Bab 6

2.7K 53 3
                                    

JAM 5.30 petang, Irvan sudah tercongok di hadapan pintu rumah. Adanya Maryam menunggu, Irvan tidak mahu berlama-lama di kem. Cabut sebaik sahaja ada peluang.

"Minum dulu, ya abang..." pelawa Maryam bila Irvan terkocoh-kocoh mengucup dahinya sebelum terpa bilik air.

"Mandi jap," jawab Irvan, terus lesap ke dalam bilik.

Dalam 15 minit, Irvan keluar berlengeng dengan kain pelekat sahaja. Menghadap meja makan. Cucur ikan bilis dan kopi pekat. Dulu-dulu, Irvan agak anti kain pelekat kerana kelangsungannya yang seakan tidak pakai apa-apa menyebabkan Irvan tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila tidur, kain pelekat ke mana, dia ke mana. Tetapi sejak Maryam rajin menyulam namanya di setiap kain pelekatnya menyebabkan Irvan tidak sampai hati membiarkan hasil jemari seni isterinya tersepuk dalam almari begitu sahaja. Bila disarungkan, selesa la pulak. Sentiasa berangin dan bebas!

"Adik bancuh semula kopi?"

"Kalau sejuk tak sedap," jawab Maryam. Menuangkan kopi ke dalam cawan.

"Kopi tadi?"

"Masuk peti ais. Minum sejuk-sejuk best juga."

"Beringat. Asma tu."

"Haeyyy... lain kali, balik, makan dulu baru mandi."

"Abang tak mahu dekat dengan adik kalau abang busuk."

"Adik suka bau abang."

Terseringai bahagia Irvan. Cucur bilis terasa paling sedap sekali di dunia ini!

"It's a punch!" puji Irvan.

Maryam pula yang hairan. Apa yang sedap sangat kalau hanya cucur bilis yang sempoi?

"Sepuluh sen." Maryam menadah tangan.

"Untuk apa?" Saja Irvan buat dol.

"Tak mahu putus kasih sayang."

"Hutang dulu."

"Dah banyak abang hutang."

"Dengan suami pun berkira?"

"Suami is suami. Hutang is hutang. Kasih sayang is kasih sayang."

"Maknanya...?"

"Adik tak mahu kasih sayang antara kita terputus."

"Baik. Syiling itu akan abang ganti dengan emas. Rantai leher dan tangan dah ada. Apa kata... abang belikan adik sepasang gelang kaki? Macam puteri dulu-dulu pakai. Puteri Saadong."

"Tak mahulah gelang kaki, macam kena rantai pulak."

"Yang gelang tangan, boleh pulak? "

"Yang itu macam gari."

"Rantai leher?"

"Macam tali gantung."

"Helo! Apa bahasa ni?"

"Dak aihhh... sebenaqnya adik tak minat pakai barang-barang perhiasan lagu tu. Tapi sebab abang yang bagi, adik larung je."

"Ada juga perempuan camni? Tak suka barang kemas."

"Tak semua suka."

"Jadi, adik mahu apa?"

"Adik tak mahu apa-apa daripada abang. Adik nak abang je."

Oh la la!

"Abang dah tua... orang tua...." Sengaja Irvan menuakan dirinya walhal umur baru three series. Entah kenapa sejak Maryam menggelarnya orang tua, perkataan tua itu terasa comel dan manja la pulak!

The One (Yang Terunggul)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon