Bab 16

13.1K 217 2
                                    

"Serius lawak bro rupa kau sekarang. Kasanova FKK separuh botak? Ada janggut pulak tu! Adoyai!" Tangan kanan Zakri sibuk menyapu kepala Luqman yang baru sikit sahaja ditumbuhi rambut manakala tangan kirinya memegang janggutnya.

Luqman Hakim menggelengkan kepalanya melihat gelagat Zakri yang tidak habis-habis menggelakkannya. Cepat-cepat topi disarungkan ke kepalanya. Dia dan Fakhrul saling bertukar pandangan. Fakhrul senyum, lalu menepuk perlahan bahu sahabatnya.

"Aku bukan kasanova lagi la. Aku dah taubat". Makin kuat gelak tawa Zakri mendengar pengakuan ikhlas dari Luqman.

"Kurang-kurang, Akim ada inisiatif nak ubah diri. Kau ada?" Nada suara Fakhrul yang seakan serius menyebabkan gelak tawa Zakri mati tiba-tiba. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di kerusi oren sebelah Luqman.

"Yelah Ustaz Fakhrul. Nanti dah sampai seru, aku berubah ye. Apa pun, aku tabik spring la kereta baru kau ni Akim. Memang sajak la kepala botak dengan kereta Lancer GT. Menangis awek UTM sempena 'persaraan' kau. Apa taknya, tak merasa la diaorang kereta baru kau ni". Luqman Hakim tersenyum kecil. Ada-ada saja Zakri ni. Pasal kereta pun nak jadi isu juga.

"Boleh aku tanya? Apa yang sebabkan kau tiba-tiba berubah ni Akim? Kau ada mimpi apa-apa ke? Maksud aku, cam dalam cerita dalam tv tu la. Mimpi kiamat ke, mimpi mati ke". Kali ni , pecah gelak tawa Luqmam mendengarkan pertanyaan Zakri. Nampak sangat pengaruh drama dalam diri sahabatnya itu.

"Zack, tak perlu nak mimpi semua tu baru nak berubah. Kalau Allah nak bagi nur keinsafan, macam-macam cara dia boleh bagi. Tengah makan pun boleh jadi juga".

Terkedip-kedip mata Zakri mendengar penerangan Fakhrul. Rasa malu terbit sedikit di hatinya. Nampak sangat dia jahil dalam agama. Tapi, hatinya belum puas. Dia pasti, mesti ada sebab 'kuat' kenapa Luqman Hakim boleh berubah secara tiba-tiba.

"Itu aku tau la beb. Tapi mesti ada sesuatu yang jadi 'mangkin' perubahan kasanova kita ni. Haa.... aku tahu, kau nak kahwin ye Akim?" Luqman Hakim tersentak dengan soalan Zakri yang seterusnya tapi dia pura-pura tenang. Bimbang perubahan wajahnya dapat di hidu rakan-rakan rapatnya.

"Kau ni Zack, tak ada perkara lain ke dalam kepala kau ni? Kahwin, kahwin, kahwin". Luqman Hakim hanya tersenyum mendengarkan jawapan Fakhrul bagi pihaknya. Jawapan Fakhrul, sedikit pun tidak diendahkan olehnya. Zakri mahu terusan bertanya.

"Eleh... jangan nak tipu la Akim. Ni mesti sebab kau nak kahwin kan? Sebab tu kau stop 'habit' kau yang dah sebati sejak 5 tahun dulu tu".

"Tak ada la beb! Aku memang dah lama nak berubah la. Isyhhh kau ni". Luqman membuka topi yang dipakainya, lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku tak percaya la. Aku nak tanya Cik Mya nanti". Tegas Zakri.

"Buat apa kau nak tanya dia?"

"Ehhh... dia kan saudara kau. Mesti la dia tahu kan? Haaa... panjang umur. Itu pun dia". Zakri sengih panjang. Lekas-lekas dia bangun dan berdiri di lorong itu sambil mendepangkan kedua belah tangannya dengan tujuan untuk menghalang perjalanan tutor muda mereka.

"Opppsss... Cik Mya, tunggu jap". Mya Zara tersenyum. Apa sajalah Zakri ni agaknya. Suka benar dia mengusik orang.

"Hmmm... ada apa Zack? Oh ye, sejak bila pula kat lorong ni ada tol?" tanya Mya Zara pada Zakri yang sejak tadi tersengih-sengih. Sempat juga dia menjeling pada Luqman, tapi Luqman sedikit pun tidak menghiraukan kehadirannya. Dia kelihatan sibuk meneliti kertas-kertas di dalam pegangannya.

Kahwin GantiOnde histórias criam vida. Descubra agora