Bab 3

14.1K 250 1
                                    

Luqman Hakim mengurut-ngurut mulutnya yang keletihan dek kerana terlalu banyak tersenyum. Susahnya kahwin ni! Sikit-sikit kena senyum. Dah macam orang gila rasanya.

Punggungnya dihenyakkan di atas katil pengantin. Nafasnya dilepaskan perlahan. Lega. Satu lagi seksa dah habis. Mujurlah majlis sanding dilakukan secara serentak disitu. Kalau tidak episod senyum panjang yang terpaksa dilaluinya lagi. Tapi... petang ni. Alamak! Luqman tepuk dahi.

"Errr... Luqman."

Luqman berpaling. Wajah pengantin perempuan dipandang sepi.

"Apa kau nak?"

"Aaa... errr..."

"Kau ni gagap ke apa? Semalam tak perasan pula aku. Elok saja cakap. Tiba-tiba hari ni gagap pula?" soal Luqman sambil tersenyum mengejek.

"Ehhh... tak. Saya okey."

"Hah... kalau tak, buat cara tak. Menyampah aku dengar perempuan duk aaa... errr... aaa... errr. Nak cakap, cakap sajalah."

Mya Zara terdiam. Garang juga kembar si Nuqman ni. Macam mana playboy macam dia boleh garang? Biasanya playboy kan bermulut manis?

"Hah... tu diam saja tu, mengumpat aku dalam hatilah tu. Sudah, tak payah nak bandingkan aku dengan Nuqman. Jangan harap aku nak layan kau macam dia."

"Ya, saya tahu tu," balas Mya Zara.

"Hah... jadi betullah kan, kau kutuk aku dalam hati tadi?"

Mya Zara tergamam. Dasyat juga dia ni bukan saja garang, dapat baca pemikiran orang pula tu!

"So, nanti bila dah bersedia kau jangan lupa bagitahu aku ya!"

"Bersedia? Bersedia apa ni?" Langkah Mya Zara sedikit kebelakang, menjauhi Luqman. Wajahnya sedikit pucat. Luqman tertawa besar.

"Tolong jangan fikir yang bukan-bukan. Maksud aku bila dah bersedia photoshoot gambar. Hesy... tak faham betullah aku, kenapalah si Nuqman boleh tempah benda mengarut macam ni!" Luqman terus membebel sambil menanggalkan tengkolok di kepalanya.

"Awak, saya dah batalkan photoshoot tu!"

"Apahal pula? Bukan ke jurugambar tu tengah tunggu di bawah nak bawa kita ke KLCC?"

"Saya dah batalkan. Sebab... sebab..."

"Sebab apa?" Soal Luqman serius.

"Sebab awak bukan Nuqman!"

Luqman terkedu. Perlahan, dia mendegus.

"Habis, tadi kenapa kau bersanding juga dengan aku walaupun kau tahu aku bukan Nuqman?" Luqman masih serius seperti tadi.

"Kenapa kau diam? Jawablah!" Suara Luqman meninggi. Hatinya terasa sakit. Marahnya membara.

"Kau ingat, aku nak sangat ke nikah dengan kau? Hari ni hampir sejam tersenyum, bersanding atas pelamin, kau ingat aku suka? Photoshoot ni, kau ingat aku suka sangat nak pergi? Nonsense! Aku buat semua ni sebab orang lain. Sebab lelaki yang tinggalkan kau tu!"

Kahwin GantiWhere stories live. Discover now