FL | 2

390 35 0
                                    

"HI sayang. Lama tunggu?" Emer masih tersenyum manis, lalu dia mengambil tempat bersebelahan dengan kekasih hatinya.

"Baru je sampai..." balas Tengku Balqis, dia merenung wajah Emer, kekasihnya semakin kacak setelah lama tidak berjumpa.

"Rindunya Emer! Asal semakin handsome ni?" soal Tengku Balqis.

"Sebab nak jumpa buah hatilah, kena nampak handsome. Awak pun semakin cantik, tak ada lelaki lain cuba pikat kekasih saya kan dekat jepun?" Emer Ekhwan ketawa kecil.

"Ramai! Sebab saya kan cantik. Tapi semua saya tolak sebab saya dah ada awak!" jawab Tengku Balqis dengan teruja, dia ketawa kecil apabila dia perasa yang Emer mengusap belakang lehernya, kedua-dua telinga Emer merah.

"Awak blushing eh?" usik Tengku Balqis.

"Ish! Janganlah usik saya!" rungut Emer.

Reina yang masih berada di situ menjeling, Tengku Balqis dan Emer kalau berjumpa, dia orang dah tak ingat orang sekelilingnya.

Macam mereka berdua je yang bercinta!

"Meluat aku tengok kau dua ni..." bebel Reina lalu melangkah pergi, lebih baik kalau dia pergi melayan pelanggannya.

Tengku Balqis dan Emer ketawa melihat Reina yang sudah jauh.

"Dia jealous lah tu sebab tak ada boyfriend." ujar Tengku Balqis.

"Ramai je yang cuba dia, tapi dia yang tak nak." kata Emer.

"Macam mana awak tahu?" soal Tengku Balqis.

"Awak ni, saya kan selalu pergi sini sebab dekat je dengan tempat kerja."

"Oh.. Ye lah. Lupa hehe..." Tengku Balqis tersengih.

"Now, tell me. Macam mana dekat Jepun, semua okay?" soal Emer.

"Everything okay! Tak sibuk macam dulu, saya dengan kawan-kawan saya yang lain kebanyakannya pergi jalan-jalan. Kumpul kenangan sebelum tinggalkan Jepun." Tengku Balqis mula bercerita.

Emer tongkat dagunya menggunakan tangan, matanya hanya fokus merenung wajah cantik Tengku Balqis semasa gadis itu bercakap.

"Rindu Jepun tak?" soal Emer.

"Mestilah rindu walaupun baru semalam saya balik sini." balas Tengku Balqis, dia mengambil 4 tahun untuk sambung belajar dulu. Banyak kenangan yang tercipta di sana.

Tengku Balqis dan Reina juga bertemu disana, disebabkan Reina mempunyai kacukan Melayu- Jepun, dia memilih untuk belajar di sana. Dan siapa yang Tengku Balqis mula berkawan dengannya dan rapat sehingga kini.

"Nanti, bila waktunya tiba. Saya bawa pergi Jepun balik. Kita cipta kenangan dengan saya." kata Emer.

"Really? Promise?" Tengku Balqis mula teruja.

"Yep. I'm promise, sayang." balas Emer.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata memerhatikan Tengku Balqis dan Emer daripada tadi.

Dia, Tengku Faaeq.

Tengku Faaeq secara kebetulan datang ke kedai ini kerana disuruh oleh kakaknya, mengidam nak makan biskut yang dibuat oleh Reina, jadi dia terpaksa ke sini namun dia tidak sangka akan bertemu dengan sepupu perempuannya.

"So... He is her boyfriend?" gumam Tengku Faaeq sendiri.

Tengku Faaeq kenal siapa kekasih Tengku Balqis itu, Emer Ekhwan ialah kawannya semasa mereka masih bersekolah dulu.

"Interesting..." gumam Tengku Faaeq lagi bersama senyuman sinis.

Sebaik sahaja biskut yang ditempah siap, Tengku Faaeq membuat pembayaran dan keluar daripada kedai itu tanpa disedari oleh Tengku Balqis.

Fake LoveWhere stories live. Discover now