Bab 5

8.4K 374 11
                                    

Pandangan Qayla kabur. Matanya mencuba sekerasnya untuk menjelaskan pandangan. Tangan kanannya terasa perit. Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya sambil matanya berusaha keras untuk menumpukan pandangan.

Dia memandang telapak tangannya yang lengkap berbalut.

"Alhamdulillah Qayla kau dah sedar?!" Suara Alya memecah kesunyian ruang rawatan itu.

Qayla cuba untuk bangkit.

Dia memandang sekeliling.

Ada Alya..

Mei...

dan...

Adam?

Keningnya bergulung apabila melihat Adam yang sedang berdiri di bucu katil.

Apabila melihat mata Qayla tertumpu pada Adam, Mei laju mencelah "Dr. Adam ni la yang bawa kau ke hospital ni. Mujur ada dia. Kalau tak terbaring la kau tepi pantai tu diayun ombak seorang diri ."

Mata Qayla dan Adam bertemu buat beberapa saat sebelum Adam memalingkan tubuhnya dan melangkah ke pintu balik. Seperti sebelumnya, Adam masih dengan cermin mata hitamnya.

"Qayla! Say thanks to him!" Arah Mei laju sebelum Adam keluar dari ruang itu.

"Ha?" Otak Qayla masih belum berfungsi sepenuhnya. Maklumlah, baru je blackout tadi tiba-tiba bangun ada Adam pulak dekat depan.

Belum sempat Adam melangkah kaki keluar dari ruang rawatan itu, langkahnya terhenti dan dia mengundur beberapa langkah.

Kelihatan sosok seorang wanita dan seorang lelaki memasuki bilik itu.

"Adam?" Suara garau Encik Alias memecah kesunyian.

Mei, Qayla dan Alya saling berpandangan.

Ayah kenal Adam?

"Uncle! Apa khabar?" Sapa Adam ramah sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan ayah Qayla.

Puan Maria yang berdiri disebelah Encik Alias sekadar tersenyum.

"Sakit mata kamu masih belum sembuh Adam?" Soal Puan Maria, melihat Adam menggayakan cermin mata hitamnya.

"Ya aunty. Belum sembuh sepenuhnya lagi."

"Kamu buat apa dekat sini? Kamu rawat Qayla ya?"

Adam memandang Qayla sekilas sebelum mengangguk.

"Kita dah jahit ibu jari Qayla sebab urat hampir terputus tadi. Dalam juga luka dia tertusuk kaca. Tapi uncle jangan bimbang InsyaaAllah boleh sembuh sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan."

"Qayla, okay tak?" Soal Puan Maria sambil mendekati anaknya.

Perlahan-lahan Qayla mengangkat tangannya yang terluka sambil menunjukkan ibu jari menandakan okay. Lalu ibu jari itu perlahan-perlahan diterbalikkan.

Dia mencebik bibir.

"Sakit ibu!"

Puan Maria menggosok lembut tangan Qayla lalu memandang kearah Adam.

"Jadi Qayla sudah berkenalan la dengan kamu ya?" Soalnya.

Adam dan Qayla saling berpandangan. Kening Qayla bertaut.

Apakah...

Semua...

Ini?

"Oh tak uncle. Kami belum sempat berkenalan lagi. Saya pun tak sangka dia sertai juga aktiviti hari ini. Kebetulan pula."

Qayla bingung. Cara Adam menjawab persoalan ayahnya seperti Adam sudah tahu tentang dirinya.

Alya dan Mei mendekati Qayla. Lalu Alya membisik. "Kau tak bagi tahu aku pun Adam kenal keluarga kau?"

Sisakan Aku Waktu | CWhere stories live. Discover now