#3 : Driver Bus UUM

13.2K 697 36
                                    

Kisah ni aku dengar masa aku belum masuk UUM lagi. Kisah ni antara kisah yang femes jugak lah dalam kalangan pelajar UUM. Kisah seorang pak cik driver bus yang kena kacau dengan makhluk halus masa dia tengah bekerja.

Diceritakan, hari tu pak cik Sobri (bukan nama sebenar) sepatutnya bercuti. Tapi disebabkan kawan dia ada urgent yang tak dapat nak dielakkan, maka terpaksa lah pak cik Sobri ni bekerja dan gantikan kawan dia tu.

Pak cik Sobri ni katanya bawak bus ke laluan A sahaja. Maksudnya, dia hanya akan bawak bus tu ke beberapa kawasan sahaja, bukan ke semua kawasan dalam UUM ni. Dan nak dijadikan cerita, dia kena gantikan kawan dia yang bawak bus ke laluan C.

Itu tak menjadi masalah pada Pak cik Sobri, sebab dia dah biasa dah dengan jalan-jalan dalam UUM ni. Jadi kena tukar ke laluan C ke, laluan D ke, tak ada masalah langsung. Katanya lah.

Jadi hari tu, segalanya berjalan seperti biasa. Dia masuk kerja macam biasa, dan lakukan rutin harian dia macam biasa. Cuma yang berbeza kali ni dia kena bawak bus kawan dia dan lalu di laluan yang tidak pernah dia bawak. Laluan C.

Hari tu semuanya ok, tak ada masalah pun. Sampailah waktu malam menjelma.

Laluan C tu laluan dari pusat pengajian ke kolej kediaman pelajar. Waktu siang, ramailah yang akan naik turun untuk ke kelas dan sebagainya. Tapi bila waktu malam, kurang sikit lah pelajar yang naik.

Jam masa tu dah menunjukkan pukul 10.45 malam. Kiranya pak cik Sobri kena round lagi sekali untuk trip yang terakhir bagi malam tu. Dia sampai dekat pusat pengajian tu dalam pukul 10.50 malam. Suasana sunyi je. Tak ada sesiapa pun dekat tempat perhentian bus tu. Pak cik Sobri pun buat rileks je lah sambil belek kertas yang ada dekat depan dia. Kalau sampai pukul 11 tak ada pelajar yang naik, boleh lah dia balik terus malam tu.

Jam kini menunjukkan pukul 10.59 malam. Masih tak ada pelajar yang naik dan pak cik Sobri pun amik keputusan untuk terus balik. Masa pak cik Sobri nak tekan butang untuk tutup pintu tu, tiba-tiba entah dari mana muncul sekumpulan pelajar perempuan yang nak masuk ke dalam bus tu.

"Pak cik pergi YAB kan?" Tanya salah seorang dari pelajar perempuan itu.

"Aah, kamu nak ke sana ke? Cepat lah naik, pak cik hantarkan." Balas pak cik Sobri yang sedikit terkejut dengan kehadiran mereka berenam itu.

Disebabkan memang dah tugas pak cik Sobri tu untuk menghantar pelajar pulang, maka terpaksa lah dia akur. Nampaknya tak dapat lah dia nak balik awal malam ni.

"Terima kasih pak cik." Kata pelajar itu lalu berjalan masuk ke dalam bus tersebut bersama kawan-kawannya yang lain.

Pak cik Sobri hanya membalas dengan segaris senyuman di wajahnya. Namun terdetik juga sebenarnya dalam hati pak cik Sobri, apa yang mereka buat malam-malam macam ni dekat kawasan tu. Tapi bila dia teringat yang dekat situ kan kawasan pusat pengajian, jadi tak mustahil lah kalau mereka ada kelas pada waktu malam kan.

Lepas semua pelajar perempuan tu dah naik, pak cik Sobri pun pandulah bas tu menuju ke kolej kediaman YAB. Kolej ni tak ada lah jauh sangat dari pusat pengajian tu, dalam 5 minit sampailah. Tapi disebabkan laluan bus tu tak adalah terus straight ke sana, jadi kenalah pusing kawasan pusat sukan dulu yang ambik masa dalam 10 minit.

Sepanjang bus tu bergerak, pelajar-pelajar perempuan yang naik tadi tu agak bising jugak lah berbual dan ketawa sesama mereka dekat tempat duduk paling belakang sekali. Pak cik Sobri dah biasa dah dengan keadaan macam tu. Biasalah kan, nama pun remaja. Bila jumpa dengan kawan-kawan memang banyak benda lah yang nak dibualkannya.

Pak cik Sobri pun pandulah bas tu macam biasa. Dari kolej kediaman, lalu dekat sebelah pusat sukan, hinggalah nak sampai ke kolej kediaman tu suasana masih sama. Tapi bila dah nak dekat-dekat sampai tu, suasana mula kembali sepi. Dan disebabkan dorang duduk jauh di belakang sekali, pak cik Sobri malas lah nak jenguk keadaan dorang tu.

Dalam hati pak cik Sobri kata, mesti dorang tu semua dah penat berbual dari tadi. Tahu pun senyap akhirnya. Hahaha. Pak cik Sobri tertawa kecil.

Jam menunjukkan tepat pukul 11.10 malam bila bus yang dipandu oleh pak cik Sobri tu tiba dekat perhentian bus YAB. Suasana sunyi, tak ada sesiapa pun dekat situ lagi. Bus pun dah tak ada, mungkin semua dah mula balik ke tempat parkir nya.

Sampai je dekat situ, pak cik Sobri pun terus tekan butang untuk bukak pintu belakang. Menggunakan kamera yang ada dekat tangga tu, pak cik Sobri pun menunggu kesemua pelajar perempuan tu untuk turun.

Lama pak cik Sobri tunggu, tapi kelibat mereka tak muncul-muncul jugak dekat kamera tu. Aik, tak kan lah dorang dah tertidur kot, getus hati pak cik Sobri. Disebabkan pelik mereka tak turun-turun, pak cik Sobri pun amik keputusan untuk bangun dari tempat duduknya dan menoleh ke belakang.

Tergamam pak cik Sobri bila dia tengok tak ada sesiapa pun dekat belakang tempat duduk tu. Kaki dia terus menggeletar dan seluruh tubuh dia kesejukan. Tanpa banyak fikir, pak cik Sobri terus duduk balik dekat tempat duduk dia tu lalu memecut balik ke kawasan parkir bas.

Sepanjang perjalanan pulang, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan pak cik Sobri masa tu. Dia tak toleh ke belakang langsung, malah hanya menumpukan sepenuh perhatiannya ke jalan raya di hadapannya itu. Peluh mula membasahi dahi pak cik Sobri. Masa tu dia hanya nak sampai dengan selamat je ke tempat parkir bus. Benda lain dia dah tak fikir dah.

Sampai sampai je, supervisor pak cik Sobri dah tercegat dekat depan pintu pejabat mereka tu. Lepas je pak cik Sobri dah parkir, dia terus turun lalu menuju ke arah supervisor nya itu. Dengan muka yang sedikit pucat, dia menghampiri supervisor yang dikenali sebagai En Fuad itu.

"Kenapa pak cik Sobri sampai lewat ni? Bukan sepatutnya shift pak cik sampai pukui 7 tadi ka?" Tanya En Fuad pelik.

Mendengar kata-kata Encik Fuad itu membuat kan pak cik Sobri bertambah pelik. Seingat dirinya, dia kena bekerja sampai pukul 11 malam, bukan sampai pukul 7.

"Bukan siang tadi Encik Fuad kata sampai pukui 11 ka?" Tanya pak cik Sobri keliru.

"Dak aih, hari ni kan hari sabtu. Mana ada kelaih sampai malam pak cik Sobri oiii. Paling lewat pun kelaih sampai pukui 7 malam ja. Habis tu tadi ada student naik ka? Kalau ada tu bukan student pak cik Sobri oiii. Hahahaha." Kata Encik Fuad yang mentertawakan pak cik Sobri.

D

isebabkan malas nak panjangkan cerita, pak cik Sobri pun minta izin untuk balik dulu. Dan di sepanjang perjalanan pulang tu, tubuh pak cik Sobri sejuk. Bulu romanya tegak berdiri. Dia malas nak toleh ke belakang, risau ada yang ikut.

Masa ni lah segala jenis ayat Al Quran keluar dari mulut pak cik Sobri. Sudahlah rumah dia jauh dari UUM, nak tak nak kena cekalkan hati jugak lah nak pandu balik ni.

Dan kisah ni pak cik Sobri ceritakan lepas seminggu berlalu. 2 hari jugak lah pak cik Sobri demam, mungkin sebab terkejut diganggu makhluk halus kan.

Sejak dari tu, pak cik Sobri tak akan berani dah nak ganti kan tempat orang lain. Kalau terpaksa, barulah dia akan buat. Kalau tidak, mati balik hidup pun dia tak akan buat. Almaklumlah, dah kena kacau sekali, terus serik nak buat lagi. Itu selamat digangu macam tu je, belum lagi sampai tunjuk muka. Hahaha.

Jadi kalau korang naik bus malam-malam tu hati-hati ye. Risau yang duduk sebelah korang tu bukan orang, tapiiiiii hihihi.

Jangan Baca Cerita Ini!Where stories live. Discover now