LOVE ME RIGHT 1

1.7K 97 1
                                    

"Aku tak faham , apa yang mama aku suka sangat kat kau ni , kalau tengok dari segi rupa kau dah sama macam makcik mop lantai kat pejabat aku tu". Hyerin Wilsson atau lebih senang di panggil Rin , gadis yang kacukkan barat ini hanya buat endah tidak endah sahaja dengan kata-kata Sehun . 'Arghhh kenapalah Mama aku suruh aku hantarkan makanan kat mamat gila ni . Kalau tak aku kat rumah tu dah boleh goyang kaki tengok cerita Exo Next Door . Dia ni pun satu , takkan lah busy sangat sampai nak beli makanan pun tak sempat'. Bebelan itu hanya diucapkan Rin dalan hati . Madah kalau nak cakap depan Sehun tak pasal-pasal nanti gaduh sampai subuh .

"Encik Sehun , makanan saya dah hidang depan mata awak . Sekarang ni, saya nak berambus dari pejabat awak". Punggung Rin sudah kebas duduk di kerusi keras Sehun tu . Malas nak dengar omelan Sehun yang menyakitkan hatinya. "Ehh kejap-kejap . Ada aku suruh kau balik ke ? Takda kan . So,  duduk". Sehun memandang setiap makanan yang terhidang dalam mangkuk tingkat di atas meja kerjanya . "Arghhh , apa lagi Encik Sehun . Saya dah lambat dah ni . Drama saya tu , boleh start bila-bila masa sahaja tau". Dengan berat nafasnya dia duduk kembali . "Muka aku ni ada rupa macam 'aku kesah' ke ?". Tidak dinafikan lagi Sehun ni sengaja nak carik gaduh dengan Hyerin .

"Kau ke yang masak semua ni ?". Berkerut dahi Sehun , yelah dia takut Rin letak racun tikus dalam makanannya . "Ehh taklah Encik Sehun , pekerja kebun saya yang masak semua ni". Di hujung ayat Rin seperti mengejek . Dekat 20 minit Rin duduk memandang Sehun yang sedang makan . Perutnya pun minta diisi juga . "Kau nak ke ?". Sehun memandang wajah Rin . "Nak !". Pantas Rin menjawab . "Tak boleh". Kata-kata Sehun itu bagai mengejek kembali Rin .

'Pehh mamat ni . Kalau kena kasut aku ni memang sedap'. Pandangan tajamnya dilemparkan kepada Sehun. "Okay aku dah siap makan , ni semua kau boleh kemas . Aku nak pergi mesyuarat . Bye 'sweetheart'". Okay ni memang siot , ada kepatut dia suruh Rin tunggu dia makan lepastu tak bagi Rin makan langsung and than bla macam tu je . "Takpayah nak ber Sweetheart sangat lah dengan aku . Koma 7 tahun aku dengar". Sehun hanya menghayunkan kakinya keluar dari pejabat meninggalkan Rin yang panas macam lava gunung berapi . "Arghhhh mamat ni . Kau tunggu kau , ada mie ada udang ada hari aku balas" . Entah peribahasa mana entah Rin sebut tu .

Dengan tidak rela hatinya , Rin mengemas kembali mangkuk tinggkat . Selesai mengemas dia cepat-cepat keluar dari pejabat Sehun tu . Tak sanggup dia duduk lama-lama dalam 'Neraka'.

Hi guys , yeahh Story baru lagi . Saya terasa nak buat dalam beberapa Bab sahaja . so saya buat lah . Yang cerita Jangan Ambil Kampung Kami (JAKK) tu saya belum nak publish lagi sebab hemm nanti lah kot saya publish . Yeahh right , saya Penulis novel EXO RAMADHAN (ER) dan novel BABY DON'T CRY (BDC) tu . So please sokong novel ni macam mana korang sokong Novel (ER) dan (BDC)
By Real__hih .

LOVE ME RIGHTWhere stories live. Discover now