Chap 10 (Raykarl or Squidbob?)

3.1K 261 7
                                    

Hari ke-2

"Yak! Haemi bangunlah!" Taehyung menggoncang-goncangkan tubuh badan Haemi yang sedang lena tidur.

"Emmm"

Owh nampaknya kau tak nak bangun eh. Tak pe tak pe. Bisik hati Taehyung.

Dia tersengih sambil memandang wajah Haemi yang sedang tidur. Dia merangkak naik ke atas badan Haemi lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Haemi.

Dia menilik wajah Haemi dari dekat. Dari mata ke hidung, dari hidung ke bibir. Dia terpandang bibir Haemi yang merah seperti memakai lipstick.

Huh cantik juga minah ni. Ish apa yang aku fikir ni? Taehyung menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Taehyung kau kiss je dia. Kau nak gerak dia je pon. Rilek la." Kata seseorang yang menyerupai Taehyung dan memakai baju merah menyala.

"Taehyung jangan! Tak baik kau nak mainkan perasaan orang ni." Lagi seorang yang menyerupainya namun dia berpakaian serba biru langit.

Taehyung memandang mereka berdua lalu memandang wajah Haemi yang berada di bawahnya semula. Fikirannya mula berfikir.

Dan seketika......

Chu~

Taehyung meletakkan bibirnya ke bibir Haemi. Haemi mula merasa tidak selesa apabila merasakan sesuatu yang tidak kena di wajahnya lalu membuka matanya perlahan.

Dia terdiam sebentar apabila melihat wajah Taehyung yang berada di atas dan ekor matanya memandang ke bawah. Terbuntang matanya apabila melihat bibirnya dan Taehyung bersatu. Cepat-cepat Taehyung menjauhi Haemi apabila melihat muka Haemi yang merah itu.

"Yak! Kim Taehyung! Kau memang nak kena!" Jeritnya dengan keadaan kusut masainya.

"Err hehe habis tu dari tadi aku gerak kau, tak bangun-bangun jugak. Pastu Taehyung yang berbaju merah tu suruh aku kiss kau. So aku buat je la." Jawab Taehyung dengan muka innocentnya.

Haemi membulatkan matanya sebaik sahaja mendengar jawapan Taehyung tadi.

..........

"Haemi jom la pergi pantai yang berhampiran dengan hotel ni. Aku bosan lah asyik duduk dalam bilik ni je." Rengek Taehyung menarik-narik lengan Haemi.

Haemi memandang Taehyung dengan riak tidak puas hati. Mungkin dia masih marah dengan Taehyung kerana tadi.

"Pergi la kau sensorang. Bukan jauh pon."Jawabnya selamba.

"Hah? Mana boleh! Aku still tak tau selok belok kat sini. Owhh kalau kau tak nak ikut, aku call appa." Ugutnya lalu mengeluarkan phonenya dari poket seluar.

Terkejut Haemi mendengarnya lalu dengan pantas dia merampas phone Taehyung. Mujurlah dia tak sempat call Tuan Kim.

"Ishh ye la ye la. Kejap aku bersiap. Ish tumbuk baru tau." Bebel Haemi lalu pergi bersiap.

Selepas 15 minit bersiap mereka keluar dari bilik dan menuju ke pantai.

"Hihi tak sangka warna baju kita sama kan." Taehyung tersengih.

Haemi mengerutkan dahinya lalu memandang bajunya dan Taehyung. Ceh, baru dia perasan yang bajunya dan Taehyung berwarna biru pekat. Memang nampak cocok sangat kalau jalan bersebelahan.

Pantai

"Nah." Taehyung memberikan aiskrim kepada Haemi.

Haemi mengerutkan dahinya sambil memandang aiskrim itu. Rasanya Taehyung sedia maklum tahu yang dia tak suka makan aiskrim. Ni dah kenapa tetiba bagi dia ni?

Wife Mafia, Husband  Gay || V ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant