik,masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar dihabiskan dengan menjejak Ardi kembali. Pelbagai cara dilakukan namun hampa lelaki itu bagai hilang ditelan bumi.Tiada petunjuk,tiada jejak.

Bermacam-macam tempat Hara jelajah untuk mencari adik angkatnya kembali. Hingga ketitik terakhir,Hara mengalah, bilamana segala kudrat dan wangnya yang ia keluarkan sudah mencapai titik nol.Ardi tak akan pernah berjaya dijumpai.Dia masih ingat upaya terakhirnya...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNKNOWN Where stories live. Discover now