Bab 37

12.6K 324 92
                                    

Tubuhku terasa berat. Rasa sakit menjalar di setiap anggotaku. Pandanganku pula berpinar-pinar. Kepalaku pening sekali. Aku rasa lemah. Aku bagaikan tiada semangat untuk bangun lagi. Tiada semangat untuk melihat cahaya matahari di pagi hari, untuk bernafas malah tidak bersemangat untuk mahu meneruskan hidup lagi. Semuanya terasa sedih yang teramat bagiku. Aku mahu pergi. Aku tidak mahu kembali. Kalau diberi peluang untuk mati di dalam jaga, aku lebih rela memilih peluang itu. Tidak akan aku sia-siakannya.

Mataku dipejamkan semula. Aku cuba mengatur nafasku. Aku juga berhenti berfikir. Aku mahu tenang di waktu ini. Aku mahu mengumpul tenaga untuk melalui hari yang akan mengerah tenagaku seperti semalam. Entahlah, mungkin aku akan diseksa. Aku tidak tahu. Aku rasa mahu tidur lagi tapi tidurku juga sering terganggu. Seakan-akan pemilik mimpi tidak mahu memberikan aku mimpi yang aku impikan iaitu kebahagiaan. Jiwaku bercelaru memikirkan tentang itu.

" Selamat pagi, sayang. " suaranya yang serak-serak basah itu menyapaku.

Aku mengerutkan dahiku sebelum cuba berpaling ke arah lain. Namun, dia lebih tangkas. Tubuhku ditahan lalu dibawa mendekat ke arahnya. Wajah kami saling bertentangan. Aku memejamkan mataku. Malas mahu membalas sapaannya. Nak bercakap pun tiada tenaga. Seperti yang aku katakan, aku penat. Sangat penat. Dia menderam. Aku hanya mengeluh perlahan.

" Pagi. " gumamku. Aku malas membalas panjang-panjang. Masih lagi sakit hati dengan kejadian semalam.

" Masih sakit lagi? " tanyanya dengan nada suara yang bersalah.

Aku tidak menjawab sebaliknya mengangguk bagi pernyataannya. Suasana kembali sepi. Suara nafas kami sahaja yang kedengaran. Tangan kasar miliknya mengusap wajahku perlahan. Aku hanya membiarkannya. Malas mahu membangkitkan kemarahannya di pagi hari. Lagipun, aku mahukan rehat secukupnya.

" Mimpi apa malam tadi? "

Soalannya itu sudah cukup membuat aku membuka mataku. Mukaku mula masam. Dahiku mengerut. Mataku menatapnya tajam.

" Kenapa? Mimpi ngeri, hm? " tanya dia lembut.

Aku mengetap gigiku.

" Sepanjang aku bermimpi, aku tak pernah dapat mimpi yang indah. Mimpi ngeri dan mimpi aku sentiasa sama. Dikejar oleh lelaki. Tapi aku tak tahu siapa. Mungkin itu kau. Jadi, aku mohon supaya kau lepaskan aku. Aku nak dapat mimpi yang indah. Aku mohon. " rayuku dengan wajah yang sugul.

Dia hanya mengeluh sebelum mencium puncak kepalaku berkali-kali.

" Sayang isteri abang dan abang takkan pernah ceraikan sayang. " balasnya tegas.

Aku terus memejamkan mata. Cuba memendam rasa yang amarah. Danial yang melihat keadaanku itu terus berulang-ulang kali mencium dahiku dan meminta maaf. Aku cuba untuk menghiraukan setiap ciuman dan kata-kata maafnya itu.

" Maaf takkan dapat mengubah apa-apa. " balasku dingin.

Akhirnya, dia diam membatu. Jarinya pula memutar-mutar helaian rambutku. Aku pula mengelamun. Mindaku menerawang jauh. Entah bagaimana aku boleh tertidur setelah itu. Jika dia tidak membangunkanku, pasti aku tidak tahu yang aku tertidur sewaktu mengelamun. Danial terus mengangkat tubuhku. Dia tahu yang keadaanku masih lagi lemah. Berdiri tegak sahaja pun aku tidak mampu apatahlagi berjalan.

Dia membawaku masuk ke dalam bilik mandi. Tubuhku didudukkan di atas kaunter sinki. Aku hanya memandang dia yang sedang mengambil berus gigi dan meletakkan ubat di dalamnya sebelum disuakan di hadapan mulutku. Aku yang melihat itu terus membuka mulut. Dia terus menggosok gigiku secara membulat. Sesekali dia menggosok dengan pola ke atas dan ke bawah di setiap penjuru gigiku. Setelah selesai, dia terus memberikan gelas kaca yang berisi air untuk berkumur. Aku hanya patuh dengan arahannya itu.

Lepaskan Akuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن