Bab 5

6.9K 151 31
                                    

BERLENGGANG-LENGGOK gayanya menghampiri bangunan pejabatnya. Sambil berjalan matanya meliar merata-rata. Sesekali dia tersenyum kepada orang ramai yang lalu-lalang tapi malang kerana senyumannya dibalas dengan jelingan. Susah sangat ke nak senyum tu? Senyuman tu satu sedekah dan untung-untung boleh jadi awet muda. Tapi kenapa ada manusia berlagak sangat? Tayang muka ketat dua puluh empat jam.

Elok sampai aje di depan ofis, langkahnya mati.

"Eh, itu kan..."

Tajam matanya memerhati kereta putih yang tersadai di depan pejabatnya. Susuk tubuh di dalam kereta itu buat dia melopong.

"Itukan kekasih gelap aku!" Matanya terbelalak.

Bingkas dihalanya kaki ke arah kereta itu. Kali ni takkan terlepas! Sejak ternampak di KLIA tempoh hari, muka tu aje la yang dia bayangkan. Dia harap sangat dapat berjumpa dengan lelaki itu sekali lagi. Berharap sangat!

Malang betul nasibnya. Elok aje nak melangkah, tiba-tiba cermin tingkap itu dinaikkan. Sesaat kemudian, kereta itu berlalu. Isha ternganga.

"Tunggu!" jeritnya tapi perlahan. Kalau perlahan macam tu, memang tak la pemandu tu nak dengar.

Tapi Isha tak putus asa, sebaliknya dia mengejar dengan langkah seribu. Tapi kalau dah nama nasib malang, malang juga. Elok aje dia nak teruskan larian, sekelip mata dia terguling macam bola boling.

"Aduh!!!"

Berkerut dahi Isha menahan sakit. Masa ni pula nak jatuhnya! Kaki yang sakit dipicit geram. Lama matanya terkunci pada kain kurungnya. Kalau dapat gunting ni memang dah digunting lunyai kain tu. Baru nak kejar dia terpijak kainnya sendiri. Apa lagi? Dapat sakit percuma la!

"Benci... Benci... Benci!" tekannya geram.

Dalam sakit sempat juga matanya menjeling kereta yang hampir tak nampak bayangnya. Dia tersebik.

"Jatuh ke?"

Isha angkat muka. Menyeringai dia melihat lelaki yang tersenyum manis di depannya.

"Tak la, tengah main batu seremban ni. Tak nampak ke?"

Dah jelas la dia tertiarap, lagi mahu tanya. Nasib Pak Din yang tanya soalan kurang bijak tu, kalau orang lain memang dia backhand aje!

"Oh, ya ke? Tapi dari jauh tadi Pak Din nampak ada orang tergolek elok. Memang suka golek di atas jalan raya, eh?" giat Pak Din.

Sentap sekejap Isha dibuatnya. Amboi orang tua ni bukan main lagi memerli, ya?

"Lain kali hati-hati. Boleh bangun ke tak ni? Kalau tak boleh, Pak Din nak dukung."

Berdecit Isha dibuatnya. Jangan harap! Kalau Pak Din ni dukung dia mahu dia menangis 44 hari. Isha mula bangun sambil memandang muka Pak Din. Nasib tak terkehel kakinya.

"Pak Din larat ke nak angkat saya? Tengok tulang tu macam nak reput awal aje. Rasanya kalau Pak Din angkat saya, mahu tercabut tangan tu."

Spesies tak sayang mulut macam ni la. Nasib Pak Din sporting walaupun dikutuk. Siap sengih lagi tu.

Isha berdiri tegak. Uratnya dibetul-betulkan.

"Ni yang hang balik awal sangat ni kenapa? Dah habis makan ke?"

Tangan Isha terhenti dari mengurut lengannya. Ditenung muka Pak Din yang tak berapa nak muda sangat tu. Cepat? Dia rasa dia dah terlambat masuk ofis ada la.

"Awal apanya, Pak Din? Ni dah kira lambat tahu? Pak Din kalau nak perli saya agak-agak la."

"Hang ni mengantuk ke apa? Hang tak tengok jam ka? Ni baru pukul satu tengah hari."

Backup CintaWhere stories live. Discover now