Bab 14

12.8K 202 3
                                    

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Artinya : Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dari para bidadari Surga akan berkata, 'Janganlah engkau menyakitinya. Celakalah dirimu! Karena ia hanya sejenak berkumpul denganmu yang kemudian meninggalkan-mu untuk kembali kepada kami."

Hadits sahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 1174), dari Sahabat Mu'adz bin Jabal r.a.

Perlahan-lahan airmatanya mengalir perlahan taktala skrin Ipadnya memaparkan topik yang di 'google' nya sebentar tadi. Berdosanya dia pada Luqman! Hanya kerana 'aurat'nya yang sememangnya halal untuk pandangan Luqman, dia menyakiti hati lelaki itu. Dan sekarang, lelaki itu pergi entah ke mana membawa diri.

Dia masih ingat lagi kata-kata ustaz ketika dia menghadiri kursus perkahwinan suatu ketika dulu. Isteri yang derhaka kepada suami, solatnya tidak akan diterima dan segala kebaikan dilakukannya tidak akan terangkat ke langit, sehingga suami reda dan memaafkannya.

Dia tergolong dalam kumpulan itu. Dia derhaka pada Luqman dan selama 3 minggu ini, solatnya? Mya Zara mengeluh panjang. Perlahan-lahan hujung lengan jubahnya mengelap air mata yang mengalir. Bimbang di sedari mama dan papa.

Mya Zara membuang pandangannya ke luar tingkap kereta Volvo S70 milik papanya. Entah kenapa, hatinya sentiasa resah sejak Luqman meninggalkannya malam kelmarin. Apa yang di buatnya serba tak kena. Duduk salah, baring pun terasa salah. Begini agaknya rasa orang yang berdosa. Selalu dilanda keresahan.

Pandangannya kosong melihat hiruk pikuk jalan raya di Kuala Lumpur. Deretan kereta dalam kesesakan lalu lintas di MRR2 sedikit pun tidak menarik perhatiannya. Entah kenapa setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Luqman tempoh hari sentiasa bermain di fikirannya. Ya Allah! Berdosakah dia pada Luqman? Bukan niatnya untuk menghina Luqman. Dia hanya mahu menerangkan keadaan sebenar... tapi...

Lamunannya tentang peristiwa di kampung terganggu bila vibrate telefonnya bergetar kuat di dalam pegangannya, cepat-cepat dilihat pemanggilnya dengan perasaan berbunga-bunga. Hampa, bila bukan orang yang ditunggu memanggilnya. Ahhh... Iskandar. Cuti semester macam ni pun dia nak call! Panggilan dibiarkan tanpa berjawab. Jika dijawab, makanya makin bertambahlah kusut dihatinya nanti. Bukannya apa, setiap kali Iskandar call di luar waktu kerja, pastinya ada agenda yang diaturkan. Kalau bukan hendak mengajak keluar makan, tentunya untuk menemaninya keluar membeli bahan-bahan rujukan untuk mengajar.

Vibrate telefonnya berterusan bergetar, tapi dibiarkan tanpa rasa ingin menerima panggilan itu. Difikirannya hanya ada dia. Hanya pada Luqman dan kata-katanya. Mya Zara mengeluh lagi.

Mengingatkan peristiwa malam itu, baru dia tersedar yang itulah kali pertama Luqman mengakui dirinya sebagai suami. Kenapa agaknya ya? Adakah Luqman sudah mula menyanginya?

Ahhh... tak mungkin Zara. Bukan ke dia dah terangkan awal-awal, dia berkahwin hanya kerana fikirkan ummi dan arwah abah. Itu saja! Lagi pula, lelaki kasanova macam Luqman mana tahu erti sayang. Bukankah perempuan dibuatnya ganti-ganti macam baju saja? Tak mungkin lelaki itu berubah disebabkan perempuan biasa macam dia.

Kahwin GantiWhere stories live. Discover now