LOVE ME RIGHT 6

333 18 0
                                    

Setitik demi setitik air mata Rin gugur dari kelopak mata . Apalah nasib dia selepas ini . Terpaksa berkahwin dengan EX sendiri . Ya 'Ex' . Oh Sehun ialah Ex boyfriendnya . Yang suatu ketika dahulu pernah membahagiakan dirinya . Yang suatu ketika dahulu pernah melayan setiap kerenahnya . Yang suatu ketika dahulu pernah bertakhta dalam hatinya . Tapi itu dahulu .

Salah dirinya juga sebab taknak dengar penjelasan si mamat sengal tuh . Salah dirinya sebab biarkan ego menguasai diri .

"Hyerinnnnnn"! .
"Oiii mak kau terkejut beruk". Siap melatah Rin dibuatnya . Mana taknya orang tengah syok-syok termenung ingat kisah lama . Tetiba dengar manusia dari Afrika terjerit-jerit nama nya . "Weii , Hyerin . Kenapa kau tak cakap dengan aku yang wedding kau minggu depan . Kau nih tak sayang kawan ke ha ? . Macam nikan kau meremuk-remukkan hati kawan sendiri". "Haa ? Wedding aku minggu depan ?!". Terkejut beruk jantan Rin dengar yang wedding dia minggu depan . Ishhhh nih mesti mama dan papa dia nih buat keputusan melulu . Langsung taknak berbincang degannya .

"Kejap Ayuna . Aku nak jumpa dengan parents aku kejap". Ditinggalkan sekejap Ayuna di biliknya . Takpa jangan risau Ayuna takkan mati kalau tinggal lama-lama kat biliknya tu . Sebab bilik dia ada peti sejuk kecik . Then dalam tuh ada banyak coklet and jajan . So jangan risau lah .

"Papa . Sanggupkan papa tetapkan tarikh wedding anak papa sendiri tanpa pengetahuan anak papa ni. Papa ingat Rin ni apa ? , anak kucing yang Papa boleh atur telunjuk sesuka hati papa". Berang dengan sikap ayahnya itu . Sungguh tak sangka . Sanggup ayah sendiri buat keputusan yang melibatkan hidupnya tanpa pengetahuan dirinya sendiri .

"Dengar dulu apa yang papa nak cakap ni Rin . Papa bukan sekejam itu . Papa dah bincang dengan Sehun sendiri . Dan dia cakap dia setuju". Haa ? Weyy apa kebenda nih . Sehun sendiri setuju ? . Bukan ke mamat sengal tuh taknak kahwin dengan aku . Yang dia sesuka hati nak setuju tu pahal . Ishhh memang sah dia nih memang sengal .

"Rin . Mama dengan papa buat semua ni untuk kebahagiaan Rin . Kehidupan Rin". Kini giliran Mama pulak bercakap . Kebahagiaan ? Kehidupan ? Lawak lah . Siksaan je siksaan yang bakal Rin dapat .

Kaki Rin terus melangkah naik ke biliknya mendapatkan Ayuna . Ayuna yang sedang khusuk memilih coklat ditarikanya Rin . "Weii Rin kau nak culik aku ke ni Rin ?". Rin hanya mendiamkan diri . Kunci kereta yang elok tersadai di atas meja segera dia capai .

"Aku nak kau bawak aku jumpa Sehun . Sekarang !"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 22, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOVE ME RIGHTWhere stories live. Discover now