Bab 8

2.2K 42 1
                                    

Taman Dr. Seenivasagan...

CAHAYA lampu biru putih berjuraian turun dari pepohon yang tinggi. Tasik di hadapan membias cahaya dan warna yang sama.

"Macam ulat," tegur Irvan.

Terbantut kejap Maryam yang sedang asyik.

"Macam apa?"

"Macam ulat."

"Macam ulat pulak. Macam tahi bintang la. Meteor."

Irvan tergelak kecil. Potong mood hendak berbahasa romantik dengan Maryam. Sebenarnya, jenuh dia mencari perkataan yang menangkap kalbu tetapi perkataan ulat yang bergendang dalam telinganya dan itu yang keluar. Ulat?! Adoi Irvan! Tak ada bintang untuk kau!

"Jom kita pi makan laksa dan cendol kat Padang Polo Ipoh," ajak Irvan.

Menikmati laksa dan cendol di bawah langit terbuka malam bukan idea yang baik. Walaupun Maryam seronok dan menikmati kesedapan menu yang sempoi itu, baik Irvan mahupun Maryam terlupa satu perkara. Makanan itu semuanya sejuk. Asma!

"Nah sepuluh sen. Tanda kasih sayang takkan putus. Agaknya sebab tak dibagi pitih sebab tu adik asma."

Sakit-sakit pun masih nak buat lawak budak telur separuh masak ini!

Syiling sepuluh sen disambut dengan genggaman kemas tetapi tangan tetap memutar stereng.

"Okey tak?" tegur Irvan resah selepas Maryam menyedut ventolin. Sesekali matanya terkalih kepada Maryam. Sejak hamil ini, beberapa kali juga asma yang lama menghilang menyerang semula. Antibodi lemah kut. Tak pun perubahan hormon.

Maryam mengusap paha Irvan lembut.

"Tengok depan... kalau adik tak okey, adik cakap. Kalau adik diam, adik sedang bertenang."

Irvan menarik tangan Maryam, dikucupnya lembut.

"Maafkan abang, ya adik...."

"Bawa kereta jangan sebelah tangan. Tengok depan." Maryam menarik tangannya. Risau betul dengan kerenah Irvan ini. Sekejap sahaja Irvan mengikut arahannya, tangan Maryam kembali diraih dan dikucup.

"Ya abang..." seru Maryam lembut sambil melepaskan tangannya daripada genggaman Irvan.

Irvan mengerti. Terus menumpukan perhatian pada pemanduan.

Maryam meletakkan tangannya ke atas paha kiri Irvan. Diusap dengan lembut. Kemudian jari telunjuknya diangkat. Diusap jarinya itu ke perut Irvan. Tersentuh pusat Irvan.

"Jangan adik. Geli la... geli pusat."

Maryam tersenyum sejemput.

"Suka?" soal Irvan. Lebihnya agak pelik dengan Maryam. Kata asma tetapi senyum memanjang.

"Suka apa?"

"Kenapa adik senyum? Kan asma tu."

"Adik tak boleh senyum ke?"

"Bukan tak boleh, tapi abang risau. Adik ni okey ke tak?"

"Tak payah serius sangat, abang. Asma tak menghalang adik senyum atau ketawa. Jika berpeluang, senyum dan ketawalah dengan sesungguh hati. Asma boleh membunuh dengan tiba-tiba. Masa kita singkat di dunia ini, ya abang. Adik nak gunakan masa itu dengan sepenuhnya. Sesungguhnya bukan mudah hati seorang manusia nak gembira, maka nikmatilah hidup. Adik tak mahu terkilan nanti."

"Adik..." ngilu hati Irvan. Kenapa Maryam selalu sangat hendak ingatkan fasal masa singkat dan mati? Irvan tidak pernah terfikir ke arah itu.

"Salahkah adik senyum dan tertawa? Salahkah adik gembira? Sedangkan gembira itu bukan datang selalu. Senyum dan tawa tak mudah dilepaskan kalau bukan kerana sesuatu yang menggembirakan? Dan kegembiraan itu bukan sesuatu yang mudah dalam hidup adik. Ia tak selalu terjadi dan adik terpaksa mencari-cari sesuatu yang menggembirakan hati adik... yang selalunya sangat sukar berlaku."

Kata-kata yang mudah tetapi sangat makan hati hempedu menghadamkannya. Deep.

"Selagi boleh senyum, adik akan senyum. Atau abang lebih suka adik masam?"

Tangan Maryam diraih lagi. Dikucup untuk ke sekian kalinya.

"Senyumlah sampai bila-bila pun. Senyumlah sampai ke langit."

"Hurmmm... adik akan senyum lebih-lebih lagi jika kita bersama kerana adik suka semuanya kalau dengan abang."

Aku adalah sebab untuknya tersenyum? Allah Tuhan. Terima kasih Ya Allah. Dia juga adalah sebab untuk aku tersenyum.

Kata-kata yang luhur yang selalu membuat darah Irvan berderau. Sekarang tambah berderau bila Maryam tetap mengusap perutnya. Blackswan yang semakin pandai melawan dan menyabung.

Ini malam terakhir. Aku pasti merindu jari-jemarinya yang suka mengusap paha dan perutku ketika memandu. Tangan yang lembut dan wangi bila dikucup. Oh hati....


The One (Yang Terunggul)Where stories live. Discover now