Bab 21

6K 303 22
                                    

"TELEFON mana?" Tiba-tiba Adam bersuara setelah diam sekian lama.

"Meh sini." Adam tadah tangan menanti isterinya mengeluarkan telefon dari poket baju. Telefon bimbit Qayla bertukar tangan. Laju Adam pasang flight mode pada iPhone 13 itu. Peranti elektronik itu disimpan di poket seluarnya.

Kening Qayla bergulung. Apakah? Badannya sedikit ke depan memandang suaminya yang sedang memandu.

"Kenapa abang simpan phone Qayla?" Soalnya kehairanan.

"Kita kan nak luang waktu bersama. Tak nak ada yang menganggu." Dia jawab dengan wajah yang beku. Mata Adam masih pandang ke depan. Qayla rehatkan badan dan turut memandang jalan. Dia cukup keliru dengan tindak tanduk Adam. Adam ada apa-apa masalah ke?

Menyedari jalan yang dipandu Adam bukan jalan yang biasa mereka lalu, Dia beranikan diri bertanya.

"Kita nak singgah mana-mana dulu ke?"

"Kita tak jadi pergi Italy." Jawabnya bersahaja tanpa rasa serba salah.

terus membulat mata Qayla. "Kenapa? Kan tiket dah beli? Bagasi Qayla abang tak bawak ke?" Qayla toleh ke tempat duduk belakang mencari bagasinya. Tiada apa-apa di belakang.

"Habistu ni nak pergi mana?" Soalnya lagi.

Adam raup wajahnya menahan geram. "Kau diam boleh tak?! Banyak tanya pulak!" Dia tengkik isterinya. Terhincut bahu Qayla, terkejut dengan reaksi Adam. Badannya terasa bahang. Tidak percaya suaminya kata begitu. Kali ini dia tidak dapat tahan lagi. Terlalu kasar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Air matanya laju membasahi pipi. Esakkan kecil kedengaran walaupun dia cuba untuk tahan.

"Menangis pulak perempuan ni! Kau menangis macam ni ingat aku nak pujuk ke?!" Suaranya masih tinggi.

Qayla lap air matanya laju. Masih bingung kenapa suaminya jadi begini. Dadanya sakit, rasa seperti dihiris.

"Abang, kenapa ni?" Soalnya lembut. Suaranya serak menahan tangis.

"Kau diam boleh? Semak!" Ya Allah. Kenapa Adam macam ni? Keningnya tidak mahu lurus. Masih tidak percaya lelaki di sebelahnya ini Adam Fawwaz. Adam yang dia kenali tidak akan berkata begitu.

Nafas panjang ditarik. Dia tidak mahu menangis lagi. Tidak mahu bertanya apa-apa lagi. Kerusinya direndahkan. Dia mahu lelapkan mata. Lantak la suami dia mahu bawa dia ke mana pun. Dia sudah tidak kisah.

Qayla baring ke kiri di atas kerusi yang dijatuhkan hingga hampir lurus itu. Dia pejam mata. Mutiara jernih laju mengalir melalui tubir matanya. Mulutnya ditekup takut suaranya lolos, tidak mahu lagi dimarahi suaminya kerana menangis. Biarlah dia menangis sendiri tanpa dipujuk sesiapa. Macam dia tak biasa nangis seorang diri sebelum berkahwin.

Tanpa sedar, Qayla tertidur. Barangkali penat sudah menangis. Penat juga menahan sakit hati. Harapnya bila bangun nanti, ini semua hanya mimpi.

***

Badan Qayla ditolak beberapa kali. Qayla buka mata perlahan-lahan. Pandangannya kabur. Matanya digosok.

"Bangun! Dah sampai." Adam kejut isterinya sambil lewa.

Qayla hembus nafas berat. Masih sama. Adam masih beku dan dingin.

Dia angkat badan dan pandang ke luar. Sudah gelap. Dia pun tidak sedar bila hari bertukar malam. Lama ke dia tidur tadi? Kereta berhenti di hadapan sebuah vila yang tersergam indah. Boleh tahan besar juga. Adam keluar dari kereta memasuki vila tersebut. Qayla hanya ikut. Haih, apa la nasib. Baju pun tiada. Hanya ada beg sandang sahaja. Itu pun hanya ada laptop dan ipad di dalam. Mana mahunya nak bersihkan diri dengan dua barang itu sahaja?

Sisakan Aku Waktu | CWhere stories live. Discover now