Aku ada seorang Pak Cik yang bekerja sebagai seorang pemandu lori sampah. Dah berbelas tahun rasanya dia bekerja dan dia punya shift tu, seingat aku tak pernah pun bertukar. Hari-hari dia shift malam.
Masuk dalam pukul 10 malam, balik nya esok pagi dalam lepas subuh kalau aku tak silap. Bertahun rutin dia sama je, lepas maghrib tidur kejap nanti dah nak dekat pukul 9 lebih tu mak cik aku akan kejut dia dan akan bersiap untuk pergi kerja.
Jarak antara rumah dia dengan tempat kerja agak jauh sebenarnya, dalam 20 minit ke 30 minit macam tu. Lagi pulak Pak Cik aku ni jenis yang bawak motor je pergi ke tempat kerja, lagilah lambat nak sampai. Tapi demi nak jimat dan jugak lebih selesa, siapa lah aku nak persoalkan keputusan dia tu kan.
Pak Cik aku sepanjang dia bekerja sebagai pemandu lori sampah alhamdulillah lah, dia kata tak pernah lagi kena kacau. Kalau setakat ternampak kelibat, terpandang benda yang tak pastu tu adalah. Tapi yang betul-betul sampai nampak depan mata tu, dia kata tak ada.
Ialah, lagipun bawak lori sampah tu bukan seorang diri, ada beberapa orang pekerja lagi yang akan ikut untuk kutip sampah dekat kawasan yang berkenaan. Jadi walaupun kawasan tu gelap ke, menakutkan ke, masih lagi ada orang yang teman dekat kawasan tu.
Cuma Pak Cik aku ada cerita satu kejadian yang dia tak akan lupa sampai bila-bila. Kejadian ni kiranya baru je terjadi, dalam beberapa tahun yang lepas. Beberapa hari lagi sebelum Pak Cik aku ni tukar shift dia dari waktu malam ke waktu siang.
Malam tu katanya macam biasalah, lepas je maghrib dia tidur sekejap. Pak Cik aku ni bukan macam orang biasa, dia walaupun dah bekerja dari malam hingga ke lewat pagi, balik balik tu je dia akan terus ke kebun. Menyawit lah, berkebun apa semua. Jadi sebab tu lah sebelum dia pergi kerja, nak tak nak dia kena tidur kejap. Kalau tidak memang mengantuk lah jawabnya.
Dalam jam 9.15 malam macam tu, Mak Cik aku pun kejut lah suami dia. Entah kenapa malam tu Pak Cik aku macam susah sikit nak bangun. Mak Cik aku sampai kena kejut 2 3 kali baru dia sedar. Biasanya kejut sekali je dia terus sedar dah.
Lepas dia dah sedar tu, dia pun bangun dan mandi. Lepas tu dia solat isyak dan minum air kopi yang Mak Cik aku dah sediakan. Dalam pukul 9.40 macam tu, dia pun start enjin motor dia dan mula bergerak ke tempat kerja.
Pak Cik aku ni duduk dekat kawasan kampung. Tempat kerja dia pulak terletak dekat bandar. Memang lah jalan nak ke bandar tu terang dan elok je, tapi kau nak expect apa pukul 10 malam dekat jalan tu. Kadang-kadang jalan sunyi, kadang-kadang pulak banyak je kereta. Tapi Pak Cik aku kesah apa, dia bukan penakut pun.
Jadi malam tu dia tunggang lah motor dia tu macam biasa. Dari kawasan gelap area rumah dia, sampai lah dia tiba dekat jalan utama nak ke bandar. Dia macam biasa, pandu perlahan je. Tapi malam tu dia kata, dia rasa lain macam sikit. Dia kata dia tak pernah rasa macam tu sebelum ni. Mungkin sebab dia letih sangat kot, itu yang dia rasa tak sedap badan tu.
Nak dijadikan cerita Pak Cik aku rasa mengantuk yang amat sangat secara tiba-tiba. Mengantuk yang dia sendiri tak tahu kenapa. Tapi dia masih nampak jalan dan dia masih boleh pandu macam biasa, cuma mata tu rasa nak terpejam je.
Lama jugak lah dia tahan, dalam 10 minit ada. Sampailah Pak Cik aku ni kata dia rasa macam dia terlelap dalam 10 saat macam tu. Bila dia bukak je mata dia, dia kata dia pelik sebab dia tengah lalu dekat satu kawasan kampung yang agak gelap. Dia tahu jalan tu sebab kampung tu seberang 2 3 kampung je lepas kampung dia.
Dan yang lagi buat dia terkejut ialah betul-betul dekat depan dia tu ada kawasan perkuburan. Subhanallah, masa tu dia terus break dan patah balik ke belakang. Masa tu Pak Cik aku kata, hilang terus mengantuk dia. Mana tak nya, kau memang tengah drive dekat jalan besar, lepas tu tiba-tiba kau tersedar yang kau tengah drive dekat kawasan gelap yang ada kubur dekat situ.
Pak Cik aku terus pecut laju tanpa toleh belakang pun. Dalam hati dia, hanya Tuhan je yang tahu.
Tapi jujur lah aku respect Pak Cik aku ni sebab walaupun dia dah kena kacau sampai macam tu sekali, dia masih ke tempat kerja dia dan buat macam tak ada apa-apa pun yang berlaku. Fuhhh, kalau aku lah dekat tempat dia, dah conform-conform pecut balik rumah dan tidur menggigil.
Cuma tu lah, masa Pak Cik aku cerita benda ni dekat kitorang semua, aku cuma terbayang satu benda je. Masa Pak Cik aku tu tengah bawak motor dia, mesti ada 'benda' yang tengah bertenggek dekat belakang tempat duduk dia kan. Mungkin 'benda' tu lah kot yang kaburkan pandangan dia. Selamat dia tak tunjukkan jasad dia, kalau tunjuk haishhh tak terbayang aku macam mana.
Jadi kalau korang nak bawak kereta ke, motor ke sorang-sorang lepas ni hati-hati ye. Risau mata kita ni memang nampak kosong, tapi rupa-rupanya ada 'benda' yang tumpang. Sama lah macam dalam bilik tu, jangan berani sangat. Entah-entah tengah ada 'benda' perhatikan korang baca cerita ni. Hahaha.
Selamat malam. Mimpi indah bersama 'teman' ye.
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...