Bab 13

7K 327 12
                                    

DULU pun dia study dekat Dublin juga...

Nama dia..."

"Faris?" Laju Adam meneka.

"Awak kenal?

sorry...

Aaa...

Abang kenal?" Pantas dia memperbetulkan ayatnya apabila dia tersasul menggunakan 'awak'.

Adam angguk. "Kita satu batch tapi tak rapat sangat. Pernah jumpa tapi tak selalu." Terangnya.

"Ya Allah ye ke?" Soal Qayla, terkejut.

"Ya sayang. Kecil je dunia ni kan?"

Qayla angguk.

"Tapi dia baik. Dekat uni dulu dia dikenali dengan sifat dia yang suka bantu orang."

Mata Qayla bergenang. Dia merindui abang kandungnya.

"Qayla rindu dia. Kalau dia ada, mesti dia jadi orang yang paling protactive..... Mesti dia...... tanya abang macam-macam sebelum kita kahwin." Tawa kecil terhambur. Tawa berbaur tangis.

"Mesti dia menangis bila kita kahwin..... mesti dia akan pesan macam-macam pada abang." Suara Qayla bergetar. Dia tidak dapat menahan sebak.

"Kalau lah mama pun masih ada dekat sini. If only she can see you, abang." Qayla memandang Adam dengan mata yang berkaca.

Adam angkat diri dan duduk bersila di sebelah Qayla. Kepala Qayla ditarik dan dilabuhkan ke bahunya. Tangannya mengusap lembut kepala gadis itu. Usapan itu membuatkan Qayla tidak dapat lagi menahan tangis. Laju air mata mengalir bercucuran di pipinya.

"Qayla......

rindu along.....

tsskk...

dan mama" Tersedu-sedu dia menutur kata.

"Sabar ya sayang. Mesti mereka bahagia tengok sayang bahagia...." Tangan isterinya diusap lembut. Tubir mata ditahan sekerasnya dari melimpahkan tangis. Tidak mahu turut menangis di samping isterinya. Sungguh tangisan Qayla mengguris hatinya. Dia dapat merasai kesakitan gadis itu. Hatinya bagai dihiris. Namun demi memberi sekelumit kekuatan kepada seorang isteri, dia kuatkan diri.

"Kenapa tuhan tarik nyawa dua orang yang penting dalam hidup Qayla?" Soalnya dengan suara yang rendah.

"Sebab tuhan lebih sayangkan mereka. Mungkin sekarang mama dan along sedang berbahagia di alam sana?" Bisik Adam, memujuk isterinya.

"Jadi sayang, tugas sayang sekarang adalah menjadi muslim yang baik, taat dan patuh pada Allah supaya sayang pun boleh masuk syurga nanti. Supaya nanti boleh jumpa dengan mama dan along lagi dekat syurga."

Qayla diam.

"Dah! jangan nangis lagi." Pujuknya lagi. Tangan Adam menolak dagu Qayla ke atas. Qayla melengguk memandang suaminya. Pipinya dibasahi air mata. Perit hati Adam melihat gadis kesayangannya menangis begitu.

Aku tak akan biarkan gadis ini terluka. Tuhan, bantu aku untu membahagiakan dia. Doanya didalam hati.

Lembut ibu jari Adam mengulas pipi Qayla.

"Sah sah awak bukan manusia. Menangis pun cantik." Adam senyum lembut.

"Bidadari je tau cantik kalau menangis." Tawa mereka bersatu. Adam senang melihat isterinya tersenyum.

"Jangan nangis lagi ya bidadari abang. Nanti mama dan along pun sedih. Hari ni kan hari bahagia kita." Adam mengelap air mata Qayla. Dia kucup lembut dahi isterinya.

Sisakan Aku Waktu | CWhere stories live. Discover now