#66: Senja

1.9K 170 44
                                    

Mak-mak akan selalu pesan, pastikan balik rumah sebelum senja. Senja-senja ni tak baik duduk dekat luar, kalau boleh cepat-cepat masuk dalam rumah. Tutup tingkap, mandi-mandi and siap-siap nak solat maghrib.

Tapi biasalah, budak-budak ni bukannya faham. Kadang-kadang lagi orang kata jangan, lagi tu lah dia nak buat benda tu kan. Kadang-kadang tu bukan budak-budak je, yang dah besar panjang pun sama. Kalau pesan suruh balik sebelum senja, pukul 7 lebih tu lah baru nak nampak batang hidung dekat rumah.

Tapi kenapa ek senja-senja ni tak baik duduk dekat luar?

Waktu senja ni antara waktu yang mana syaitan, jin dan iblis ni bergerak aktif. Waktu yang mana kalau kita duduk dekat luar, bukan lah kita akan kena rasuk ke apa. Tapi tak baik dan tak elok lah nak buat macam tu. Sebaiknya masuk dalam rumah and tutup semua tingkap. Dan yang paling penting, bersiap sedia nak dirikan solat maghrib.

Banyak sebenarnya kes waktu senja ni yang pernah berlaku dalam hidup aku. Antaranya pernah sekali tu mak cik aku kena rasuk masa kitorang satu keluarga sibuk bergurau senda waktu senja. Orang waktu senja ni baca Quran ke apa patutnya, tapi masa tu boleh pulak bergurau senda sampai ketawa berdekah-dekah. Last-last dari suara mak cik aku tu yang ketawa, tiba-tiba berubah garau and terus kena rasuk masa waktu senja tu.

Selain dari tu jugak, pernah aku terkehel masa nak tangkap bola dekat semak waktu senja. Biasalah, nama pun budak-budak kan. Waktu senja ni lah waktu yang best nak main. Masa tu aku ingat lagi, aku darjah 5. Masa senja sedara aku sepak bola jauh and masuk dalam semak. Aku pun berlari amik bola tu then tanpa ada lubang ke lopak air ke, aku boleh terpelecuk sampai kaki aku terkehel masa tu. Mula-mula tak rasa sakit sangat, tapi bila lama-lama jalan tu rasa dia perghhhh terbaek. Bila aku pandang belakang tak adalah nampak apa pun, cuma tiba-tiba bulu roma aku naik and aku rasa seram sejuk. 

Jadi moral of the story, waktu senja sila masuk dalam rumah. Duduk diam-diam sementara nak tunggu azan. Bukan kau pergi bukak tv layan drama petang-petang tau! Bukan jugak bukak lagu kuat-kuat sambil terkinja-kinja. Sebab kalau kau buat macam tu, aku risau aku tak boleh nak bezakan yang mana setan yang mana manusia kah kah

Lagi satu time senja jangan tenung luar rumah. Lagi-lagi rumah yang ada semak ke kawasan hutan ke. Bukan sebab apa, sebab aku risau bila kau sibuk tenung ke luar time senja-senja ni, ada pulak benda tengah berdiri tegak sambil senyum tengok kau. Siap ajak kau keluar lagi. 

Kau nak ke? Kalau nak pergi ler haha

Jangan Baca Cerita Ini!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang