FL | 1

470 30 1
                                    

KEPALA yang pening diturut dengan jari-jemarinya, anak mata berwarna kelabu pekat itu tajam melihat sekeliling. Tengku Faaeq Qalvin, dia hanya membisu dan masih nampak tenang dengan suasana rumah yang semakin bising.

Tengku Faaeq mempunyai seorang anak saudara, walaupun hanya seorang, suasana rumah ini seperti mempunyai berpuluh-puluh orang.

"Oi! Termenung nampak!"

Tengku Faaeq tersedar apabila dia merasakan bahu kanannya ditepuk, dia memandang ke tepi dan tersenyum sinis.

"Aku tengah pening, aku baru je sampai tadi mummy aku dah tanya berpuluh-puluh soalan." jawab Tengku Faaeq.

"Bersabarlah, anak bongsu. Nasib baik aku anak kedua." ujar Tengku Qaiser Harris, dia ketawa mengejek.

Tengku Faaeq menjeling tajam, anak matanya jatuh melihat seorang bayi perempuan di dalam dukungan Tengku Qaiser.

"Anak siapa ni?" tanya Tengku Faaeq.

"A-Anak siapa kau tanya? Anak akulah! Tahulah kau dah lama tak balik Malaysia, jangan buat lupa yang aku dah kahwin eh!" bebel Tengku Qaiser.

"Ye, ye, terlupa pula aku. Dah berapa bulan anak kau?" tanya Tengku Faaeq.

"8 bulan. Kau tanya macam kau ni tak pernah tahu aku dah ada anak." jawab Tengku Qaiser.

"Last aku tengok dia waktu dia lahir, itu pun sekejap je kan."

Perbualan Tengku Faaeq dan Tengku Qaiser terganggu apabila mereka berdua mendengar suara jeritan seseorang.

"Minah mana pula nak memekak dekat rumah daddy aku ni?" soal Tengku Faaeq.

Manakala Tengku Qaiser sudah ketawa besar, dia tahu itu jeritan siapa dan kenapa dia menjerit. Siapa lagi kalau bukan adik perempuannya, Tengku Balqis.

Gadis itu dari tadi lagi menjerit kerana Tengku Nuh mengusik Tengku Balqis dengan binatang yang paling dibenci oleh gadis itu. Ular.

"Adik akulah tu, anak saudara kau tu memang suka sangat usik dia dengan mainan ular dia tu." kata Tengku Qaiser.

"Adik kau?" soal Tengku Faaeq semula, lalu dia melihat ke arah ruang tamu, kelihatan seorang gadis sedang berlari ketakutan daripada anak saudaranya.

Anak mata Tengku Faaeq tajam melihat ke arah Tengku Balqis, adik sepupu perempuannya.

"Adik aku pun kau lupa ke? Dia pun baru balik dari Jepun, baru je sampai tadi." kata Tengku Qaiser.

Tengku Faaeq senyum sinis, sudah lama dia tidak bersua muka dengan gadis itu.

"Budak pendek..." gumam Tengku Faaeq.

Memori semasa dia masih kanak-kanak muncul semula, Tengku Faaeq masih ingat lagi yang dia suka mengejek Tengku Balqis dengan gelaran 'Budak pendek' sehingga gadis itu menangis.

"Dah besar panjang pun, masih pendek." gumam Tengku Faaeq lagi.

"Memang pun, ketinggian budak tu dah tak bertambah. Aku tengok pun macam kuman je." Tengku Qaiser ketawa jahat.

Tengku Balqis tidak sedar yang ada sedang bercakap tentang dirinya, dia masih lagi berseronok dengan Tengku Nuh.

"Faaeq... Qaiser... Dekat sini rupanya. Daddy panggil dekat belakang, tolong dia bakar ayam." suara milik Tengku Fazreen kedengaran, dia berjalan ke arah Tengku Faaeq dan Tengku Qaiser.

"Okay, akak tu pun duduklah. Jangan berjalan sangat. Nanti marah pula abang." pesan Tengku Faaeq kepada kakaknya yang sedang sarat mengandung anak ke dua.

"Ye tahulah! Aku nak rehat dekat ruang tamu, alang-alang tolong carikan korang." kata Tengku Fazreen.

Tengku Faaeq dan Tengku Qaiser mula bergerak ke belakang untuk menolong, meninggal Tengku Fazreen yang sudah ke ruang tamu.

Fake LoveWhere stories live. Discover now