FL | 18

283 25 0
                                    

KEKOK. Itulah yang dirasakan oleh Tengku Balqis sekarang, dia mengikuti bondanya ke rumah keluarga Emer malam ini untuk majlis tahlil. Walaupun tiada yang mengungkit kisah dulu, dia masih berasa malu untuk berada di sini.

"Balqis buat apa sorang-sorang dekat sini? Tak pergi makan ke? majlis yang selesai tadi." tegur seseorang.

Tengku Balqis tersenyum nipis, itu suara mama kepada Emer, wanita itu sangat gembira apabila Tengku Balqis sampai di sini tadi.

"Tunggu bonda kejap, mama.." kata Tengku Balqis, anak matanya jatuh ke arah seorang bayi di dalam dukungan mama Emer.

"Itu..."

"Anak Emer, Balqis nak pegang?"

Tengku Balqis terdiam, dia masih memandang bayi yang sedang tidur di dalam dukungan neneknya itu.

"Boleh ke?" soal Tengku Balqis.

"Mestilah boleh, nah.." Mama Emer menghulurkan bayi itu kepada Tengku Balqis dengan berhati-hati.

Tengku Balqis kaku di tempatnya apabila anak Emer berada dengannya, sedikit kekok untuk memegang bayi yang baru lahir itu.

"Comelnya..." Tengku Balqis mengusap lembut pipi gebu Elsa. Wajah Elsa mengikuti wajah ibunya.

Tengku Balqis juga berasa kesian akan bayi kecil ini, dia baru sahaja lahir ke dunia yang kejam tetapi sudah kehilangan ibunya. Tengku Balqis dapat merasakan Elsa mula bergerak sedikit, mula bangun daripada tidurnya.

"Dia selesa dengan Balqis la.." ujar mama Emer.

Elsa membuka matanya, dia memandang wajah Tengku Balqis.

Baru Tengku Balqis perasan, mata Elsa seperti Emer.

"Hi, baby Elsa.." Tengku Balqis bermain dengan jari kecil Elsa, sangat lembut. Dan satu jari Tengku Balqis digenggam oleh Elsa.

"Comelnya, nak gigit!" kata Tengku Balqis separa menjerit, geram dengan bayi kecil ini.

Mama Emer ketawa kecil, dia hanya memerhatikan Tengku Balqis bermain dengan anak Emer. Dalam fikirannya, pelbagai soalan yang ingin ditanya kepada Tengku Balqis, namun dia masih boleh berfikir sekarang bukan waktu yang sesuai.

Sedang Tengku Balqis ralit bermain dengan Elsa, seseorang melangkah ke dapur.

"Mama, mana anak Emer?"

Tubuh Tengku Balqis tersentak bila suara itu bergema di ruang dapur, suara Emer. Tengku Balqis masih tidak bertembung dengan Emer sejak ke sini tadi.

"Sini, Emer. Dengan Balqis ni.." sahut mama Emer.

Emer tiba di situ dan berdiri tidak jauh daripada Tengku Balqis dan mamanya, dia memandang kosong ke arah Tengku Balqis, mereka berdua bertembung mata namun tiada sesiapa yang keluarkan suara.

Dan tiba-tiba, suara tangisan Elsa mula bergema di ruang dapur.

"Eh.. Kenapa ni?" Tengku Balqis terus panik apabila Elsa tiba-tiba menangis.

"Dia nak susu, last dia minum sebelum dia tidur tadi." kata mama Emer.

Emer mendekati Tengku Balqis dan mengambil anaknya daripada Tengku Balqis tanpa berkata apa-apa.

"Mama, boleh tolong buat susu Elsa?" minta Emer sambil memujuk anaknya.

"Tunggu sekejap." mama Emer pergi meninggalkan Emer dan Tengku Balqis di situ.

Tengku Balqis hanya diam, dia langsung tidak terasa hati dengan sikap Emer, kerana Tengku Balqis tahu dia penyebab mereka berpisah dahulu. Adakah mereka akan terus begini? Seperti orang asing?

Fake LoveWhere stories live. Discover now