Bab 11

7K 320 14
                                    

DULANG yang dipenuhi gelas kosong itu diangkat bibik Dewi. Dia sempat mengerling ke arah Qayla sambil tersenyum sipi lalu mencuit bahu gadis itu dengan sebelah tangan lagi memegang dulang.

"Handsome orangnya. Rugi loh nolak." Qayla pandang bibik Dewi sebelah mata. Sibuk aje dia ni. Walaupun Qayla tak pernah bercerita padanya tentang Adam, dia tetap tahu apa yang sedang berlaku. Entah dari mana dia mendapat berita. Laju sahaja sesuatu cerita sampai ke pengetahuannya.

"Kena terima la ni?" Soal Qayla. Sekadar melayan karenah Dewi.

"Iya loh! Terima aja sih. Udah handsome, baik, lemah lembut, sopan santun, kaya, cukup semuanya. Apa lagi tuh yang kamu mahu? Kamu kalau mahu punya suami, yang kaya gitu deh. Jangan jadi seperti bibikmu ini, punya suami tetapi tahu minta duit aja. Jadi biawak hidup."

Eh ke situ pula dia ni.

"Kamu itu cantik ya Qayla. Adam memang sesuai banget sama kamu."

"Kalau macam tu bibik je la kawin dengan dia." Qayla balas sinis.

"Eh, kalau dia yang ngelamar bibik memang udah aku terima loh. Tapi yang dia lamar itu kamu! Kalau aku yang dilamar, wih bahagia hidup ku." Sempat dia berangan.

"Tuh, ibu sama bapa udah datang. Aku pergi dulu" Dewi jalan terkedek-kedek menjunjung dulang.

Puan Maria dan Encik Alias datang mendekati Qayla setelah mengiringi keluarga Adam pulang. Masing-masing duduk di sofa berhadapan Qayla.

Qayla menyandar di atas sofa ruang tamu. Dia bermain dengan jari-jemarinya.

"Macam mana tadi? Okay?" Soal Encik Alias.

Qayla diam. sekadar mengangguk perlahan.

"Dah tanya semua soalan yang ayah suruh tu?"

"Dah"

"Jawapan dia macam mana?"

"Hutang tak ada ayah. Kereta, rumah semua dah settle bayar. Impian dia nak hidup yang tenang je. No big dream. Dia pun tak ada apa-apa expactation pada Qayla."

"Kalau macam tu okay sangat tu. Kamu dah buat keputusan?"

Qayla senyap.

"Ayah rasa.. macam mana?" Cuba meminta pendapat lelaki itu meski dia sudah cukup tahu jawapan ayahnya.

"Kalau tanya ayah, rugi Qayla tolak lelaki macam Adam tu. Zaman sekarang susah nak cari. Dia ada agama, harta, rupa dan keturunan. Ayah tengok dia pun baik orangnya. Jangan pilih suami macam ayah ni ha. Ada harta je. Agama tak ada.

Ayah tak mampu nak beri kamu bimbingan agama yang secukupnya. Jadi ayah nak suami kamu beri apa yang ayah tak boleh beri. Jadi sekarang terserah pada kamu, nak terima atau nak tolak."

Qayla diam.

"Berapa lama Qayla perlukan untuk bagi jawapan?" Soal ayahnya.

"Qayla dah decide." Jawabnya dengan nada yang perlahan. Matanya masih memandang jari jemarinya yang masih bermain-main dengan kukunya. Tindak tanduk yang menunjukkan perasaan malu. Entah bagaimana hatinya berubah setelah bertemu mata dengan Adam hari ini. Hasil istikharahnya selama dua minggu sebenarnya sudah memberatkan hatinya untuk menerima Adam namun pertemuan mereka hari ini meyakinkan lagi gadis itu untuk menerima Adam sebagai suaminya.

Encik Alias dan Puan Maria serentak memandang Qayla. Pipi gadis itu merah padam.

"Apa kamu cakap tadi?" Soalnya meminta kepastian.

"Qayla dah buat keputusan." Kali ini frekuensi suaranya lebih kuat.

Dua pasang mata memandang wajah Qayla yang menunduk malu. Melihat air muka anak mereka, mereka sudah dapat meneka keputusan itu.

Sisakan Aku Waktu | CWhere stories live. Discover now