Chap 19

2K 169 6
                                    

"Taemi jangan nakal-nakal arra?" Pesan Haemi kepada Taemi. Taemi hanya mengangguk comel apalagi dengan seragam tadikanya bersama beg otomen dia sekali. Owh cute.

"Omma janganlah risau! Like uncle Baekkie said, Taemi tak boleh nakal tapi kalau ada orang kacau Taemi, Taemi kena smackdown dia." Balas Taemi dengan mulut kecilnya. Haemi hanya bersabar selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Taemi tadi.

Siap ko Baekhyun! Tak hidup kau harini!

"Okeylah. Omma dah lambat ni. Dah pergi masuk! Jangan dengarkan sangat apa yang dikatakan oleh Baekkie tu. Balik nanti kita lawan dia okey? Taemi kan suka main otomen?" Balas Haemi sambil mengusap-usap kepala Taemi lalu mengucup dahinya. Manakala Taemi mengangguk teruja dan tak sabar ingin pulang.

Yey! Yey! Dapat main otomen!

....

"Hyung~ janganlah macam ni. Sampai bila hyung nak bersikap sebegini?" Soal Jungkook sedih selepas melihat keadaan Taehyung yang tak bermaya dan sering mengalirkan air mata itu.

"Aku menyesal. Betul kata Baekhyun hyung. Aku........aku rindukan Haemi." Kata-kata Taehyung tadi membuatkan Jungkook tak sampai hati lalu memeluk Taehyung yang sedang bersandar di dinding katilnya. Memang pada awalnya dia marah akan perbuatannya, tapi dia tahu itu semua bukan salah Taehyung 100%. Lagipun ketika itu Taehyung amnesia.

"Aku faham. Tapi hyung tak boleh macam ni. Kesian appa hyung yang masih bergelumang dengan perasaan bersalah." Pujuk Jungkook dengan tidak berputus asa.

"Tapi aku tak rela Haemi pergi. Aku rindukan dia...Aku nak dia." Kata Taehyung lagi. Jungkook menghela nafas panjang lalu dia bangun ingin pergi keluar dari bilik Taehyung. Dia tahu kalau dia pujuk macam mana pun, Taehyung tetap tak akan sedar. Di dalam hatinya hanya berfikir mengenai Haemi.

"Maafkan oppa.....sayang...jangan tinggalkan oppa.."

.

"Macam mana dengan keadaan Taehyung?" Soal Jin kepada Jungkook selepas melihat Jungkook keluar. Jungkook mengelengkan kepalanya pasrah.

"Tak berjaya la hyung. Dia tetap dengan perasaannya. Tak sampai hati aku tengok keadaan dia."

"Apa yang aku perlu buat?" Mereka berdua terdiam memikirkan jalan agar Taehyung sembuh.

"Hah! Apakata hyung paksa V bawak pergi jalan. Duduk dalam kereta pun jadilah. Sekurang-kurangnya dia dapat keluar rumah." Cadang J-hope. Actually semua ahli BTS ada di dalam rumah itu dan sedang ligat memikirkan cara untuk memulihkan hati si Taehyung.

"Betul jugak tu. Kalau macam tu kita semua pergi?" Soal Jin dan dibalas anggukan dari semua orang.

Sekarang bermulalah misi mereka untuk memujuk Taehyung agar keluar dari biliknya.

Tadika

"Taemi tak bayik agi?" Soal chingu barunya, LuLu dengan pelatnya. Tak silap Lulu muda setahun daripada Taemi. Actually dalam hati, dah berbunga-bunga bila firstime tengok Lulu apalagi melihat rambutnya yang dihiasi flower.

"Belum. Omma Taemi tak datang lagi." Taemi menggeleng kecil membuatkan Lulu mengangguk kecil lalu Lulu terus duduk di sebelah Taemi.

"Lulu tak balik lagi ke? Dah lewat ni." Katanya dengan gentleman. Sorry sikit Taemi, kau tu kecik lagi! (Taemi : Don't disturb me author!)

"Belum...daddy Lulu tak sampai lagi."

Pin! Pin!

"Lulu! Maafkan daddy lambat!" Kata seseorang atau lebih dikenali sebagai daddy Lulu dengan menyesal. Kemudian dia mendukung Lulu sambil mengucup bibir Lulu.

Wife Mafia, Husband  Gay || V ✔Where stories live. Discover now