part 25

22.2K 546 18
                                    

"Dah jom pi kantin" ajak pak tam. Aku mengangguk. Aku berjalan berseiring dengan dia.

**Di kantin

"Woi kau kemana huh? Dalam otak aku ni duk fikirlah macam macam. Kot kot kau hilang ke apa ke. Dah ah aku call tak pick up. Sakit hati hambo ni" bebel munirah. Aku ketawa kecil

"Ketawa pulak dia. Tarik telinga capang sebelah jugak satgi" sambungnya semula.

Udah udah ler munirah oi.

"Kau makan dah?" Soal aku. Sambil mengambil roti di dalam kotak.

"Belum" katanya yang juga mengambil roti didalam kotak.

"Dah ah jom kita pergi" aku menarik tangannya selepas mengambil dua botol air.

"Eh kau tau dak tadi kan sebelum aku text kau. Danish ya Allah dia membebel bebel kat aku suruh call ke mesej kau ke. Eee banyak mulut an dia tu?" Kata munirah. Sambil membuka plastik roti.

Aku tersenyum.

"Amboi, terpikat dah lah tu" katanya semula.

Suka hati..

"Ala dah jatuh hati balik tu cakap sajalah nak blushing blushing pula" usiknya.

Tiba tiba..

Danish dengan selamba badaknya duduk disebelah aku..

Ya ALLAH KUATKAN LAH HATI INI.

"Hai, boleh saya duduk sini?" Soal danish.

Aku pandang sekilas ke arahnya. Dia memandang aku pelik.

"Alah jangan lah buat drama depan mata saya" kata munirah.

Aku memberi pandangan maut kepada munirah. Dia mengangkat kening.

"Dr danish dah duduk dah pun" kata aku sambil mengunyah roti.

"Tempat full so saya duduk lah sini" katanya jujur.

Cis, ini bohongan yang nyata!

"Aduh aduh sakit perut ah" tiba tiba saja munirah mengaduh kesakitan.

Ahh! Sudah..

"Aku temankan" pelawaku. Sambil melipat plastik roti.

"Tak payah, sapa nak jaga tempat?" Soal munirah

"Dr danish ada" kataku. Sambil memandang sekilas ke arahnya. Dia tersenyum kembali sambil mengunyah rotinya.

"Ala jangan nak mengada. Duduk je lah, sebelum ni aku ajak teman bukan main susah" perlinya. Dia bangun dan berlalu pergi ke tandas.

Aku mengeluh dan duduk bertentangan dengan danish. Dia tersenyum sinis.

"Kau bila nak balik rumah?" Soal danish

"Huh? Rumah apa?" Soal aku semula. Saja aku tanya macamtu.

"Rumah mak mertua kau lah" katanya sambil menayang muka menyampahnya itu.

"Mak mertua apa? Apa benda dr danish cakap ni" soal aku. Saja nak bagi darahnya mendidih 100℃

"Kau ada suami lain ke selain....." dia dekatkan muka dia ke arah aku.

"Selain aku?" Dengan nada berbisik.

Aku menelan air liur.

"Saya mana ada suami" kataku sambil mencapai roti di sebelah danish..

Tapi...

Danish lebih pantas mencapainya dari aku.

"Kau nak aku tunjukkan sijil perkahwinan kita ke kat semua orang? Aku bawak sijil tu" katanya serious

"Pensyarahku suamiku" (SLOW UPD) Where stories live. Discover now