Kalau sebelum ni aku bercerita tentang arwah Atuk sebelah Abah aku, kali ni aku nak cerita tentang kisah Nenek aku sebelah Mak aku pulak.
Kenapa aku tulis bahagian 1?
Nenek aku ni punya pengalaman dengan makhluk halus memang banyak. Dari lembaga hitam, hingga lah ke saka. Dari orang minyak hinggalah ke pontianak, semua dia pernah rasa. Jadi disebabkan itulah, aku akan buat beberapa bahagian khas buat Nenek aku yang tercinta ni. Dari awal segalanya mula terjadi, hingga lah ke sekarang ni. Ok?
Nama nenek aku Rasminah. Umur dia sekarang 83 tahun. Alhamdulillah, sebelah Mak aku, Atuk dan jugak Nenek aku masih hidup. Dan yang lagi syukurnya, walaupun kedua dua mereka dan berumur lebih 80 tahun, tapi kedua duanya masih sihat walafiat. Alhamdulillah.
Ok. Perkara pertama yang korang kena tahu ialah, Nenek aku bukannya seorang bomoh atau tukang ubat orang. Dia hanyalah seorang wanita biasa yang dulu masa mudanya pernah bekerja sebagai tukang basuh baju dekat rumah orang cina. Dan Nenek aku ni jugak bukanlah seorang pengamal apa-apa ilmu. Dia bersih dari ilmu ilmu hitam ni semua.
Kisah nenek aku ni bermula tak lama dulu, dalam 10 tahun yang lepas kalau aku tak silap. Itu kisah yang heavy lah. Kalau nak ikutkan dari dia muda lagi dah mula kena kacau, tapi tak seteruk 10 tahun yang lalu.
Seperti yang aku mention sebelum ni, Nenek aku tak ada amalkan apa-apa ilmu pun. Tapi Nenek aku ni ada satu kebolehan untuk mengurut orang yang sakit. Katanya, ilmu mengurut ni ilmu keturunan. Dan kalau korang pernah dengar, memang banyak lah cerita tentang ilmu mengurut ni terutamanya kisah bidan-bidan kampung.
Nenek aku kalau mengurut memang terbaik toq! Kaki Mak cik aku pernah terseliuh, Doktor cakap mau-mau 2 minggu baru boleh berjalan. Lepas tu dia balik rumah, Nenek aku tolong urut alhamdulillah esoknya dia pergi kerja macam biasa. Semua orang terkejut.
Nenek aku kata, dia bukan buat apa pun. Dia cuma urut-urut dan betulkan balik urat yang terseliuh tu je. Dari dulu sampailah sekarang, kalau kitorang tanya macam mana dia buat sampai cepat je sembuh, itu lah jawapan dia. Dan Nenek aku ni tak akan nak urut orang lain, dia hanya urut anak cucu dia je. Ialah, satu hal pulak kan kalau orang asyik datang nak mengurut je. Nenek aku tu dah lah tua.
Dan bila bercakap tentang urut ni, aku sendiri pernah mengalami satu kejadian yang aku sendiri tak tahu nak cakap ianya apa. Nak kata seram tak ada lah sangat, tapi bila fikir balik mahu meremang jugak lah tengkuk ni.
Aku ingat lagi, masa tu aku sekolah menengah. Aku lupa lah kenapa tangan aku sakit tapi yang aku ingat memang kesakitan tu buat aku tak senang duduk lah. Nak genggam jari tak boleh, nak gerak gerak kan ibu jari tangan ni pun tak boleh. Jadi aku pun mintak lah tolong Nenek aku ni urutkan.
Nenek aku ni pulak dia ada angin dia. Kalau dia tengah sibuk kemas rumah dan masak apa semua, janganlah suruh dia mengurut. Memang tak kan lah dia urut. Kalau nak suruh dia urut, masa dia tengah duduk berbual, masa dia tengah tak penat haaa itu boleh. Itupun kalau dia nak.
Mungkin nak dijadikan cerita, masa tangan aku terkehel tu Nenek aku tengah sibuk + penat. Biasalah orang tua, mana reti nak duduk diam. Dia lah yang nak kemas rumah, dia jugak lah yang nak masak, semua benda lah dia nak buat. Kalau orang suruh berehat, dia tak nak. Katanya badan dah biasa buat kerja, tak reti lah nak duduk goyang kaki je sepanjang hari.
Dan disebabkan itulah, aku terpaksa menahan kesakitan tu selama 5 hari. Dari hari pertama aku merayu, Nenek aku tetap tak nak urutkan. Dan aku sebagai cucu yang baik aku akur. Aku tahu Nenek aku penat jadi bila dia tengah berehat aku malas lah nak kacau kan.
Sampailah hari ke 6 tu. Malam tu aku tidur dengan sepupu aku semua macam biasalah dekat ruang tamu rumah nenek aku. Tangan aku ni dah kurang sikitlah rasa sakit dia, tapi bila sentuh tu kesakitan tu masih ada. Malam tu aku ingat lagi, masa aku tengah tidur tiba-tiba nenek aku datang dekat sebelah aku dan tanya mana tangan aku yang sakit tu. Aku pun yang masih mamai-mamai lagi ni pun hulurkan lah tangan aku yang sakit tu.
Nenek aku masa tu pakai telekung, aku ingat lagi. Dia urut lembut tangan aku yang sakit tu sambil berbual dengan aku. Masa dia urut tu, subhanallah memang sedap yang amat. Iyelah, korang bayangkan. Dah 5 hari aku dok menahan kesakitan tu, jadi bila Nenek aku akhirnya urut aku rasa lega sangat.
Dia urut tak lama. Lepas dia siap urut tangan aku tu, dia bangun dan balik semula ke bilik dia. Dan aku yang masih mengantuk ni pun sambung balik tidur aku. Malam tu aku tidur lena wei, tangan dah tak sakit, hati pun dah tak risau fikir pasal tangan aku tu lagi.
Dan keesokan harinya, aku lah cucu yang paling gembira. Lepas solat subuh, aku terus pergi dapur dan cari Nenek aku. Biasa nya waktu-waktu macam ni Nenek aku pasti tengah masak sarapan untuk cucu dia. Sampai je dekat dapur, aku terus peluk Nenek aku dari belakang. Aku cakap terima kasih sebab urut aku malam tadi.
Nenek aku yang tengah dok menguli tepung terdiam. Dia terus pandang aku dengan muka yang sangat pelik. Dia tanya aku serius, bila masa dia urut aku. Aku terdiam sekejap. Lepas tu aku cakaplah malam tadi masa aku tengah tidur. Nenek aku balas balik, malam tadi dia tidur awal dan dia tak urut pun tangan aku tu.
Perghhhh, masa tu aku terdiam. Kaku. Iyelah, beriya kau gembira sebab Nenek kau akhirnya urut kau, lepas tu tiba-tiba dia cakap dia tak urut pun. Jadi siapa yang dok usap tangan aku malam tadi? Ahhhh sudah.
Dan sejak dari kejadian tu, Nenek aku kalau ada anak cucu dia yang sakit, dia akan terus urut. Tak tangguh-tangguh dah. Dia bukan nya sebab apa, dia risau lah kalau misalannya dia tak urut, ada 'benda' lain yang tolong urut. Kalau nak tolong urut je tak pa, tapi kalau dah tolong urut mintak 'upah' siapa nak bagi. Haaaaa jawab.
Bersambung...
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...