Bab 7.

17.9K 513 39
                                    

Aku lihat dia sedang tidur dengan lena di atas katilku. Dengan hanya memakai kemeja putih dan seluar pendek, dia kelihatan sangat comel. Mesti uncle suka. Gumamku perlahan.

Rambutnya aku selipkan ke telinga. Nampak sungguh cantik di mataku. Seandainya aku belum bertemu dengan dia, pasti gadis ini akan menjadi milikku. Namun, si dia lebih cepat mencuri perhatianku dengan kerenahnya yang selalu mencuit hati.

Aku tersedar dari lamunanku apabila bunyi pintu bilik dibuka kedengaran. Segera aku jauhkan diri daripada sosok yang sedang tidur dengan lena di atas katil itu. Aku melihat uncle berjalan masuk dengan senyuman lebarnya. Dia menolehkan kepalanya ke arahku dan tersenyum. Aku hanya membalas dengan senyuman yang sinis sebelum berlalu keluar. Aku rasa aku patut iku jejak uncle untuk mendapatkan si dia.

Aku hanya mampu tersengih memikirkan perkara itu. Gelak tawanya sudah cukup mencairkan hatiku ini. Caranya memanggil namaku. Ah, dapat aku rasakan jiwa rusuk ini bergetar. Gelagat nakalnya itu membuatkan aku ingin memanjakannya setiap masa. Jika aku mampu menawan hatinya, akan aku anggap yang dia adalah suatu ciptaan indah melebihi syurga dunia yang manusia kejarkan. Kau lemparlah segala kemewahan kepadaku, tetap aku pilih dia dalam hidup aku. Tanpa dia, apalah erti syurga dunia bagi diriku.

****

" Urgh! " aku mengeliat lalu meregangkan otot-otot yang terasa lenguh. Mungkin tidur dalam masa yang lama memberikan kesan yang sebegitu, aku pun kurang pasti. Aku merasakan yang aku seperti melupakan sesuatu. Mataku masih lagi aku pejam. Cuba untuk mengingati perkara yang aku lupakan. Apa ya? Eh, Hana! Jeritku di dalam hati.

Aku lantas membuka mata dan berundur ke belakang. Terkejut aku melihat yang sekarang aku bukan lagi berada di rumah Hana namun berada di tempat yang sangat aku kenali. Danial Iskandar.

Aku mendengus lalu mula mengurut dahiku perlahan. Sungguh aku naik pening dengan perangainya. Rasa sakit kepala mula menyerang secara tiba-tiba. Aku meringis menahan kesakitan. Mungkin kesan kloroform... eh? Kalau macam tu, aku...

Aku.. diculik!

Tuhan!

Aku segera bangun dan menghiraukan rasa sakit lalu terus mencari telefon pintarku. Celaka! Mama telefon aku hilang?! Marahku di  dalam hati.

" Looking for this? " tanya dia yang berada di hadapan pintu. Aku mengetap bibirku dan memusingkan badanku.

" Eh, Arsyad! Kau kena tolong aku keluar dari tempat ni. Sekejap, macam mana kau boleh masuk? " tanyaku hairan. Aku agak keliru sekarang.

" Aira, kau ingat tak bila aku cakap yang aku ada pak cik? Inilah pak cik aku. " katanya lalu Danial berjalan masuk dengan langkah yang tenang.

Aku mula menggigil. Kenapa? Sanggup kau tipu aku, Arsyad? Aku memandangnya dengan mata yang berkaca-kaca.

" Uncle aku minta tolong dan aku sebagai anak saudara, patutlah tolong dia. Aku minta maaf. Uncle, good luck. " sambungnya lagi dan berlalu pergi serta mengunci pintu dari luar.

Aku mengundur dan dia mara ke hadapan. Sekali lagi aku mengundur dan tubuhku terjatuh di atas katil empuk itu. Aku mengundur lagi ke belakang. Dia berhenti mendekatiku dan berdiri di hadapan katil lalu membuka butang bajunya satu per satu. Aku memejamkan kedua-dua belah mataku, tidak sanggup melihat pemandangan kotor di hadapanku. Tubuh mungil ini menggigil dengan kuat. Jujur aku katakan, aku sangat takut.

Aku mula menangis namun aku menahan esakanku daripada didengari oleh lelaki yang berada di hadapanku. Dia mara lagi sehingga betul-betul berada di hadapanku kerana aku dapat merasakan hembusan nafasnya berada betul-betul di mukaku. Dengan tidak semena-mena, tubuhku ditarik ke dalam dakapannya. Aku meronta-ronta supaya dilepaskan namun dia lebih kuat jika mahu dibandingkan denganku jadi dapat aku lihat tubuhnya langsung tidak berganjak.

" Lepaskan segalanya keluar. " katanya dengan nada yang cuba memujuk.

Aku mula menangis di dalam dakapannya dengan kuat. Dalam masa yang sama, dadanya yang bidang itu aku pukul bertalu-talu. Aku tetap memukul sehinggalah tangannya menahan kedua-dua belah tanganku. Aku masih lagi menangis tanpa henti.

Dia mengangkat daguku dengan menggunakan sebelah tangannya. Mukanya didekatkan ke mukaku lalu bibirnya menyentuh bibirku dengan lembut. Ciuman yang langsung tidak berlandaskan nafsu, hanya ciuman yang mahu menenangkanku. Dilumatnya bibir mungilku dengan gerakan yang lembut.

Dia melepaskan tautan bibir kami untuk memberikanku kesempatan mengambil nafas. Air mataku masih lagi jatuh bercucuran di pipi. Dia membaringkan aku di atas katil dan memandang mataku dengan tatapan yang lembut. Mukaku dipandang seketika sebelum dia menjilat air mataku yang jatuh di pipi.

Dia terus menjilat dan mengucup dahiku sebelum berhenti. Setelah itu, dia memeluk tubuhku dengan erat sekali. Mahu sahaja aku menolak tubunya tapi apakan daya, aku kepenatan. Akhirnya, aku memilih untuk melelapkan mataku dan mula terlena di dalam dunia mimpi yang mengerikan.

****

Tubuhnya aku peluk dengat erat. Aku perasan yang tubuhnya menggigil ketakutan kerana diriku. Aku mengeluh perlahan. Bagaimana aku nak buat dia jatuh cinta kalau dia sendiri anggap aku sebagai lelaki yang tak guna? Ini pun Arsyad yang beritahu kalau tidak, memang aku tak tahu langsung.

Wajah tenangnya itu aku tatap dengan penuh rasa cinta. Sungguh menawan di mataku. Aku terpana seketika apabila dia memelukku kembali. Kegembiraan ini tidak mampu aku gambarkan. Aku cuba menafikan yang dia sebegini kerana mungkin hatinya sudah terbuka untukku.

" Mungkin dia tengah mimpi ngeri. " bisikku perlahan.

" Cikgu. " katanya. Aku melihat wajahnya, matanya masih tertutup menandakannya masih lagi tertidur. Mengigau, mungkin.

" Kenapa? " tanya dia. Aku mengerutkan dahiku.

" Kenapa apa, sayang? " balasku lalu mengusap-usap rambutnya yang separas bahu itu.

" Kenapa cikgu buat saya macam ni? " sambungnya. Dia mula teresak kecil. Aku lihat matanya masih terpejam. Memang sah dia mengigau.

Dia teresak kecil dan terlena semula dalam dunia mimpinya. Aku mengucup dahinya lama. Sayang, maafkan abang. Gumamku perlahan.

Aku memeluknya erat dan mula memejamkan mataku, cuba mengikutinya yang kini sudah larut di dalam dunia mimpi.

****

A/N: Bab ni I dah edit! Kalau ada typo tu boleh roger I okay.

Yang penat tunggu cerita ni update bolehlah baca cerita baru I,

Payung | Taehyung BTS

Kalau baik hati, boleh vote sekali cerita tu.

Jangan lupa komen dan vote!

Tq, bye & ILY 3000 💜💚💙

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now