Bab 2

14.9K 291 5
                                    

Majlis pernikahan malam itu berlangsung dengan jayanya tanpa siapapun menyedari ketidakhadiran Nuqman termasuk Zara. Dengan sekali lafaz sahaja, Mya Zara sah menjadi isteri Luqman. Usai makan malam, Luqman terus beredar ke biliknya tanpa menunggu tetamu pulang. Dia letih kerana perlu berpura-pura di hadapan semua orang. Esok, dia perlu meneruskan lakonannya lagi untuk hari persandingannya pula.

Dia hanya merenung kosong ke arah cincin di jarinya. Kenapa sesenang itu dia menerima idea 'kahwin ganti' yang diusulkan oleh kak long? Ahh... semuanya kerana ummi dan abah.

Sesekali dia mengurut perlahan bibirnya dengan jari. Kali pertama dia mencium dahi seorang perempuan. Entah kenapa hatinya berdebar kencang.

Sempat juga dia mencuri pandang wajah isterinya sewaktu majlis berlangsung tadi. Cantik! Kulit putih mulus, mata bulat, mulut kecil comel. Kenapalah agaknya Nuqman begitu bodoh meninggalkan perempuan secantik itu?

Cepat-cepat Luqman beristighfar dalam hati. Zara bukan haknya! Dia tak boleh ada apa-apa perasaan pada Zara sebab dia hanya pengganti Nuqman. Bila Nuqman pulang dia akan pulangkan semula Zara. Dia tidak mahu terus dituduh sebagai perampas oleh Nuqman!

*****************************************

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam." Mya Zara yang sejak tadi hanya duduk di hujung birai katil memandang sekilas ke arah suaminya yang baru sahaja masuk ke dalam bilik mereka. Hairan juga, seingatnya suaminya sudah lama meninggalkan majlis. Tapi mengapa baru sekarang dia masuk ke bilik?

"Err... awak penat? Saya buatkan air ya." Cepat-cepat Mya Zara bangun lalu menuju ke arah pantri kecil di bilik itu untuk mengambil cerek elektrik. Belum sempat dia melangkah ke bilik air, tangannya ditarik perlahan.

"Duduk Zara. Aku ada hal nak cakap sikit dengan kau". Berkerut dahi Mya Zara seketika mendengar cara percakapan suaminya. Sejak bila Nuqman membahasakan diri aku-kau dengannya? Gaya percakapan juga sedikit berbeza. Tegas. Ahh... mungkin dia penat agaknya. Sebab itu bahasanya agak kasar.

"Ya, ada apa?"

"Kau gembira ke?" Luqman berkira-kira hendak memulakan bicara.

"Perempuan mana yang tak gembira, dapat bernikah dengan lelaki yang dia sayang?" balas Mya Zara sambil tersenyum.

"Betul. Tapi masalahnya aku bukan lelaki itu." Luqman berpaling menghadap tingkap bilik itu. Terasa berat, tapi dia perlu berterus terang pada malam itu juga. Mana mungkin dia tidur lena dengan menyimpan rahsia sebesar itu?

Tersentap Mya Zara seketika. Hairan dengan sikap Nuqman yang semakin berlainan lagaknya.

"Maksud awak? Saya tak faham".

"Aku bukan dia. Kau faham tak? Aku bukan dia!" jerit lelaki itu.

"Apa maksud awak Nuqman? Awak bukan dia? Zara tak faham!" Mya Zara menarik tangan suaminya yang membelakanginya sejak dari tadi.

"Cuba kau tengok muka aku betul-betul. Kau perhatikan betul-betul muka aku. Kau kenal tak aku ni siapa?" Suara lelaki itu masih tinggi seperti tadi. Mya Zara demakin bingung. Sungguh dia tidak faham dengan pertanyaan suaminya.

"Awak, Nuqman Hakim. Suuu... suami... suami saya," jawab Mya Zara, terketar-ketar. Luqman tertawa besar. Betul la kata kak long tak ada sapa sedar kehilangan Nuqman.

Kahwin GantiWhere stories live. Discover now