Bab 5

4.2K 96 2
                                    

MELIHATKAN raut wajah yang tenang di depan dia sekarang buat Payed rasa tak senang duduk. Kata-kata Palee berlegar di dalam kepala. Cantik sangat agaknya Luth ni sampaikan Palee pun memuji.

Dia bawa kedua-dua belah tangan menongkat dagu. Cuba mengintai sisi wajah yang terlindung. Luth sangat sopan orangnya. Tak sesuai dengan dia. Manalah dia suka stok-stok gadis calon syurga ni.

"Kenapa encik tengok saya?" Luth sedar Payed merenung dia. Luth saja buat tak tahu tapi tak boleh sebab dah dekat lima minit, dia diam tanpa bersuara. Payed pun sama. Mata Payed hanya merenung wajahnya dan dia sendiri tak tahu nak letak mata dekat mana.

"Eh, I tengok you, ya?" Payed gelak kecil seraya menegakkan duduk. Mati aku! Dalam hati dah bimbang takut tercalar ego renung seorang perempuan.

"I tertengok..." Gigi Payed terbias pada mata Luth.

Yalah tu tertengok. Lima minit tertengok. Luth seperti biasa. Jawab dalam hati aje. Di depan ni ialah bos. Apa nak dikata? Selagi Payed tak bertindak di luar batasan, dia akan kekalkan sabar dalam hati.

"Sebenarnya, kenapa Encik Payed panggil saya masuk ni?" soal Luth. Tak betahlah dia nak duduk macam ni aje.

"Oh... Pasal kerja, of course..." Kerja? Kerja apa ni? Apa kerja nak bagi dekat Luth ni? Otak Payed ligat berfikir.

Dia tarik beberapa buah fail kuning dan disuakan di depan Luth. Fail maklumat pengurusan syarikat. Biarlah Luth studi yang itu dulu.

"Cuba tengok fail tu..."

Luth buka fail kuning tersebut. Merenung setiap barisan aksara di atas dada kertas bersaiz A3 itu. Dia kerut kening dan menggeleng sendiri. Tak faham!

"Ini errr... senarai petender?"

Payed angguk. "Semua maklumat berkaitan projek yang kita uruskan, termasuk nama yang terlibat, ada dalam tu. You boleh studi tu dulu. Nanti orang call, senang you nak jawab kalau ditanya..."

Lagilah Luth berkerut wajah. "Tapi ini, bukan kerja saya..." Apa kaitan dengan dia?

"Eh, mana boleh bukan kerja you?" bantah Payed laju. "You bawah I sekarang, jadinya... Apa saja yang I beri, itu adalah kerja you, Luth..." Payed sengaja menekan nama Luth pada hujung kata.

Nak diingatkan Luth yang dia ialah bos dan Luth hanya pekerja. Tapi sebenarnya, dia lebih nak ingatkan diri sendiri. Luth tu pekerja aje pun. Bukan salah seorang daripada barisan model di atas pentas. Dia nak menggatal pun, dia akan pilih juga orang. Yang berbungkus macam kuih tepung bungkus ni, tak nak dia. Lambat nak buka satu-satu. Biar kurang kain, senang sikit. Jimat masa.

Pantas!

"Betul tu, Encik Payed tapi..." Hatinya masih tak puas. Luth tutup fail di depan dan tarik fail tersebut jatuh di atas riba. Apa lagi nak ditapikan? Dah memang betul kata Payed. Kalau macam tu, dia memang boleh jadi multi-tasking. Tak ada masalah. "Kalau gitu, saya keluar dulu..." Luth tunduk sedikit dan bangkit.

Tapi, tak sempat dia berlalu ke pintu, suara Payed sekali lagi menahan. Pantas Luth kalih dengan wajah tiada perasaan melainkan hanya senyuman manis terukir. Senyuman itu buat Payed telan liur berkali-kali. Buat dia nak mungkir dengan diri sendiri bahawa koleksi wanita yang dia ada bukan jenis Luth.

"Ehem..." Payed berdeham panjang. Sempit dada dia tiba-tiba. Apatah lagi suara Palee berdengung lagi. Tak boleh jadi ni. "You dah sign offer letter ke?" Dia cepat-cepat menyoal.

Luth geleng. Mana siap lagi. Dia pun tak tahu jumlah gajinya.

"Semalam bukan you pergi HR ke? Tak sign lagi ke?"

Dia... Cinta Yang KucariWhere stories live. Discover now