LOVE ME RIGHT 2

904 75 0
                                    

Rin menghidupkan enjin kereta BMW X6 bewarna putih miliknya . Telefon bimbit dikeluarkan dari poket, nombor telephone milik Chanyeol didailnya . Dalam beberapa saat panggilan dianggkat . "Hello Chanie ! , wey aku lapar dok . Jap lagi aku sampai kedai kau . Bye". Tak sempat Chanyeol nak cakap sepatah kata , Rin dah putuskan talian .

Restauran VivaPolo milik ibu Chanyeol sentiasa menjadi tempat lepak Rin . Maklumlah kat situ dia selalu dapat makan free . Tapi bukan makan free yang dia nak . Dia cuma nak habiskan masanya dengan kawan rapat dia kat situ . Perjalanan dari office Sehun ke Restauran hanya ambil masa 15 minit .

"Kawan ku Chanie !". Bahu Chanyeol di pukulnya . Pukulannya tu bukan lembut tapi kuat macam pukul nyamuk yang sebesar gajah . "Yahh , ishh budak ni . Elak aku kurung je kat dapur tu". Rin hanya senyum seperti kerang busuk mendengar kata-kata Chanyeol . Kakak Chanyeol yang baru keluar dari dapur segera menghayunkan kakinya kearah Rin yang sebuk berbual dengan Chanyeol . "Rin ! , lama ke sampai ? . Rin nak makan apa Unnie boleh masakkan". Mesra Kakak Chanyeol menyapa Rin . "Baru je sampai , ehh tak pelah unnie , Rin datang nak jumpa kawan sengal Rin ni". Rambut Chanyeol di kusut-kusutkannya Rin . "Alah unnie masakkan je dia ni speggeti". Chanyeol mengoderkan makanan bagi pihak Rin . Kakak Chanyeol hanya mengganguk dan kembali kedapur semula .

"Kau ada masalah ke ni ? Tiba-tiba takda angin takda ribut nak datang jumpa aku". Chanyeol memandang anak mata Rin . "Ehh kau ni perlu ke ada angin ada ribut dulu baru aku datang jumpa kau . Aku takda pape lah . Saja nak jumpa kawan gila-gila aku ni". Rin mencubit pipi kanan Chanyeol . Kalau sekali pandang dah macam pasangan yang tengah hangat bercinta , tapi sebenarnya mereka cuma berkawan baik sahaja .

"Makanan dah siap , enjoy your food". Pinggan yang berisi speggeti diletakkan kakak Chanyeol di atas meja . "Wahhh , nampak sedap . Thanks unnie". Mata Rin dah terbeliak besar melihat makanan kegemarannya di atas meja . Chanyeol hanya melihat sahaja Rin makan . "Rin kau ni makan jangan selekeh sangat boleh tak . Habis comot pipi kau ni". Tisu yang berada di sebelah Chanyeol diambilnya lalu dilapkan terus ke pipi Rin . "Alah selekeh-selekeh aku ni kawan kau jugak".

Siap makan , Rin terus menuju ke kaunter bayaran . "Kau nak buat apa tu Rin ?". "Aduhh kau ni Chanyeol , kau tahu tak soalan kau tu soalan paling sengal yang pernah aku dengar . Nak bayar makanan lah". Dua keping not dikeluarkan dari dompetnya . "Aduhh kau ni dah berapa banyak kali aku nak cakap , kau tu pelanggan istimewa keluarga kami . Takpayah nak bayar makanan yang kau makan kat kedai ni". Kini Chanyeol berada betul-betul di sebelahnya . "Kau ni , sekali-sekala aku bayar apa salahnya . Lagi pun dah berapa banyak hidangan yang aku makan sejak dari umur aku 5 tahun sampai aku dah berumur 19 tahun ni". Rin berkeras juga hendak bayar . "Takpayah ! , baik sekarang kau pergi balik rumah".

Rin pura-pura ingin meletakkan duitnya kembali ke dalam beg dompet , bila Chanyeol leka sedikit dia terus meletakkan duit itu di atas kaunter dan berlari keluar dari Restauran Chanyeol itu .

LOVE ME RIGHTWhere stories live. Discover now