Bab 6

12.8K 235 1
                                    

Mya Zara memberhentikan keretanya dihadapan banglo dua tingkat yang tersergam indah di Bukit Tunku itu. Entah kenapa hatinya terasa berat dan sayu tiap kali melewati banglo itu. Terlalu banyak kenangan silamnya di rumah itu.

Pintu pagar terbuka perlahan lantas Mya Zara masuk ke dalam memakirkan keretanya di sebelah kereta Volkswagen Polo milik umminya.

"Assalamualaikum anak ummi. Rindunya ummi pada Zara". Kehadirannya di hadapan pintu banglo itu disambut dengan pelukan Datin Zahrah dan ciuman di pipi.

"Ummi sihat?" Mya Zara tersenyum kecil.

"Sihat sayang. Zara? Kenapa Zara makin kurus ni? Sibuk ye?" Mya Zara mengangguk manja. Datin Zahrah memang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Kadang kala dia rasa, hatinya lebih dekat dengan Datin Zahrah berbanding mamanya sendiri. Mungkin kerana sikap Datin Zahrah yang seakan kawan, membuatkan dia bisa berkongsi apa sahaja dengannya.

"Ehhh... mana Luqman?" Terjenguk-jenguk kepala Datin Zahrah ke luar rumah mencari anak bongsunya.

"Errr... Zara balik seorang saja ummi. Luqman ada hal. Kejap lagi insya-Allah dia sampai" Datin Zahrah mengangguk tanda faham.

"Zara, jom kita ke dapur. Ummi ada buatkan kek coklat moist yang Zara suka tu. Mak Yah, Mak Yah tolong ambilkan barang-barang Mya ye. Letak dalam bilik yang kita dah kemas tadi".

"Baik Datin". Mya Zara hanya tersenyum pada Mak Yah sebagai tanda hormat. Mak Yah yang dia kenal memang amat setia pada keluarga itu. Menurut Ummi, dek kerana sayangkan keluarga itu Mak Yah sanggup tidak kahwin sehingga sekarang. Sampai sahaja di ruang masuk dapur, telinga Mya Zara menangkap bunyi enjin kereta.

"Ummi, kenapa ummi suruh perempuan tu datang rumah sewa Luqman?" Terjegil mata Datin Zahrah mendengar soalan Luqman Hakim yang tiba-tiba muncul di ruangan dapur. Mya Zara yang sedang kusyuk menghadap kek kegemarannya berhenti menyuap. Dia hanya tunduk kaku memandang meja. Faham benar dia 'perempuan' yang dimaksudkan oleh Luqman Hakim itu.

"Kamu ni Luqman, masuk rumah tiada salam. Tahu nak melenting saja. Ummi tak pernah ajar anak ummi perangai macam tu" teguran Datin Zahrah meredakan kemarahan Luqman Hakim yang masih bersisa sejak dari dalam kereta tadi. Dia mendengus kasar.

"Perempuan tu? Siapa perempuan yang kamu maksudkan tu? Alisya? Arissa? Dareena?" Terkesima Mya Zara seketika. Ramainya dalam list dia! Ummi pun tahu ke 'hobi' Luqman?

"Tulah... perempuan yang dok sibuk mengadap kek coklat tu. Ehhh... bak sini bagi aku sikit kek tu. Ummi masak untuk aku la, bukan untuk kau. Kau jangan nak bolot sorang". Kek di dalam pinggan Mya Zara di rampas kasar. Luqman Hakim ambil tempat di sebelahnya. Mya Zara hanya terkebil-kebil melihatkan pinggan di tangannya bertukar tangan. Datin Zahrah menggeleng perlahan, lantas tersenyum. Luqman memang tak pernah berubah!

"Nanti ummi ambilkan Zara yang lain ye sayang". Datin Zahrah menepuk bahu Mya Zara perlahan, cuba meredakan keadaan yang sedikit tegang sebentar tadi. Hai lah Luqman, balik-balik sahaja dah buat ribut rumah ni, Mya Zara pula hanya tersenyum.

"Tak mengapa Ummi, Zara boleh ambil sendiri". Mya Zara bingkas bangun menuju ke peti sejuk.

"Haaa...fresh orange satu ye". Bersahaja Luqman Hakim membuat pesanan sambil mulut penuh berisi kek coklat. Mya Zara mencebik. Makan macam budak-budak! Comot sampai ke pipi.

Kahwin GantiNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ