LOVE ME RIGHT 5

597 49 10
                                    

Terketar-ketar kakiku ingin melangkah masuk Office mamat sengal ni . 'Okay Rin . Tarik nafas dan hembus'. Kata-kata semangat diberikan untuk diri sendiri . Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu , kepala di jegukkan sedikit bagi melihat si Sehun tu ada tak kat dalam office dia . Senyap je , hemmm bagus !. Takda lah aku gementar sangat . Kini tubuhku sudah 100% dalam Office dia.

'Pang'. Bunyi pintu ditutup secara kasarnya . Dan itu membuatkan jantung aku bagai nak jatuh sebab terlalu terperanjat . "Apa yang kau fikir semalam ha ?!". Dengan lajunya tubuh Sehun mendekati aku . Aku dah tak boleh nak lari pergi mana-mana sebab tubuh dia kini 5 inci je dihadapanku . Kan aku dah cakap riwayat aku akan tamat pada harini .

"Aappaaa yang aku buat semalam tu betul apa . Aku cakap perkara yang betul . Aku taknak kahwin dengan kau . Dan aku percaya yang kau pun taknak berkahwin dengan aku jugak". Bagus Rin, walaupun kau takut sekarang ni , tapi kau berjaya berlakon yang kau tu berani walaupun lakonan kau tu tak menjadi sebenarnya . "Ohh , kau ingat dengan menjerit kat semua orang yang kau taknak kahwin dengan aku tu akan ubah fikiran mama dan papa aku ?". Ha , pandai pun mamat ni berfikir . Kini bolehlah aku mengukirkan senyuman aku , lagak seperti aku ni pandai berfikir . "Kau silap Hyerin Willson". Dan senyuman aku mati kembali . "Silap ? Ehh, sekurang-kurangnya aku ni ada usaha jugak nak fikir supaya kita ni tak berkahwin . Kau tu , ada fikir ke ha ?".

"Kau ni dari dulu lagi tak pernah nak berubah . Selalu nak buat perkara secara melulu , langsung taknak dengar rancangan orang lain . Ego kau tu sama je dari kecik sampai sekarang". Dihujung bicara Sehun itu seakan-akan ketawa mengejek dengan perangai aku . Mata aku dipejamkan seketika sebelum dibuka kembali . Kisah yang langsung tidak dapat aku lupakan dari dulu sampai sekarang ligat bermain di fikiranku .

"Dahlah . Aku malas nak perang mulut dengan kau . Semua yang aku buat salah di mata kau.

Argghhh serabut kepala otak aku ni .

~~~~
Kedai Chanyeol menjadi tempat lepak aku dari pagi hingga ke malam .

"Kita orang akan comeback minggu depan". Jus oren dihirupnya Chanyeol . Sesekali matanya memandang aku . "Dan kau akan semakin sebuk lah lepas ni ?".

"Ya, Exo-M akan balik semula ke Korea , Kai akan cepatkan kelas tariannya , D.o akan sattel kan drama dia , Suho , dia akan uruskan kembali group ni . Baekhyun akan cepat-cepat habiskan date dia . Aku pulak akan suruh unnie jaga kedai ni . And husband-to-be kau tu , dah tak akan ambil alih syarikat ayah dia lagi". Panjang lebar Chanyeol menerangkan . Biasanya bila artis SM ni akan buat Comeback mereka akan habiskan masa mereka di studio sepanjang hari.

"Okay Chanie , goodluck . Aku kena pergi dulu . Nak ambik adik aku lagi ni". Jus oren yang masih berbaki aku minum . Segera kakiku melangkah keluar dari kedai makan chanyeol itu .

~~~~
"Yahhh Vernon , apesal kau lambat sangat ni . Dah berjanggut aku tunggu kau dalam kereta . Aishhhh nasib aku tak tinggalkan kau jer tadi". Vernon hanya tersenyum mendengar bebelan aku . "Mana janggutnya ? , nak tengok sikit". Ehhh boleh pulak budak ni buat lawak time aku tengah serabut ni.

Lantak kau lah Vernon , kang kalau aku layan kau nih . Lama-lama aku pun jadi sengal macam kau .

LOVE ME RIGHTWhere stories live. Discover now