Ini cerita masa dekat asrama sekolah dulu. Aku tak pasti betul atau pun tidak tapi kawan aku cakap dia nampak sendiri dengan mata kasar dia 'benda' tu kacau dia.
Cerita dia macam ni.
Dekat asrama dulu, standard lah kena off light pukul 11 malam. Tapi dah nama pun budak lelaki, walaupun dah pukul 11 masih ada lagi yang berlari sana, berlari sini main kejar-kejar dengan kawan. Bila warden dan marah, baru takut. Cepat-cepat off light dan baring diam-diam atas katil.
Kawan aku ni, Din nama dia. Dia ni jenis yang agak nakal jugak lah. Suka sakat orang. Pantang tengok orang tu bahagia sikit, ada je benda yang nak dikacau nya. Dan orang yang paling Din ni sakat ialah kawan sebilik dia, Syafiq.
Din ni jenis yang kalau tengok Syafiq duduk diam je, mesti dia akan datang dekat dan kacau. Ditakutkan lah, disakat lah, senang cerita sampai si Syafiq ni naik masak dah dengan perangai si Din ni. Satu hari tu, punya lah si Syafiq ni dah tak tahan dengan perangai si Din tu, dia cakap sambil marah dekat Din macam ni:
"Kau tunggu lah Din, nanti bukan setakat manusia je yang akan kacau kau balik, hantu, jin, syaitan semua akan datang dekat kau dan kacau kau sampai kau terkencing, menangis panggil aku."
Din? Huh macam biasalah, buat tak tahu dan ketawa je mendengar kata-kata si Syafiq tu. Dan malam tu jugak, kata-kata Syafiq tu menjadi kenyataan.
Malam tu Syafiq tak berapa sihat. Jadi lepas je prep, dia terus solat dan naik ke bilik. Masa tu awal lagi, dalam pukul 10. 40 macam tu. Si Din ni pulak lepas solat pergi supper dulu. Lepas dah kenyang baru balik bilik.
Sampai je bilik dia nampak Syafiq dan tidur. Walaupun dia tahu si Syafiq tu tak berapa sihat, dia masih lagi nak kacau. Geletek jari kaki lah, apa lah. Sebab Syafiq betul-betul tak larat, dia malas nak layan si Din tu. Dalam hati macam-macam benda jugak lah dia sumpah seranah si Din tu.
Kebetulan pulak si Din ni katil dia bersebelah je dengan Syafiq ni. Dalam bilik asrama tu ada 5 katil dan semua katil dorang susun dekat belah kanan bilik sebaris. Din dan Syafiq masing-masing duduk dekat katil bawah.
Mala tu entah kenapa Din tak boleh tidur. Jam masa tu dan nak masuk pukul 12 dah. Bilik dah gelap, semua orang pulak dah tidur. Tinggal Din sorang je, terkebil-kebil cuba untuk melelapkan mata dia. Disebabkan tak boleh tidur, Din jadi tak tentu arah. Sekejap ke kanan, sekejap mengereng ke kiri, semua jadi serba salah. Sampailah dia mengereng balik ke arah kanan dia, ke arah Syafiq.
Dan nak dijadikan cerita. Masa dia nak pusing tu, selimut dia terjatuh dekat lantai. Mula-mula dia malas lah nak amik sebab dia bukannya guna pun selimut tu, tapi sebab dia risau malam tu sejuk, dia pun hulurkan tangan dia dan cuba capai selimut dekat lamtai tu.
Disebabkan tak jumpa, dia tengok lah ke bawah. Din terus terdiam dan tergamam. Badan dia menggigil dan mula rasa seram sejuk. Mula-mula tadi dia tak perasan pun, tapi kali ni dia nampak ada satu lembaga warna biru terang baring melekat dekat bawah katil Syafiq sambil tersengeh tengok ke arah dia.
Lembaga tu ada kuku yang sangat panjang dan tajam dan dia macam tengah bergayut dekat bawah katil tu. Mata dia warna merah dan badan dia macam berbulu-bulu sikit. Muka dia menakutkan, gigi dia tajam dan panjang. Din masa tu dia punya tergamam sampai nak baca ayat Al Quran pun dia terlupa.
Disebabkan dah ketakutan sangat-sangat, Din pun menjerit sekuat hati dia. Tapi dia kata macam suara dia tak keluar pun. Dia jerit lagi, tapi suara dia masih tak keluar. Last-last Din baca ayat Kursi dalam hati dan lama-lama suara dia mula kedengaran.
Dia teruskan membaca sampailah dia kata lembaga tu hilang. Lepas tu, dia tengok ke arah kiri dan kanan bilik dia, sebab mana tahu lembaga tu masih ada. Bila dia dah pastikan lembaga tu tak ada, dia apa lagi terus melompat ke arah katil Syafiq. Baring sebelah Syafiq sambil sambil peluk dia. Punyalah takut si Din masa tu.
Malam tu dia tidur menggigil, dan katanya esok pagi tu dia demam. Mula-mula dia tak cerita pun dekat sesiapa, tapi sebab semua orang ketawakan dia, jadi dia pun cerita lah hal yang sebenar. Disebabkan cerita tu Din yang cerita, tak ada seorang pun yang percaya. Malah siap kata sakit-sakit pun masih lagi nak sakat orang lain. Sambil semua orang ketawa.
Dia diam. Tak lama lepas tu, Din cuma cakap satu benda ja. Kalau tak percaya cerita dia tu, malam ni cuba jatuhkan barang dan amik barang tu balik sambil tengok bawah. Kalau rezeki hampa, dapat lah jumpa lembaga biru tu. Semua orang senyap dan terus buat kerja masing-masing.
Korang yang baca ni pun jangan lupa cuba tau. Tengah baring atas katil, cuba jatuhkan selimut ke, tak pun gunakan telefon korang untuk suluh bawah katil tu. Mana lah tahu lembaga tu tengah baring bawah katil korang sambil tersenyum menanti barang korang jatuh. Hahaha. Apa salahnya kan, dia cuma nak tumpang tidur je tu. Hahaha.
YOU ARE READING
Jangan Baca Cerita Ini!
ParanormalTerima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli keluarga dan jugak pengalaman-pengalaman yang diceritakan oleh kawan-kawan berkaitan dengan hantu, m...