Bab 39

11.5K 324 135
                                    

" Aira sayang, bangunlah. " panggil seseorang.

Aku cuba untuk membuka mata namun keadaan di sekelilingku gelap. Keadaan itu menyukarkan aku untuk melihat persekitaranku.

" Sayang dah bangun, hm? " tanya suara itu lagi.

Itu suara Danial.

" D- Danial? M- Mana kau? " soalku dengan tangan yang dirapatkan ke dada.

Sejuk. Lantai yang aku duduki sekarang ini begitu sejuk sehingga mengakibatkanku menggigil tidak keruan. Ruangan ini, ruangan apa? Kenapa terlampau sejuk dan sunyi?

" 'Kau'? Sayang sepatutnya kena panggil saya abang. " katanya.

Aku hanya mampu memejamkan mata dan mengeluh perlahan. Bibirku terasa beku. Tubuhku pula tidak berhenti menggigil.

" A- Abang. " panggilku perlahan.

" Hm. " balasnya singkat.

Aku cuba melawan kudratku ketika itu dan berdiri. Lalu, aku terus melangkah dengan perlahan ke arahnya. Aku terus memeluk tububnya yang sasa itu. Aku mencari kehangatan yang selalu diberikannya selama ini. Tiba-tiba sahaja, tangannya menolak tubuhku daripada terus memeluknya.

" Kenapa peluk abang? Tak ingat apa yang sayang dah buat dekat abang tadi, hm? " tanyanya sinis.

Seketika, ingatanku tentang perkara yang berlaku sebelum aku terlelap hadir begitu saja. Nafasku berombak. Aku cuba memeluk tubuhnya dan mengumamkan kata-kata maaf. Jujur aku katakan, aku tak mampu dan tidak mahu lagi menahan rasa sakit setiap kali berlakunya seksaan.

" Rasanya sebelum sayang buat semua itu, sayang dah patut tahu apa balasannya. " katanya sambil memeluk tubuhku kembali.

" Tapi... " aku memandang tepat ke arah matanya.

" Sebagai balasan atas kejadian tadi, sayang kena duduk sini dan teman semua mayat-mayat yang ada dalam peti mayat ini dalam masa tiga jam yang akan datang. Rasanya balasan ini cukup memadai. Selamat bergembira. " sambungnya sambil mengucup kedua-dua belah keningku dan cuba untuk berlalu pergi.

Aku yang memeluk kakinya itu terus memohon supaya tidak ditinggalkan bersendirian di dalam ruangan yang penuh dengan mayat ini. Namun apakan daya, tubuhku terus ditolak oleh Danial sebelum dia berlalu pergi dan mengunci pintu ruangan tersebut. Aku yang berseorangan di dalam ruangan itu mula ketakutan. Tekanan semakin terasa. Rasa panik mula timbul. Suara-suara aneh dari peti mayat mula kedengaran. Bulu romaku mula berdiri.

" Danial. " gumamku perlahan sambil menutup mata dan telinga dengan tangan.

Aku cuba mendodoikan diriku dengan menyanyikan lagu sambil menggerakkan tubuhku ke depan dan ke belakang tetapi tidak berhasil. Suara itu semakin kuat apabila aku mula menyanyi.

Aira, marilah ikut kami.

Aku menggelengkan kepala. Aku belum mahu mati lagi. Lagipula, aku tidak mahu mati sia-sia di dalam ruangan ini walaupun aku tahu yang aku sudah tiada apa-apa lagi di dunia ini. Sekurang-kurangnya aku kena mati dalam keadaan tenang. Bukannya mati sebagai tahanan dan isteri Danial Iskandar. Tidak, aku tidak mahu.

Aira, marilah.

Aku cuba menghiraukan ajakan-ajakan suara aneh dari peti mayat tersebut. Tak boleh ke kau duduk diam-diam? Jangan kacau aku syaitan!

Kau pembunuh!

Tubuhku tersentak. Mataku terbuntang. Mulutku ternganga. Di hadapanku, terdapat sosok lembaga yang terjelir lidahnya dan terkeluar segala isi perutnya. Aku cuba mengundurkan diri ke belakang apabila dia cuba mendekatiku.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now