FL | 19

569 38 4
                                    

TEPUKAN gemuruh diberikan kepada Tengku Faaeq Qalvin yang baru sahaja selesai memberikan sepatah dua kata di atas pentas, dia bergerak turun daripada pentas dan melangkah ke keluarganya yang berkumpul di satu meja.

Tengku Faaeq sengaja mengerling ke arah Tengku Balqis, gadis itu sedang menepuk tangan dengan malas dan menjeling ke arahnya, dia tersenyum sinis lalu dia mengambil tempat kosong di sebelah Tengku Balqis.

"Banyak-banyak tempat, kenapa sebelah aku juga kau nak duduk?" bebel Tengku Balqis.

"Tempat ni kau punya ke? Tak pun kan, suka hati akulah nak duduk dekat mana pun." balas Tengku Faaeq.

"Aku tahu, kenapa sebelah aku juga? Kau memang nak cari gaduh dengan aku kan?" soal Tengku Balqis.

"Eh! Aku duduk je kan? Aku tak mulakan apa-apa pun." balas Tengku Faaeq lagi.

"Tengku Faaeq Qalvin."

"Tengku Balqis Harris."

Terdiam Tengku Faaeq dan Tengku Balqis bila nama penuh mereka disebut tegas oleh ayah mereka.

"Asyik nak bergaduh je.." sampuk Tengku Qayyum.

Tengku Balqis menjeling Tengku Faaeq tang tersenyum sinis dan melihat ke arah lain.

Lalu, Tengku Fahmi melangkah naik ke atas pentas.

"Majlis kita sudah hampir selesai, namun sebelum itu, saya ada hajat daripada Tengku Qayyum, dia ada sesuatu untuk diumumkan." suara milik Tengku Fahmi bergema di dalam dewan itu.

Reina mencuit bahu Tengku Balqis di sebelahnya, dia berbisik sesuatu.

"Abang kau nak cakap apa?" tanya Reina.

"Adalah, kau dengar je." Tengku Balqis senyum lebar.

Tengku Qayyum sudah naik ke atas pentas, dia mengambil nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan-lahan.

"Assalamualaikum semua, dengan peluang yang ada ini, saya ingin meyampaikan sesuatu yang sangat penting bagi saya... Saya tahu banyak khabar angin tentang saya, yang cakap saya dah bertunang, dan ianya betul. Saya dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi." kata Tengku Qayyum, membuatkan ramai tetamu-tetamu yang hadir di situ terkejut.

"Perkara yang saya nak umumkan ialah... tarikh perkahwinan saya, saya memilih 10/10/2024 sebagai tarikh perkahwinan saya dan bakal isteri, Reina Seroja." kata Tengku Qayyum.

Reina terus kaku di tempatnya bila dia mendengar semua ini, dia tidak pernah tahu yang perkata ini yang ingin disampaikan oleh Tengku Qayyum, patutlah tunangnya selalu memujuknya untuk sini.

Dan tentang tarikh perkahwinan itu, Tengku Qayyum pernah berbincang tentang itu dengannya, Reina yang menginginkan tarikh itu kerana itu tarikh lahir Reina.

"Terkejut ke, cik adik?" usik Tengku Balqis di sebelahnya.

Reina menjeling, dia memulaukan Tengku Balqis dan hanya memerhatikan Tengku Qayyum di atas pentas.

"Satu tahu, sekarang ramai yang tertanya-tanya, siapa Reina Seroja. Tapi maaf, saya tak akan tunjukkan dia di mata-mata awam, atas sebab-sebabnya tersendiri dan terima kasih juga kepada pak long saya kerana bagi peluang kepada saya untuk bercakap hari ini... Saya serahkan semula kepada pak long saya." Tengku Qayyum berundur sedikit lalu di berjalan turun daripada pentas.

Anak mata Tengku Qayyum tertumpu pada Reina di sebelah adik perempuannya, dia tersenyum kecil melihat wajah terkejut Reina.

"Tak lama dah kau nak jadi isteri orang." usik Tengku Balqis kepada Reina.

"Kau pula bila? Kau tu dah tua." balas Reina.

"Eh! Belum tua lagi ek?! Aku sekarang baru 29 tahun, masih muda okay." balas Tengku Balqis.

Fake LoveWhere stories live. Discover now